PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts
Showing posts with label Berita Terkini. Show all posts

01 August 2011

JOM BELI KERONGSANG!!


MEH LA BELI KERONGSANG UNTUK RAYA NANTI... :)

SAJE NAK PROMOTE BLOG BISNES KAWANKU YAN..CANTIK2..AKU PUN DAH SHOPPING KAT DIA..

KORANG KALAU MALAS NAK KLUA CARI KERONGSANG. MASUK JE BLOG DIA. SHOPPING DI HUJUNG JARI ANDA. :)

JANGAN LUPA SINGGAH DI SANA.. >>> http://womwn-accessories.blogspot.com/

WELCOME YA RAMADHAN


selamat berpuasa buat semua rakan blogger yang beragama Islam. semoga bulan yang baik ni memberi keberkatan dalam kehidupan kita. selamat beribadah & rebutlah segala kebaikan dan ganjaran yang telah dijanjikan.

Maaf sekiranya ada kesilapan, kesalahan mahupun apa saja yang menyentuh perasaan. Yang jahat dari saya, yang baik itu dari ALLAH S.W.T


26 June 2011

SEPI TANPA BERBLOGGING

assalamualaikum warga blog..

lama sudah aku ni menyepi diri. Keje memang bertambah, bz tu sampai tahap takde mood nak berblogging. yela aku ni bukan suka merepek-merepek nak berblog ni. Tak kuasa lak aku nak nak mengumpat ke apa ke. Semakin hari semakin bersawang blog ni. heeheheh

Rasanya cam mood berblogging tu dah ada bunga-bunga. Harap kawan-kawan yang rajin ke blog aku ni dah x give up la nak melawat ke sini..

ehehehe.. aku nak layan drama korea dulu..later aku berblogging ye... :)

22 February 2011

PESANAN BUAT PEMENANG CONTEST ANNIVERSARY ILA

AS SALAM

ADA PENGUMUMAM UNTUK 3 PEMENANG YANG TELAH MEMENANGI CONTEST ANNIVERSARY ILA YANG LEPAS.

EMAIL ILA DAH BERTUKAR  :  saranghea81@ymail.com


HARAP MAKLUM



TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PENGANJUR CONTEST & GIVE AWAY YANG TELAH MEMILIH ILA SEBAGAI PEMENANG & HADIAH UOLL ILA DAH TERIMA.

TERIMA KASIH BANYAK -BANYAK..


BEREHAT SEKETIKA

AS SALAM SEMUA BLOGGERS...

PENGUMUMAN BUAT SEMUA YANG SUDI KE BLOG NI.

MULAI HARI NI BLOG NI AKAN BEREHAT SEKETIKA MUNGKIN DALAM 2-3MINGGU

DARI SEBARANG PENULISAN KERANA AKU TENGAH SIBUK DENGAN

URUSAN KERJA & XDE IDEA NAK UPDATE APA.

WALAUPUN ADA INTERNET DI HUJUNG JARI TAPI MASIH TAK BERKESEMPATAN

NAK UPDATE. ALMAKLUMLA AKU NI X SUKA UPDATE BLOG DENGAN CERITA DAN

KISAH YANG AKU BOSAN NAK BACA. HAHAHA.. BUKAN KOWANG BACA TAPI AKU YG

BACA YE. HEHEHE


SEMOGA BERJUMPA LAGI NANTI.. MAYB CEPAT ATAU LAMBAT DARI JANGKAAN....

SELAMAT BERBLOGGING SEMUA... :)

19 January 2011

Blog Info Sehenti Penyusuan Susu Ibu


Alhamdulillah, aku dah buka 1 blog khusus untuk penyusuan susu ibu.http://susuibuanda.blogspot.com/
Blog ni aku himpunkan segala macam ilmu penyusuan dari pelbagai sumber dan pengalaman sendiri sebagai ibu yang sudah berjaya melepasi tempoh penyusuan sempurna iaitu 2 tahun secara eksklusif dan kini masih menyusukan sehingga izz sekarang berusia 3 tahun 5 bulan.

