09 August 2011
IZZ DAH 4 TAHUN!
coretan Mizz_Ila at 6:44 PM 4 comments
Labels: Aktiviti Keluarga, IZZ
24 March 2011
BAKAL PENGACARA..ADA BAKAT TAK?
Alkisah si izz ni sebenarnya seorang yang banyak cakap, membebel je selagi x tido. apa yang dia bebel? macam-macam...dia suka ulang balik apa saja cikgu dia ajar , apa saja dialog pak nil dalam tom tom bak, ulang balik dialog drama atau filem,. pendek kata dia ni jenis senang menghafal. kadangkala ayat kami pun dia leh ulang.
Rakaman video ni dibuat ketika dia leka membuat program sendiri. dia x perasan pun mummy dia tengah rakam aksi dia. hehehehe.. mmg best dgr dia jadi pengacara. macam biasa izz ni mmg ada ciri-ciri seorang pengacara sebabkan jangan tak tahu orang macam pengacara ke dj ke apa kat luar dorang bukannya kuat mencece pun, ada waktu ketika je dowang suka mencece terutama depan orang yg rapat, kalau tak mmg x byk ckp sebenarnya. hehehe
so...saksikanlah bakat anakku... :)
coretan Mizz_Ila at 11:30 PM 3 comments
Labels: IZZ
23 March 2011
SI DUDU MUMMY :)
Lama x berblogging. Pembuka entry terbaru cuma nak cerita pasal anak tunggal (wat masa ni) aku yang bernama AHMAD IZZ HAYDER. Ini budak memang sangat lah manja tapi aku rasa pemikiran dia dah melangkau usia dia sebenar. More independent budaknya.
skrang ni dia dah berusia 3 tahun 8 bulan. Dah memulakan persekolahan di tadika. Alhamdulillah permulaan sekolah yang amat menyakinkan.
Sekarang ni dia dah pandai :-
1- Berak sendiri..duduk di jamban & cuba basuh berak sendiri (tp aku basuhkan balik ..hehe)
2- Pakai pakaian sendiri.. paling aku tension part ni.. dia sangat cerewet dalam pemilihan baju. sangat mementingkan penampilan. Kadang-kadang habis 1 almari baju bersepah sebab nak match kan baju, spender & seluar mengikut citarasa sendiri. Orang lain x boleh tentukan, setiap hari ada citarasa tersendiri. :(
3- Pandai sikat rambut sendiri .. katanya nak sikat macam rambut justin bieber.. oh baby baby baby ooo i like.. kadang-kadang naik meluat tengok dia sikat depan cermin. sgt la lama menentukan style rambut. kalau dah bersikat, jangan sesekali pasang kipas. pasti dia marah sbb rambut dia akan berubah.. almaklumla rambut halus lembut. guna jari pun boleh :) :P
4- Tak perlu pampers lg... sejak hari persekolahan ke-2 dia sendiri taknak pakai. katanya, malu la ..izz dah sekolah. pampers ni baby - baby je pakai. :) jimat duit mummy nak .. TQ :)
5- Tiada lagi susu formula & botol susu :) Sempat 4-5 bulan je minum dugro selepas stop bf. katanya busuk..x sedap. Botol pun xnak katanya dah besar. minum pakai cawan je tau. skrang dia minum susu UHT strawbery & coklat je. okla asal minum susu :)
6- Sudah pandai baca doa makan. skrang ni tiap kali nak makan, dia akan bacakan doa dan kami amin kan.. bacaan doa dalam arab & kemudian tafsiran english. Tafsiran english agak salah pronounce nye tapi kami tersenyum bangga sebab dia dapat habiskan bacaan dgn kenyakinan yg tinggi. kami faham yang akhir je "fire" ... yesss ,..amin.. :)
7- sekarang dah mula mengaji di rumah jiran nenek. Ada ustaz dtg ke rumah mengajar. Alhamdulillah, sejuk hati mendengar dia mengaji IQRA`.. Hari pertama dah menunjukkan prestasi yang baik. Terang hatinya kata ustaz. sekali ajar pantas menghafal. fast-leaner orangnya (cam mummy dia kot) hahahaha....
skrang dah masuk bulan ke 3 mengaji, sudah boleh membaca & mengenal hufur sin. Ustaz ada bg homework, tulis huruf2 yang ustaz tulis kat dalam buku nota. Memang dia siapkan cepat.. dia bangga depan mummy sebab ustaz kata "ahmad izz hayder good boy! ustaz bagi star!!" hahahaha... :)
8- Dah mula tidur di bilik sendiri :) alhamdulillah.. x di ajar cuma ni pengaruh tv. ada baiknya juga rancangan di CERIA tu. Berkat cerita GENG BAS SEKOLAH, MISI YAYA, ADI & AYAH, KAPTEN BOLEH, HIKAYAT SHAZLAN telah banyak mematangkan dia. Selalu berangan jd orang besar, lebih berdikari.
