PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010
Showing posts with label Aktiviti SusuIbu. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti SusuIbu. Show all posts

19 January 2011

Blog Info Sehenti Penyusuan Susu Ibu


Alhamdulillah, aku dah buka 1 blog khusus untuk penyusuan susu ibu.http://susuibuanda.blogspot.com/
Blog ni aku himpunkan segala macam ilmu penyusuan dari pelbagai sumber dan pengalaman sendiri sebagai ibu yang sudah berjaya melepasi tempoh penyusuan sempurna iaitu 2 tahun secara eksklusif dan kini masih menyusukan sehingga izz sekarang berusia 3 tahun 5 bulan.

Di blog itu juga boleh di ajukan soalan berkenaan penyusuan, insyaALLAH selagi aku mampu, aku akan cuba membantu. Apa yang aku hajati agar kesedaran kebaikan susu ibu ini dapat dijayakan dengan sempurna oleh semua ibu di Malaysia malah di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak. Pelajari, selami & usaha untuk kebaikan bersama.

Terima kasih

26 November 2008

Breastfeeding week August 08

Kenangan kali ke-2 menyambut minggu penyusuan susu ibu utk 2008 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama rakan-rakan sokongan, doktor & pakar laktasi yang lain.
Sambutan kali ni byk membincangkan berkenaan cara utk mempromosikan penyusuan serta membuka mata pihak industri & rakyat malaysia akan kebaikan penyusuan susu ibu kepada anak-anak. Sebelum ni aku sambut di PUSRAWI, 4 hari selepas bersalinkan izz, sanggup join celebrate di sana & join kempen penyusuan bermula 1 saat. hehe.. sweet memory... :)
Tema kempen sedunia utk 2008 "MOTHER SUPPORT:GOING FOR THE GOLD 2008". semoga dengan kempen sebegini dpt memberi ruang & ilmu bg kami utk membantu ibu-ibu di luar sana tentang penyusuan yang betul & menjayakan hasrat murni ini.. :D

 
template by suckmylolly.com