Di blog itu juga boleh di ajukan soalan berkenaan penyusuan, insyaALLAH selagi aku mampu, aku akan cuba membantu. Apa yang aku hajati agar kesedaran kebaikan susu ibu ini dapat dijayakan dengan sempurna oleh semua ibu di Malaysia malah di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak. Pelajari, selami & usaha untuk kebaikan bersama.

Terima kasih

10 January 2011

TAHNIAH ANA RAFFALI

Wahhh pagi-pagi ni di sana sini menyebut tentang AJL25.
Ada yang suka , ada yang x suka, ada gak yang mencemuh dengan keputusan AJL25 malam tadi.
hahahahahaha...


Siap ada yang tubuhkan fanpage untuk mengutuk JUARA AJL25 : ANA RAFFALI tu.
erm.. bagi aku itu semua kerja orang yang tak faham konsep.

wei, tolonglaaaaaaaaaaaaa.. AJL tu kan  JUARA LAGU bukan JUARA ARTIS..
Pertandingan tu kan mempertandingkan LAGU atau LIRIK. kalau untuk artis ,persembahan tu yang KATEGORI PERSEMBAHAN. haiyoooooooooooooo.. pesal la kowang ni xleh nak pk.

Bagi pendapat aku, semua lagu yang dipertandingkan malam tadi adalah yang TERBAIK dalam TERBAIK.
Semua lagu mempunyai bait yang hebat & mempunyai mesej yang tertentu tapi KEMENANGAN ANA RAFFALI adalah 1 kemenangan yang BERMARUAH.
Aku rasa lirik lagu TOLONG INGATKAN AKU tu, sungguh berlainan dan agak jarang lagu melayu kita dipertengahkan begitu. Dari bait-bait puisi indah sastera melayu (walaupun sebutan bahasa nyanyian ana tidaklah begitu kemelayuan) tetapi bukan itu yang dinilaikan. Apa yang patut kita nilaikan ialah bait-bait sesebuah lagu itu adakah ia ada kelainanm, ada jiwanya, ada bahasanya dan itu yang mencuri hati juri-juri termasuk aku.

Setelah aku mendengar dan melihat sendiri persembahan mereka semua dari peringkat rehearsal hingga ke final, aku memang sudah agak nama-nama ini. Aku meletakkan lagu ANA RAFFALI, A.P.I, FAIZAL TAHIR,YUNA,BLACK & FAIZAL TAHIR antara lagu yang akan merebut 3 kategori JUARA LAGU. Untuk persembahan pula aku meletakkan TOMOK, FAIZAL TAHIR selaku perebut tempat persembahan terbaik. 

TAHNIAH BUAT SEMUA YANG BERTANDING.. ANDA SEMUA ADALAH PEMENANG.:)

TAHNIAH BUAT ANA RAFFALI, MALAM TADI ADALAH MALAM AWAK MENGEMBANGKAN PENULISAN & KARYA TERHEBAT.


04 January 2011

3 PEMENANG CONTEST MUMMY ILA ANNIVERSARY

 TAHNIAH KEPADA 3 PEMENANG BERTUAH!

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PESERTA YANG JOIN CONTEST MUMMY  ILA ANNIVERSARY. HARAP TAK SERIK NAK MENYERTAI CONTEST DI BLOG ILA LAGI YE. ;)

KEPADA 3 PEMENANG, ANDA BOLEH MENINGGALKAN ALAMAT EMAIL DI RUANGAN KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN ILA MENGHANTAR VOUCHER ONLINE DI EMAIL. ANDA PERLU MENYERTAKAN VOUCHER TERSEBUT SEBAGAI BUKTI KETIKA MENUNTUT OFFER DI SETIAP VOUCHER YANG DIBERIKAN. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA EMAILKAN KE afarishakim@yahoo.com


---------------------------------------------
PEMENANG PERTAMA : MAMA ZARFHAN







PEMENANG TEMPAT KE-2 :  NANA




PEMENANG TEMPAT KE-3 : CUTE MUM

31 December 2010



HAPPY NEW YEAR 2011 TO ALL BLOGER!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011~!

02 December 2010

TQ NUFFNANG & TGV CINEMAS

ALHAMDULILLAH ..

