PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

28 October 2010

BUAYA AIR MASIN? WUJUD KE?




Buaya Katak atau buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile') (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak dikenali di Jajahan Utara Australia sebagai 'salties'.
Buaya Katak merupakan pemangsa peluang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, samaada di air atau di darat. Anak buaya makan haiwan lebih kecil seperti serangga, afimbia, haiwan bercengkerang crustaceans, reptilia kecil dan ikan. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya, walaupun mangsa kecil masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya Katak mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, ikan yu [1] dan kadang-kala termasuk manusia. Kebiasaanya amat lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau bermandikan sinar suria sepanjang hari, biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, mampu menjangkau sejauh 10 m daripada keadaan pengun lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan. Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa biasanya lemas (sungguhpun sekiranya terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat perkasa, mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar libasan ekornya, menarik kerbau dewasa ke dalam sungai, atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gelungan Maut," di mana ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk juara yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.

3 comments:

saveme_zero said...

aihh..scary ko,nak2 klu kat PD tu. adehh...sanggup mandi pool umah ko,ada buaya darat...wakakakakak

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

eihhhhh

A.I said...

buaya darat pon banyak gak!! (^_^)

 
template by suckmylolly.com