PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

29 October 2010

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API


Menu dinner yang mengiurkan ..meh aku panjangkan resipi ni kepada peminat siput chot.. hehe

Resipi 
Bahan-bahan :

1/2 kilo siput sedut
1 biji kelapa (amik santan pekat & cair dalam semangkuk)
6 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ich halia
2 ich kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
sedikit nenas di potong kecik

Caranya :
Bersihkan siput dahulu & buang hujung siput.
** Petua nak bersihkan siput dari lumpur & bau... Basuhkan siput dgn air dahulu. kemudian ramas siput dalam hampas kelapa. Rendam lebih kurang sejam siput dalam hampas kelapa tadi. Kemudian bilas siput dengan air biasa. InsyaALLAH siput akan bersih berseri, rasa siput pun berlemak & bau lumpur pun hilang. :)

Blend /Tumbuk bawang merah, putih, kunyit,halia hingga lumat.
Tumiskan bahan ni ke dalam periuk bersama serai yg dititik & santan cair. Masak dengan api sederhana. 
Setelah bahan naik wangi, masukkan siput dan potongan nenas. Masak dengan api perlahan . Kacau  jangan sampai santan pecah minyak. Masukkan santan pekat dan tunggu hingga masak.

7 comments:

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

siput sedut kegemaranku
ko ni ilaaaaaaaaaaaaaaaa
kijam kijam

ILA HAFIZ said...

hehehe x la kejam sgt...hehehe ..

Ciklinn said...

kegemaran aku coott cottt...

FaiHash said...

wah dah lama xmakan siput...sodapnya! -.-'

Mama Herda said...

aku x reti makan..aku x reti masak si sedut ni..hehehe

ILA HAFIZ said...

sedap wooo..kowang kena cuba..:)

saveme_zero said...

sedapnyaaaa tapi malas nak siang..hahaha. lama aku x mkn siput sedut ni

 
template by suckmylolly.com