REZEKI BULAN 12 SEMPENA BIRTHDAY AKU. TERIMA KASIH NUFFNANG & TGV CINEMAS SBB SPONSOR AKU 4 TIKET TENGOK WAYANG.. AKAN KU CLAIM GAK ESOKKK!!!

HEHEHE... :) U MAKE MY DAY... :)

01 December 2010

Tidak puas dalami Natrah

Tidak puas dalami Natrah

 
::Gambar bersama Sofea Jane selepas pementasan Natrah

Sofia simpati tekanan emosi dihadapi gadis Belanda yang penuh kontroversi

HELAIAN muka surat buku Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha: Cinta, Rusuhan, Air Mata yang berada di depannya diselak satu demi satu. Setiap baris ayat yang tertulis di helaian itu dibaca dengan penuh khusyuk. 

Walaupun buku tulisan Datin Fatini Yaacob itu sudah dua kali habis dibaca, namun demi kerana watak Natrah yang dilakonkannya itu, dia tidak kisah mengulang baca walau untuk kesekian kalinya.
Biarpun sekadar muncul dalam beberapa babak dan hanya bermonolog, namun tegas pemilik nama penuh Datin Sofia Jane Hisham ini, dia tidak pernah mengambil ringan atau memandang remeh tanggungjawab yang itu.

Selagi ada cara untuk mengenali dengan lebih dekat karakter serta perwatakan gadis Belanda, dia akan berusaha menggalinya.

“Masih banyak lagi mengenai Natrah yang saya perlu cari dan fahami. Walaupun sudah selesai membaca buku ini sebanyak dua kali, namun itu masih belum cukup. Buku ini adalah antara sumber rujukan saya dan selain itu, saya juga mencari bahan lain menerusi internet.

“Dari situ kita dapat lihat dan baca mengenai perwatakan Natrah dan apa yang membelenggu hidupnya selama ini. Membawakan watak Natrah maknanya saya harus selami emosinya yang terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik. Jujurnya, selepas membawakan watak Natrah untuk musim pertama dulu, saya menjadi begitu simpati dengannya.
“Dia menjadi mangsa orang di sekeliling yang memperjuangkan nasibnya atas dasar ada agenda di sebaliknya,” ungkap Sofia ketika kami duduk bersembang di Kafe Istana Budaya.

Sambil menghirup minuman teh panas, pelakon yang mula menceburi bidang lakonan menerusi filem Mira Edora ini menyifatkan antara dia dan Natrah seolah-olah mempunyai persamaan. Malah setiap kali berada di pentas untuk menghidupkan kembali Natrah ketika berusia 70 tahun, dia seperti dapat merasakan roh wanita itu menjalar di setiap urat saraf dan nadinya.

“Banyak yang saya pelajari apabila membawakan wataknya. Saya dapat rasakan dia adalah sebahagian daripada diri ini. Kami sama-sama pernah kehilangan. Dia kehilangan suami, keluarga dan saya pernah kehilangan anak. Mengenangkan situasi itu, saya dapat merasakan kesedihan dan penderitaannya dan perasaan itulah yang dilontarkan dalam monolog saya,” tuturnya sambil mengharapkan penonton juga dapat berkongsi rasa penderitaan yang di lalui oleh Natrah.

Diajak berbicara mengenai kontroversi yang melanda teater arahan Erma Fatima itu, Sofia berkata dia sebenarnya tidak begitu bersetuju apabila ada pihak yang menjadikan perkara itu sebagai isu besar.

“Kita kena lihat keseluruhan inti pati teater ini dan tidak hanya dari sudut tertentu saja. Soal agama atau akidahnya, hanya tuhan yang tahu. Apa yang di paparkan dalam teater ini, hanyalah mengenai perasaan seorang wanita bernama Natrah yang hidupnya tidak seindah yang diimpikan,” tuturnya yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem Hanyut di bawah arahan U-Wei Shaari.

Masih ikuti kelas lakonan

TERKEJUT seketika apabila pelakon ini memberitahu yang dirinya masih lagi mengikuti kelas lakonan yang dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tidak menyangka dengan pengalaman lebih dua dekad dalam bidang lakonan, Sofia masih mahu meluangkan masa emasnya untuk menimba ilmu sebanyak mungkin.

