AIK.. 1 CAWAN JE?..
12 TEMPAT UNTUK BERKUNJUNG??
SECAWAN DALAM MASA 4 JAM??
ANDA PERCAYA?
KENAPA SAMPAI BEGITU?
JOM KITA BACA KISAH SAYA BERSAMA SECAWAN AIR TEH TARIK :) hehe
Kisah nya bermula begini, semalam kami mengalami masalah air di ofis. Boleh dikatakan kesemua jabatan tidak memiliki air atas sebab tangki air utama pecah. Seminggu sebelum tu memang jabatan kami dah tetapkan tarikh semalam untuk jamuan raya ofis. Seharian bekerja hanya MAKAN-MAKAN-MAKAN & MINUM.
Dalam jabatan kami ada 4 tingkat & 13 buah department tapi hanya 12 sahaja yang buat ofis terbuka. Disebabkan kami kekeringan air untuk ke tandas, semuanya jadi tak happening sebab masing-masing control makan & minum. Takkan lak nak kena beristinjak atau tayammum sebab di depan bangunan kami ada anak sungai gombak.
Pagi tu aku dah siap-siap mencari tandas untuk membuang apa yang patut, nampaknya aku terpaksa berjalan lebih kurang 100meter utk mendapatkan bekalan air. Akhirnya aku membuat keputusan untuk makan secara sederhana.. & minum hanya secawan TEH TARIK. Air sejuk2 ni bahaya sebab cepat nak terkucil memandangkan ofis kami bersuhu 18c.
Berjaya gak habiskan 12 department ..jamah-jamah je asalkan merasa menu yang disediakan. Semuanya sedap-sedap. Air plak hanya membawa secawan TEH TARIK dari department 1 hingga ke 12. hahaha..
1 department hanya seteguk air sahaja. nak cuba?.. hahaha teknik mencatu air.
2 comments:
hah, baru betul... tp rugilar tak dpt mkn mkanan sedap2.. rugi raya oo...
Lizzie :
tu pasal la.. rasa cam nak repeat raya
Post a Comment