9- Suka menjadi pengacara, pencerita.. kadang-kadang terperasan dia selalu cakap sorang-sorang. seolah bercerita. sesiapa yang penah tgk video dia jadi pengacara sure tahu bakatnya. Nanti aku upload kemudian. :)
10- Dah pandai marah-marah. Sangat suka komplen orang. katanya tak bole bawak kete laju-laju. selalu komen org dan mummy alyn pun penah kena gak :) " jangan bawak kete laju2.. bawak solow solow.. kalau jatuh , sakit tau.. berdarah. nanti polis tangkap. izz x suka laju-laju tau "... hehehe
lagi 1 dia x suka orang ckp "xle blaa" ..katanya "jangan cakap x bole blaaaa.. berdosa tau! nanti anjing geget " hehehe :P
setakat ni perkembangan terbaru dia yang aku ingat & nak share pasal anak bujang aku ni. walaupun badannya kecik tapi alhamdulillah perkembangan minda dia amat membanggakan. Tak sabar nak melihat dia lebih pandai dan bijak. :)
coretan Mizz_Ila at 11:54 AM 4 comments
Labels: IZZ
04 January 2011
HARI PERTAMA IZZ KE SEKOLAH
coretan Mizz_Ila at 12:19 PM 4 comments
Labels: IZZ
IIUM EDUCARE PERMATA KINDERGARTEN
coretan Mizz_Ila at 10:47 AM 7 comments
Labels: IZZ
13 December 2010
TOLONG JANGAN TANGKAP SAYA!
coretan Mizz_Ila at 3:27 PM 5 comments
Labels: IZZ
11 December 2010
ANAKKU KEMARUK KE JAMBAN
coretan Mizz_Ila at 11:42 AM 6 comments
Labels: IZZ
25 November 2010
JALAN-JALAN @ ALAMANDA, PUTRAJAYA
coretan Mizz_Ila at 3:30 PM 5 comments
Labels: IZZ
16 November 2010
RIANG RIA BERSAMA IZZ
coretan Mizz_Ila at 12:33 PM 5 comments
Labels: IZZ
07 July 2010
RESULT PEKSA IZZ
coretan Mizz_Ila at 1:01 PM 2 comments
Labels: IZZ
02 October 2009
SESI MERAYAP RAYA
Takde apa aku nak story pun kat n3 ni.. just nak flashback kenangan raya ke 2 & ke 3 je.
Raya kedua mmg aku segombolan kaum kerabat laki aku, apis merayap beraya ke rumah2 saudara mara yang penting. Ramai gak tahun ni x dapat pergi sebab ada yang meninggal, ada yg tkde kat rumah, ada yg malas nak pegi.. so, raya kedua tu berjaya pegi 3 buah rumah je.
Pagi-pagi dah bersiap konvoi ke rumah kakak apis no 2, kak nor di damansara. Kira lepas raya tu kak nor ni pun ikut sekali ke destinasi lainnya. Gambar kat atas ni kat rumah kak nor..sambil lepak2 bergosip dgn kak ipa aku no 3, kak zaimah. Jangan ditanya baju aku pakai tu baju raya ke idak?.. heheeeee... tahun ni aku ada sepasang je baju raya, tu baju 3 tahun yg lalu before peknenkan izz. Pakai je mana yg ada. Bonus takde kena la berjimat cermat. heheeeee ^_^
:: opsss.. jangan meluat ye. aku tgh mood "gedik" ::
:: ni aksi menantu terlampau.. kak ipa aku yg bg status ni sbb aku posing depan mil aku..kahh ::
:: ni la wajah aku kalau aku ber make up.. aku ni ikut mood gak nak cat muka..kahh ::
:: aksi gedik bersama kak zaimah..(kak ipa no 3)..dia pun ting tong cam aku ::
:: aksi manje bersama anak ikan eh..anakku yg comel..izz ::
:: ni dah sampai umah alang misah di Jeram. kampung atok apis ::
:: hidangan istimewa.. aku suka ketupat alang..x tau kenapa..padahal ketupat sama je kan? ::
:: rendang ayam feveret aku.. style ni je aku suka ::
:: rendang kerang..hidangan wajib orang2 kat Jeram ::
:: dari Jeram, k.selangor.. terus ke Nilai.. umah busu nor.
izz bergurau senda dgn anty nana (cousin apis ) ::
:: selepas terjah nilai.. kami terus ke bandar baru bangi..
rumah pak mat (adik fil aku)..masa ni dah nak balik ke KL.. ::
:: Raya ke-3...sesi kawan beraya di rumah aku lak.. ni Qaseh Irish..anak kawan kami..
pandai posing..ni dia buat aksi sendiri.. ::
:: ni adik Qaseh.. Qisha Anggun..izz cam biasa amat perihatin pada baby. sebok nak dukung padahal baby pun dah sama beso dgn dia. heheeee ::
:: aloh..aloh...sayangnye kat baby.. izz & Qaseh kiss Qisha... ::
:: ni nampak main sama-sama.. ada masa berebut basikal & kuda. budak-budak biasalaaaaa... ::
coretan Mizz_Ila at 9:37 AM 6 comments
Labels: Aktiviti Keluarga, IZZ
30 September 2009
Si Comel Berbaju Raya Contest
- Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
- Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
- Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.
Syarat Penyertaan
- Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
- Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
Buat kali pertama, izz berbaju melayu lengkap berserta sampinnya. Gambar ni diambil semasa pagi raya pertama. kiut kan??...hehehehe
Nama baby : Ahmad Izz Hayder b. Ahmad Hafiz
Umur : 2 tahun
Contest ni tajaan oleh BabyIbu
dan juga barisan sponsor dari Gin & Jacqie, eoe Online, leanalittleshop, Sherry, TH, Mia dan Niko.. coretan Mizz_Ila at 1:37 PM 4 comments
Labels: IZZ