“Kenapa terkejut? Robert De Niro masih mengikuti kelas lakonan,” reaksi spontan Sofia apabila bercerita yang dia mengikuti kelas lakonan.

Menyambung bicara, tegas Sofia tidak rugi jika seorang pelakon itu menimba ilmu sebanyak mungkin demi untuk kemajuan diri sendiri.

“Saya bukan saja mengikuti kelas lakonan tetapi juga kursus penulisan yang dianjurkan FINAS. Tidak ada had usia untuk seseorang itu menuntut ilmu. Lagi banyak kita belajar lagi mantap lakonan kita,” kata Sofia yang pernah mendapatkan khidmat daripada mendiang Krishen Jit, Datuk Faridah Merican dan Normah Nordin sebelum ini.

Biarpun mengakui masih aktif dalam bidang lakonan, namun disebabkan komitmen terhadap keluarga mengatasi segala-galanya, membuatkan Sofia terpaksa mengehadkan pembabitannya.

“Saya masih aktif berlakon cuma tidak serancak dulu. Tahun ini saya terbabit dalam filem Hanyut, teater Natrah 2 dan juga telefilem Karma Salina. Walaupun cuma tiga, saya rasa itu sudah cukup memenatkan. Mungkin disebabkan watak saya dalam ketiga-tiga itu memerlukan saya bermain dengan emosi. Itu membuatkan saya penat,” kata Sofia yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2007.




Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my
2010/11/30

05 November 2010

HOW MUCH JUICE & MILK IS TOO MUCH?




Drink Calories


 Did you know that juice contains roughly the same amount of calories per ounce as soda? I used to give my kids juice whenever they asked for it but the American Academy of Pediatrics recommends only 4 to 6 ounces of juice per day for children 1 to 6 years old. Infants should not be given any juice and children age 7 and older should limit their daily juice intake to between 8 and 12 ounces.

Serving Sizes


 As a rule I now only serve my children 4 ounces of juice at breakfast and then switch to water. 4 ounces is just half a cup. Drinking too much juice can cause children to miss out on other foods that make up a balanced diet. Constantly drinking juice can damage tooth enamel and cause tooth decay especially when parents serve juice in a baby bottle.

Reading Juice and Labels


 It goes without saying that when you serve juice it should be 100% juice with no sugar added. It is amazing how many products in the store look like fruit juice but actually contain sweeteners and artificial flavors.

We all know that milk is an important source of calcium for our kids' growing bones but too much milk, especially whole milk, is not so great for children either. According to the American Academy of Pediatrics guidelines, only low-fat milk should be served to children older than 2.

Milk Servings by Age


 Children 1 to 3 years old should just be drinking about 2 cups of milk each day. 4 to 8 year olds should have about 3 cups per day and that number increases to 4 cups per day for the 9 to 18 year old group.

Responding to Kids' Drink Requests
 

Juice and milk should supplement a varied diet rich in vegetables, fruits and whole grains. If your kids complain about wanting more juice, encourage them to eat more fresh fruit. Eating fruit will provide them with dietary fiber and other benefits that may not be present in juice alone.

At the end of the day, you know water is really the best thing to quench thirst no matter whether you are a kid or an adult.

AWASI DIET ANAK ANDA





Awasi diet anak-anak
 PERDEBATAN tentang nutrisi buat kanak-kanak dari usia enam tahun ke atas bukan isu baru.
Antara yang sering dipersoalkan ialah keperluan mengambil susu kerana kebanyakan ibu bapa terutama masyarakat Melayu menghentikan pemberian susu apabila anak mencecah usia enam tahun.

Ibu bapa terbabit mungkin beranggapan bahawa anak pada usia tersebut boleh makan semua jenis makanan dan khasiat boleh diperolehi hasil daripada pemakanan tersebut sahaja.
Anggapan itu disangkal oleh pakar nutrisi Dutch Lady, Quah Ye Vian yang memberitahu pada usia enam tahun ke atas kanak-kanak sebenarnya amat memerlukan susu sebagai makanan penting untuk pertumbuhan minda mereka.

