PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

07 January 2011

IIUM LIBRARY CLIENT DAY 2010

Bulan 12 tahun lepas memang tiap tahun aku busy. sangat lah busy dengan meeting, keje hakiki yang terakhir utk disiapkan sebelum masuk tahun baru, preparation client day office lagi. Sebut pasal Client day ni dah 4 tahun, jabatan aku adakan HARI MESRA PELANGGAN atau lebih dikenali IIUM LIBRARY CLIENT DAY (almaklumlah international university, semua ayat nak wat dalam english, nanti x paham lak foreigner nak baca kan?..) hehehe..


Semua department yang provide servis akan bukak booth di perkarangan lobby library untuk bermesra dengan pelanggan. Department aku pun tak ketinggalan sebab kami ni. Walaupun aku ni staf teknikal yang hanya duduk balik tabir pun terpaksa terlibat gak. Haru gak sebab aku ni 20% je tahu pasal customer servis. 

Dah nama pun tukang balik langsir.. mana la aku tau kalau student ni tanya aku mana ceruk buku dowang nak cari. ehehehe.2 minggu aku training untuk client day ni. Alhamdulillah aku leh buat dengan cemerlang. Bukan nak kata pandai tapi otak aku ni cepat pick up (berlagak la plak) hahahaha.. x caya tanyala opismate aku.. btol x kawan-kawan?.. hahahaha

Apa yang ada masa client day ni? Maybe ada blogger yang datang sini student atau kakitangan IIUM. Aku bagitau kowang ek, kalau tiap kali ada client day. meh la rajin-rajin datang sini. Kowang leh setup lappy ke wireless ke on the spot untuk kegunaan dalam atau luar kampus. Selain tu kowang leh wat registration membership & leh settle kejap tu jugak. Kowang leh settle denda kelewatan pemulangan buku aritu je. Selain tu leh tanya ke dapat info ke pasal servis yang ada dalam library dengan mudah. 

Setiap kali client day, pihak library pasti menjemput penulis buku yang terkenal. Macam tahun ni kami panggil penulis buku NATRAH, Fatini Yaacob. Selain tu, ada jualan buku-buku dengan diskaun yang berbaloi dari publisher yang famous. Booth jualan pakaian muslimah pun banyak kat luar perkarangan library. 

So, apa lagi tahun depan jangan lupa datang ye. hehehehe :p
 
 tengah busy melayan customer yang nak register digital services

 tudung pepel tu BOS aku.. sibuk menyusun token untuk KUIZ
 serius tu nak check nama customer dalam sistem UIA.. tgh nak approvekan dowang la ni
 spekong ye cik ila oi.. minah tu tak reti cakap melayu..hehe
 explaination time & tunggu customer fill up form
 antara bahan -bahan yang kami ditigize ke bentuk digital (zaman IT kenala up to date)
 Opismate tengah bincang depan kaunter ..hehe
haa..busy melayan customer yang tengah pening jawab soalan KUIZ.. :)

04 January 2011

HARI PERTAMA IZZ KE SEKOLAH

Permulaan hari persekolahan, asyik nak cite pasal anak teruna aku g sekolah jela kan. seronok benonya sebab tahun ni dia masuk 4 tahun & dah start tadika. Sebelum ni dia blaja kelas playschool di taska lama. Aku ni sebenarnya suka tengok anak belajar. x pandai sgt pun xpe janji dia belajar sesuatu yang baru. Awal-awal ni aku terapkan konsep pendedahan jek. 

Pagi semalam jam 7 pagi aku dah kejutkan untuk mandi. Memang mencabar gak sebab sebelum ni dia g taska x mandi. Kol 9 camtu baru teacher mandikan, bg makan pagi. Manjala sangat kan?.. Kali ni kena wangi2 g sekolah. Terpaksa la guna psikologi  skit. Puji melangit, cite pasal sekolah baru, kawan baru, kawan-kawan lama dia. Senang skit nak mandikan dia. Tapi bila dah mandi lain lak hal nya. Kejap nak kencing, kejap nak berak. berkali-kali masuk bilik air. 40min nak siapkan dia sorang je. haishhh sabo jela mummy. Pagi -pagi takde mood.. senyap jek sebab mengantuk. 

Sampai je tadika, terus ke kantin sebab pihak sekolah mmg dah siapkan sarapan pagi. Sarapan pagi tu sandwish telur. Alhamdulillah izz rilex je ke tadika. Duduk kat meja kantin senyap2 lepas tu dok perati kawan-kawan baru. Dia asik perati kawan yang menangis. Memang x hirau pun mummy & babah kat situ. Wat muka slumber jek. Disebabkan izz ni bukan jenis pemakan, dia tgk je sandwish depan mata. Aku pujuk dia suruh jamah skit, dia ckp xnak. so, pesyen anak aku ni jangan di paksa kalau dia xnak. Ntah camne aku mintak teacher pujuk dia sarapan sebab aku risau dia lapar nanti dalam kelas. Kalau dulu di taska xpe..x makan skrang..sat lg leh g dapo mintak makan. Barula dia makan sekeping sandwish, alhamdulillah lega hati aku. Lepas tengok dia ok je, dah tau nama teacher, kelas apa..aku ngan apis pun balik tinggalkan dia di tadika. Tak nangis pun.. :) memang ikut perangai mummy :) Babah dia sebak gak bila tgk izz dah tadika ni.. katanya "dah besar anak kita.. besar dah.. dah sekolah dah " :( aisey touching lak my hubby ni. hehehe  almaklumla anak tu sorang je yg ada.. anak kesayangan tp kalau wat silap kena gak marah. Hubby i kalau marah izz dah serupa marah budak 10 tahun okey.. hehe.. aku pun camtu. kami ni tegas tp bertempat la. xde la lebam2 budak tu.

