PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

26 January 2010

TRIP TO BRUNEI DARUSSALAM

Alhamdulillah akhirnya aku dapat menjejaki BRUNEI DARUSSALAM setelah sekian lama menyimpan hasrat ke sana. Alhamdulillah percutian yang memang seronok & berbaloi-baloi. Terima kasih buat zie & family sbb sudi meluangkan masa menemani kami di sana & bawak ke tempat2 yg best & bg kami makan makanan yg hebat2 di tekak aku ni. Mana taknya sampai ketat la seluar aku dibuatnya.. hehehe.. aku ni kalau dpt makanan sedap & kena tekak aku ni mmg non stop makan..makan..makan.. :) tengokla saiz pun kan dah taw aku ni camne..

Seperti biasa dalam travel kami ..pengembaraan bermula dr LRT Tmn Melati - KL SENTRAL - ERL KL-SENTAL - transit ke PUTRAJAYA ( utk jimat kos tiket) - ERL KLIA. ;)

Kali ni penerbangan kami bersama pesawat MAS (Malaysia Airlines) berlepas dr KLIA jam 12tgh hari. Cuaca agak baik tp kurang menyenangkan sbb ada segerombolan warga bangladesh yg turut ke Brunei kerana mereka akan bekerja di sana. Biasalakan.. dowang ni bau amatlah "wangi"..hehe..tp xpela.. perjalanan selama 2 1/2 jam yg menghappykan perut aku sbb ada makanan disediakan.. menu utk aritu "Nasi kandar" & "Nasi briyani ayam" beserta kek buah sekeping & 3 biji coklat ferrero rocher.

Akhirnya setelah meretasi laut china selatan.. kami selamat mendarat di Brunei International Airport jam 3.15ptg. Keadaan airport yg cukup tenang & layanan yg mesra dr warga staff airport :) . Selepas selesai urusan imegresen, kami terus menaiki teksi airport menuju ke hotel kami, La Gallery Suite Hotel di Jalan Tutong. Kos teksi B$25 setiap perjalanan. Agak mahal tp xpela.. teksi airport Malaysia pun mahal jugak..hehe ;)

Ada kisah sedih skit semasa mencari hotel.. agak kurang bernasib baik, pakcik haji yang bawak teksi tu kurang tahu lokasi hotel kami. Walaupun sudah diberi map print out pun masih dia weng-weng.. okla aku xdela marah cuma adatla kalau pergi ke negara orang. hehe.. nasib baik pergi negara yang faham bahasa melayu & english. Kami tersalah hotel, nasib baik la kami punya hotel tu belakang hotel yg salah tu je.. so, kami anak banak jalan kaki ke hotel La Gallery.. selamat check in.. pernite B$58 ..thanx zie sbb tolong wat reservation. jasamu dikenang :)...
Sementara menunggu zie & family datang, kami bersiap2 dan menikmati keindahan interrior design hotel yang sangat la cantik deconya. Bilik pun okla buat kami yg xde la cerewet sgt. asal selesa nak tido..nak mandi berak..dah cukup baik. :)

Sampai sini jela aku menceceh utk permulaan story 1st travel kami utk 2010... gambar -gambar percutian kami di Brunei akan diupload dalam masa terdekat utk tatapan bloggers.

Apa yang aku nak katakan di sini BRUNEI ADALAH SEBUAH NEGARA YANG KAYA DGN MAKANAN YANG SEDAP, BANYAK & MURAH ..MEMILIKI SEJARAH & TEMPAT YG MENARIK..MEMILIKI RAKYAT YG MESRA..BERDISPLIN..& RAKYAT YANG SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN SERTA MEMILIKI SIKAP TOLENRANSI YG TINGGI.. (ikhlas dr aku sbg pelancong dan mengajar aku ttg respek each other.. wahhh.. aku sungguh KAGUM!) ......

Nantikan aktiviti kami selama 4 hari di Brunei Darussalam ....... we love BRUNEI... sampai aku terasa nak keje kat sana..chewahhhh.....

11 January 2010

1ST ENTRY 2010


 :: kat mana ni?..:
 
 :: kami dinner @ PAPARICH ::
 
 :: nak pilih menu apa ye?::
 
 :: izz tolong tuliskan order ::
 
 :: izz masih menulis ::
 
 :: yeah..ni menu utama.. yang lain2 x snap sbb lapar ::
 
 :: izz masih melukis ::
 
:: muka gedik depan lens.. ni dia pose sendiri....
comel x saya?.. hehe ::


Nampaknya lama gak blog aku x berapdet.. xde apa nak cite..aktiviti biasa je .. :)

01 January 2010

LANGKAWI TRIP 2009 - DAY 4




Perjalanan terakhir di Langkawi

930pagi - check out hotel
940pagi - Breakfast @ Jalan lapangan
1030pagi - Langkawi airport
1130 pagi - Berlepas ke Kuala Lumpur


-- selamat tinggal PULAU LANGKAWI 2009!! --
 

:: dah check out ..tunggu apis amik kereta ::
 
 :: breakfast terakhir @ Kedai makan, Jalan Lapangan ::
 
 
 :: menu istimewa.. nasi putih kukus ::
 
 :: Dalam bilik berlepas Langkawi Airport ::
 
 :: Pesawat AA yang akan membawa kami pulang ke KL ::
 
 
 :: IZZ yang behave ..dia mintak pasangkan belt :) ::
 
 :: izz meninjau pandangan luar ::
 
 
 :: selamat tinggal Pulau Langkawi..::

 
template by suckmylolly.com