"Seperti yang kita sedia maklum kebanyakan masyarakat hari ini menghentikan pengambilan susu anak mereka apabila anak telah mula ke sekolah.
"Tindakan ini tidak patut berlaku sama sekali kerana susu adalah sumber khasiat untuk otak seperti DHA dan AA yang membantu perkembangan minda anak-anak yang telah mula ke sekolah," jelas Ye Vian ketika ditemui di ibu pejabat Dutch Lady di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Ye Vian, pada umur menjelang enam tahun hingga 12 tahun, pemakanan anak-anak banyak dipengaruhi oleh rakan mereka di sekolah.

"Memang ibu akan berpesan kepada anak jangan makan makanan itu dan ini (makanan tidak berkhasiat). Namun ibu bapa harus sedar yang anak sememangnya akan terdedah dengan pelbagai jenis makanan tersebut.
"Ibu bapa tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan diingatkan bahawa tabiat pemakanan sihat itu sememangnya bermula dari rumah," jelasnya.

Lulusan dalam bidang nutrisi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu menambah, ibu yang prihatin akan memantau kandungan makanan yang dimakan oleh anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat usia enam tahun ke atas.
Ini kerana pada peringkat usia tersebut kandungan nutrien yang diperlukan lebih daripada anak berusia enam tahun ke bawah.

"Pada usia enam tahun hingga 12 tahun, perkembangan fizikal mereka juga meningkat dan yang paling penting lagi pada usia ini mereka sudah mula masuk sekolah.
"Jika ibu berikan pemakanan yang cukup kandungan nutriennya maka anak tersebut akan boleh memberikan fokus lebih terhadap pelajaran di samping itu mereka juga boleh memproses maklumat yang diterima dengan lebih baik," ujarnya.

Ye Vian mengingatkan ibu bapa bahawa tanpa nutrien yang baik anak akan hilang konsentrasi, mudah mengantuk dan sekali gus hilang fokus dalam pelajaran.

"Ibu bapa merupakan insan yang bertanggung jawab atas masa depan anak kerana mereka yang memberikan anak tersebut keperluan makanan yang sepatutnya.
"Amat merisaukan apabila ada ibu bapa yang menganggap sarapan itu meremehkan. Padahal mereka tidak tahu bahawa amalan tidak mengambil sarapan otak tidak boleh memproses maklumat.
"Ada kajian yang membuktikan bahawa pengambilan sarapan pagi mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar.
"Sarapan pagi juga membantu perkembangan kognitif terutama jika diet sarapan turut mengandungi susu yang diperkaya dengan Omega 3 dan 6 di mana penghantaran deria ke otak akan lebih baik," jelasnya.

Ye Vian juga memberitahu ibu bapa bahawa kandungan dan kuantiti susu adalah berbeza mengikut usia anak.

"Dutch Lady banyak melakukan kajian tentang keperluan nutrien mengikut usia dan tumbesaran anak. Kajian kami bukan sahaja kajian dalaman malah melibatkan universiti seperti UKM dan UPM (Universiti Putera Malaysia), jadi kami telah mengenalpasti apakah nutrien khusus yang sesuai untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

"Dutch Lady sejak dari dulu lagi memang begitu serius tentang pengambilan nutrien anak-anak. Bagi kami ibu bapa juga harus bersikap ambil tahu apa yang mereka beri anak makan kerana setiap yang baik atau buruk pada anak itu datangnya dari didikan ibu bapa," jelasnya.

28 October 2010

BUAYA AIR MASIN? WUJUD KE?




Buaya Katak atau buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile') (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak dikenali di Jajahan Utara Australia sebagai 'salties'.
Buaya Katak merupakan pemangsa peluang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, samaada di air atau di darat. Anak buaya makan haiwan lebih kecil seperti serangga, afimbia, haiwan bercengkerang crustaceans, reptilia kecil dan ikan. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya, walaupun mangsa kecil masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya Katak mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, ikan yu [1] dan kadang-kala termasuk manusia. Kebiasaanya amat lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau bermandikan sinar suria sepanjang hari, biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, mampu menjangkau sejauh 10 m daripada keadaan pengun lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan. Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa biasanya lemas (sungguhpun sekiranya terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat perkasa, mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar libasan ekornya, menarik kerbau dewasa ke dalam sungai, atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gelungan Maut," di mana ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk juara yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.

