PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

04 January 2011

3 PEMENANG CONTEST MUMMY ILA ANNIVERSARY

 TAHNIAH KEPADA 3 PEMENANG BERTUAH!

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PESERTA YANG JOIN CONTEST MUMMY  ILA ANNIVERSARY. HARAP TAK SERIK NAK MENYERTAI CONTEST DI BLOG ILA LAGI YE. ;)

KEPADA 3 PEMENANG, ANDA BOLEH MENINGGALKAN ALAMAT EMAIL DI RUANGAN KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN ILA MENGHANTAR VOUCHER ONLINE DI EMAIL. ANDA PERLU MENYERTAKAN VOUCHER TERSEBUT SEBAGAI BUKTI KETIKA MENUNTUT OFFER DI SETIAP VOUCHER YANG DIBERIKAN. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA EMAILKAN KE afarishakim@yahoo.com


---------------------------------------------
PEMENANG PERTAMA : MAMA ZARFHAN







PEMENANG TEMPAT KE-2 :  NANA




PEMENANG TEMPAT KE-3 : CUTE MUM

03 January 2011

AL-FATIHAH buat FAIZAL YUSOF

 Arwah Faizal Yusof dalam drama Adamaya
 kenangan terakhir ketika perkahwinan pertamanya bersama Nana serta anak sulung arwah.

KUALA LUMPUR: “Ketika di hospital, Faizal berkali-kali cuba bangun dan berdiri tetapi saya menghalangnya. Kemudian, keadaannya menjadi semakin kritikal hinggalah dia menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital,” kata Saiful Yusof, 35, abang kepada pelakon popular, Faizal Mohd Yusof, 33, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), jam 1.45 tengah hari tadi.

Pelakon yang popular dengan drama Tiramisu dan Adamaya itu dihantar ke hospital oleh Saiful dan Rosmunira Rashid, 27, pagi semalam ketika aktor berkenaan rebah di dalam bilik air di rumahnya di Anjung Villa Bandar Baru Sentul kira-kira jam 9 pagi akibat serangan jantung sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dia yang kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sempat menemui anak pertamanya, Muhammad Rayyan Hakhaie yang berusia dua tahun hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya, Siti Nordiana Alias, 25, sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Rosmunira Rashid.

Menurut Saiful, doktor mengesahkan arwah mengalami masalah jantung apabila satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Sementara itu, Siti Nordiana atau Nana yang ditemui berkata, Faizal menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2.
“Saya memasang pembesar suara dan mendengar perbualan mereka. Malah, arwah ada menyebut kepada anak saya supaya jangan nakal dan menyuruhnya menjaga saya.

“Mulanya, saya terfikir akan jadi sesuatu. Namun saya menolak pelbagai perkara negatif kerana tidak mahu menyangka yang bukan-bukan. Namun, Allah lebih menyayanginya,” katanya ketika ditemui di hospital, semalam.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.
Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hospital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.



AL-FATIHAH

SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT

01 January 2011

CALON-CALON CONTEST MUMMY ILA ANNIVERSARY


ANTARA CALON- CALON YANG BERTANDING 

1- NANA

peluang masih terbuka sebelum 12 tengah malam ni...30 disember 2010


Kepada mereka yang telah menghantar penyertaan. JUTAAN TERIMA KASIH dan nantikan pengumuman pada 4 JANUARI 2011 nanti. 

-----------------------------------------------------------------------------

PENAJA UTAMA CONTEST :


FEVERpicture PHOTOGRAPHY

 
template by suckmylolly.com