Petang tu lebih kurang jam 5.30 petang, aku datang amik dia kat sana. 1st time la aku nak amik anak kat sana kan? rupanya parent just inform nama anak & teacher akan announce pakai mic.. bergema nama anak aku 1 sekolah. hehehe.. Dari jauh aku nampak izz tengah duduk bersila dalam kumpulan mengikut kelas. Bila dia dgr nama dipanggil terus diangkatnya tangan & bangun menuju teacher kelas. Dia g amik kasut sendiri & pakai dan teacher pimpin sambil memakaikan beg di bahu. Cute sungguh..dari jauh tersenyum dia.
Masuk je kete terus cakap "mummy.. izz nak susu" ..sian dia sebab kat sekolah xleh minum botol. Semalam tu 1st time dia x pakai diaper sepanjang sekolah. Alhamdulillah dia berjaya kencing dan berak di bilik air. 

Semasa perjalanan ke rumah, macam-macam dia cerita pasal sekolah baru. Dia ckp "teacher baru kasi makan nasi, ada ayam, ada sayur. hehe.. teacher suruh tulis ABC.. izz suka kaler hijau..izz kaler bunga kaler hijau..cantikkk sgt!!!..." hahaha 
Bila aku tanya sapa nama kawan? dia jawab "entahlaa.. izz tak tahulah" :P 
Dalam kete terlebih rajinlak...katanya nak menulis kat buku. Bukak-bukak pensil box.. pensil hilang. Tetiba terperasan dia pakai kasut takde stokin. "IZZ.. mana pensil? mana stokin?.." dia jawab dengan muka sedih "entahlaa..izz tak tahu lah. teacher amik kot" 
adehhhh...sabau jela.

Kebetulan aku pun nak ke MyMydin beli barang masak. Macam-macam lak permintaan dia. Disebabkan 1st day aku ok jela sebab dia nak tu pun bukan benda yg x berfaedah. Klua je dr kete..alamakkkkk dah terkencing :) hehehe...akhirnya tercicir jugak setelah 9jam bertahan. hahaha.. so, masa kat mymydin, macam-macam la dia nak. nak buku la nak crayon la nak burger la nak biskut la, nak keropok la. hehehe.. ada2 jela kan.

Malam tadi sebelum tido, dia ada permintaan lg. siap bisik dalam gelap kat atas katil. "boleh tak mummy belikan izz beg BEN10 macam kawan izz punya tu. cantik!! izz nak la!"
hehehe.. aku suruh mintak kat babah dia tp dia xnak, takut babah xmo belikan. Aku ckp kat dia "tunggu mummy gaji ye?..skrang ni mummy banyak pakai duit." dia jawab "okey. mummy beli tau. macam beg kawan izz tu. cantik sangattt!" terus dia zzzzzzzzzzzzz.... :)

IIUM EDUCARE PERMATA KINDERGARTEN


Semalam 3jan 2010, permulaan baru buat aku & izz. Mana tidaknya semalam izz mula bersekolah tadika sepenuhnya di IIIUM EDUCARE PERMATA KINDERGARTEN yang terletak di dalam kawasan IIUM EDUCARE CENTER. Kecik-kecik dah masuk universiti, mudahan izz sampai ke besar akan ke universiti menjadi anak yang bijak dan hebat.

Memang dah rezeki izz untuk meneruskan pra-sekolah di situ. Kemasukan pelajar di sana memang terhad dan susah jugak walaupun aku ni staff di IIUM. Setahun juga Q-line nama sehinggakan hujung November lepas aku call admin educare pun masih tak ada kekosongan untuk sesi 2011. Aku pun dah survey & decide nak sent izz ke Tadika di bawah PV10 je.
Dah memang rezeki izz ni murah, dapat jugak akhirnya walaupun last minit called. Nasib la panggilan dibuat sebelum aku bercuti lama. So, esoknya jugak aku pegi ke admin office & buat bayaran pendaftaran & advanced bulan. 
Kenapa aku nak sgt ke situ? sebab utama, dekat dengan aku. Kalau emergency senang aku nak jenguk, nak amik, nak pantau. Sebab lainnya, selesa sebab UIA dah buat 1 bangunan besar khas untuk tadika, nursery & daycare. Bayaran pun murah skit dari tadika luar sana, dapat lah aku save budget & gunakan untuk keperluan izz yang lain. Educare ni pun bagus konsep pembelajaran & pengajaran, cikgu yang terlatih. Jadi senang skit hati aku ni. Ramai gak anak-anak staff yang berjaya & pandai. so, kenapa aku nak meragui cara dowang kan?. mudahan izz terang hati ketika belajar.

p.s: lupa nak bawak kamera, jadi xdela gambar izz ke sekolah untuk hari pertama. :)


 
template by suckmylolly.com