25 October 2010

AYU RAUDHAH LANGKAH KANAN

 haaa awat hang terkejut??? "alamak ramainya reporter??!"
 apa lagi bertalu-talu la soalan cepu cemas di utarakan.. wartawan-wartawan ni sure ckp 
"langkah kanan la aku arini" hehehe
amik!!! HOT btol dowang ni sampai macam-macam reaksi muka dowang..

Nak tahu dari mana aku dapat gambar-gambar ni?

hahaha panas dari oven ni.. sudah tentu dari lensa kami, Fevepicture Photography yang secara kebetulan menghadiri majlis sambutan hari jadi FIZZ FAIRUZ sabtu lepas. Hangat melatop youuu!!!
Ayu ni memang cun btol, zaquan pun hensem. 
tapi aku memang xleh lupa tengok reaksi ayu bila melangkah masuk ke room kami.. 
sebab apa?
sebab RAMAI WARTAWAN!!!

Wartawan pun terkejut pada mulanya tapi disambut dengan senyuman ada maknaaaa youuu!!
harharhar..habissssss kena soal siasat.
Almaklumla dowang ni hangat dengan kisah percintaan, kisah nak kahwin la , kisah kait mengait dengan aktress terkenal , Rita rudaini lagi.. huhu.. 

Aku rasa semua wartawan yang datang tu senyuman sampai ke tidur sebab dapat news yang TIPTOP. sure BOS suka nokkks!.. hahaha.. orang kata rezeki kanan, xyah nak wat appoinment nak temubual.. haa amik ko!! datang depan mata..apa lagi.photographer, tetamu lain snap sana sini laaa... muahahahaha..

apa pun AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA, semoga BERKEKALAN hingga ke jinjang pelamin ye.
Dah inform nak kawin awal tahun depan kan? siap dah tunang dah dalam diam..hehe
bak kata wartawan , "jangan lupa jemput kami ye ayu" hehe


22 October 2010

TAIK HIDONG LEH MAKAN?

DOKTOR SARAN MAKAN TAHI HIDUNG??? Oooopppsss..eeyakkkkk!

bestnye dapat korek....hehehe

VIENNA:Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal di Austria.Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka.

Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.“Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih.

“Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan,” katanya.Dalam kes siste
m imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai kepada usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakannya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma,” katanya.Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikkan dan antisosial.

“Saya suka mencadangkan pendekatan baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. Ia tindak balas semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik,” katanya.Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

18 October 2010

90 HARI CUTI BERSALIN!!!!


90 HARI???

KENAPA???

UNTUK APA???


MARI KITA KAJI KENAPA WANITA DI MALAYSIA TERUTAMA KAKITANGAN KERAJAAN / SESETENGAH KAKITANGAN SWASTA DIBERIKAN CUTI SELAMA 90 HARI...





SEBAB UTAMA :

1. DAPAT MEMBERIKAN SUSU IBU SECARA EKSKLUSIF (SEPENUH MASA) KEPADA BAYI.
Di negara-negara maju seperti Eropah , Germany mereka telah memperuntukkan 6 BULAN cuti bersalin untuk ibu-ibu memberi penyusuan secara sepenuhnya tanpa susu formula. Mereka sedar penyusuan susu ibu spenuhnya dapat memberikan faedah kepada bayi kerana ia dapat membentuk IQ yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak dapat menyusu sepenuhnya.

Oleh itu, kita yang mendapat peluang bercuti lama ni janganlah memberi alasan tidak cukup masa memberikan anak susu ibu kerana peluang yang lama ni dapat membantu ibu-ibu belajar dan berusaha menyusukan anak secara eksklusuf.

 2. DAPAT MERAPATKAN HUBUNGAN IBU & ANAK
Dalam tempoh cuti yang lama ni, ibu dapat meluangkan lebih masa bersama anak & juga bayi. Secara psychology, anak-anak yang mendapat perhatian sepenuhnya terutama bayi yang baru lahir akan cepat berdikari dengan sendiri apabila ibu terpaksa keluar bekerja. Anak akan merasa puas dapat bersama ibu dalam tempoh yang lama. Komunikasi antara ibu & anak semasa tempoh berpantang juga amat penting bagi membantu anak memahami secara semulajadi tentang keadaan persekitarannya.

3. IBU DAPAT BEREHAT SEPENUHNYA
Selepas tempoh mengandung selama 9 bulan, saat bersalin, pasti ibu-ibu merasa penat. Tempoh berpantang la adalah tempoh mereka berehat seketika walaupun terpaksa melayani kerenah bayi mahupun anak-anak. Jadi, tempoh 90 hari ni insyaALLAH cukup untuk ibu merawati fizikal dan juga mental sebelum keluar bekerja selepas habis tempoh bercuti nanti.


4. BILA KITA CUKUP BERSEDIA. KITA PUN AKAN MUDAH CERIA.
1 FAMILY AKAN CERIA BERSAMA-SAMA


AKU SELAKU WANITA DAN IBU , MENYAMBUT BAIK PEMBERIAN KERAJAAN INI.


06 October 2010

ANDA TAHU TENTANG BERSIN?


Setiap orang pasti pernah bersin, tol x?. tahukah anda apa yang sebenarnya terjadi ketika kita bersin?.



Lebih dulu kita perlu tahu apa ye bersin itu?. Bersin adalah keluarnya udara semi otonom yang terjadi dengan keras lewat hidung dan mulut. Udara ini dapat mencapai kecepatan 70 m/detik (250 km/jam). Bersin dapat menyebarkan penyakit dengan butir-butir air yang terinfeksi yang diameternya antara 0,5 hingga 5 µm. Sekitar 40.000 butir air seperti itu dapat dihasilkan dalam satu kali bersin. makanya anda semua kalau bersin sebaiknya menggunakan tissue agar air-air yang mengandung penyakit itu tidak menyebar kemana-mana.


Lalu kenapa kalau kita lagi bersin pasti menutup mata?. kerana saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata itu sebenarnya saling berkaitan, sehingga pada saat kita bersin, maka secara automatiknya mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapiler darah agar tidak terkontaminasi oleh bakteri yang keluar dari membran hidung. Pada saat kita bersin, secara refleks otot-otot yang ada di muka kita menjadi tegang, jantung akan berhenti berdenyut sesaat. Segera setelah bersin maka jantung akan kembali lagi berdenyut alias berdetak kembali.

Penyebab bersin:


1. Aliran udara yang masuk akan melewati rongga hidung yang diselimuti selaput lendir hidung, bila selaput lendir ini terkena dengan bahan-bahan iritan atau alergik maka akan timbul bersin.


2. Timbul akibat adanya peradangan (rhinosinusitis), benda asing, infeksi virus, atau reaksi alergi.


Reaksi yang ditimbulkan oleh Bersin:


Terjadi gejala alergi yang menimbulkan reaksi,


1. Bersin-bersin.


2. Hidung gatal.


3. Hidung tersumbat.

 
Bersin sebenarnya berguna menjaga agar hidung tetap bersih, bersin yang terjadi berulang-ulang diharapkan dapat membantu upaya pembersihan dalam rongga hidung.


Jantung berhenti berdetak saat kita bersin.


Beberapa mahasiswa dari sebuah universiti di Amerika membuat penelitian tentang bersin ini. Mereka ingin tau kenapa manusia bersyukur dan saling mendoakan pada saat bersin. Dari hasil penelitian, ternyata pada saat bersin jantung manusia berhenti berdetak NON KOMA SEKIAN DETIK. Dan kita tau kalau jantung merupakan organ vital bagi manusia, maka dari itu hendaknya tutuplah mulut kalian ketika bersin agar virus-virus yang ada tidak menyebar.

13 June 2010

APA CITE TERKINI?

salam kengkawan..

lama gak aku x update blog ni. bukan apa BZ & malas gak nak berposting di sini.
skrang ni aku byk masa di FB & YM je. Tapi x bermakna blog ni akan berkubur. Aku masih lg berblogging tp part time & kebetulan juga aku ada 1 lg blog, iaitu blog biznes aku bersama suamiku, apis. jom la singgah http://feverpicture.blogspot.com

Alhamdulillah hampir setahun sudah biz aku ni. Pada awalnya hanya suka-suka & kini kami rasa patut kami kembangkan sbg sumber pendapatan sampingan. Kalau sesiapa yang pernah tahu & pernah menggunakan khidmat kami sebelum ni mungkin hasilnya tidak la berapa nak dibanggakan. Masing-masing masih belajar & terus mencari ilmu utk pertingkatkan kemahiran kami yg dah lama x digunakan.
Bila rezeki diberikan olehNYA.. alhamdulillah kami rasa kami patut mulakan impian & cita-cita kami sebelum ni. Bukan senang nak senang walaupun skrang xde la senang sampai tahap kaya tp mampulah utk kami memulakan minat kami "travelling" bersama anak kesayangan kami, izz. Rezeki ni utk dia & apa salahnya kami menghabiskan sedikit duit utk dia & simpanan juga utk dia.
Btol x?..bagi aku biarlah duit tu dia merasainya bersama. 

Sehingga kini kami masih memperbaiki kemahiran kami. semoga satu ari nanti kami boleh menjadi salah seorang pengiat seni fotografi yang berjaya.
Kepada mereka yang sebelum ni pernah menggunakan khidmat kami, maaf sekiranya ada kekurangan dulu berbanding skrang. kami budak masih blaja :)


InsyaALLAH, akan datang aku akan kembali di sini membawa cerita & pengalaman terbaru dengan koleksi gambar2 yang menarik utk kowang semua..
jumpa lagi...... cau cin cau



04 May 2010

FEVERpicture PHOTOGRAPHY

SALAM  KAWAN-KAWAN.


LAMA X UPDATE KAT BLOG NI KAN. SKRANG NI BZ SKIT & CAM LEMAU NAK UPDATE BLOG. ALMAKLUMLA SEMAKIN LAMA SEMAKIN BERKURANGAN ORANG NAK KOMEN ATAU JENGAH BLOG SAWANG AKU NI. HEHEHE....


AKU SKRANG NI BANYAK AKTIF DI FB SBB X PERLU NAK UPDATE PANJANG2 APA AKU BUAT. EHEHE.. BG SESAPA LOM ADD AKU LG : afarishakim@yahoo.com
SILA KENALKAN DIRI YE SBB FB AKU TU PRIVATE SKIT.. ORG AKU KENAL.. AKU KASI MASUK. HAHA


INGAT UPDATE SINI NAK SHARE LA PROMOTION BIZ AKU SKRANG DALAM DUNIA PHOTOGRAPHY & DESIGN NI. ALHAMDULILLAH SEMAKIN RAMAI YANG MENGHARGAI HASIL KERJA KAMI SUAMI ISTERI. SEMAKIN HARI KAMI CUBA MEMPERBAIKI KEKURANGAN KAMI. ALHAMDULILLAH.. RAMAI YG BERPUAS HATI DENGAN SERVIS TERBARU KAMI.


SEMPENA HARI IBU BULAN NI.. AKU DENGAN BERBESAR HATI MEMBUKA PROMOTION PHOTOGRAPHY UTK SEMUA BLOGGERS.


MOTHER`S DAY PROMO : STORYBOOK ALBUM hanya RM100 sahaja!!!! anda cuma hantarkan cd gambar yg terang & cantik kepada kami & kami akan masukkan ke dalam storybook anda. Max gambar : 200 keping, High Quality, belum di edit.




Photoshoot hanya RM300 (150 Keping gambar outdoor) termasuk storybook album.



Promo hanya berakhir pada 29MAY 2010 ini...



CEPAT! JANGAN KETINGGALAN!... :)


KOWANG LEH DAPATKAN INFO PAKEJ KAMI & PROMO di GROUP FACEBOOK  : FEVERpicture Photography


Jadilah members di sana ye.... ;)

 
template by suckmylolly.com