Kembali ber"travelling" ... kali ni destinasi di Jakarta & Bandung, Indonesia. Percutian selama 5 hari 4 malam.
Destinasi kali ni kami bertolak jam 3 pagi dari rumah di Tmn Danau Kota ke putrajaya. Sebab apa putrajaya?.. sebabnya kami drop kereta di rumah abg ipar aku di Presint 9 selepas tu dia hantar kami ke LCCT sepang. Lebih kurang jam 4 pagi kami sudah berada di LCCT. Ingatkan jam 4 pagi x sesak, tekaan aku meleset sama sekali. x seperti di KLIA jam begini mmg clear je. Di LCCT dah cam pudu raya. Bukan main ramai orang yang dah menanti masa berlepas.
Sampai je di LCCT aku terus check in online di kaunter kiosk yang telah disediakan. Rilex skit kan bila dah check in. xyah nak beratur panjang nak wat check in tiket cuma masa check in luggage je beratur panjang skit. Huh, penerbangan pagi jam 7pagi memang mengantukkan diri. Mana taknya aku x tidur seharian ..dah la siangnya aku kelam kabut dgn masalah imegresen, PTPTN nya lagi, haru tol. Balik je umah banyak benda aku kena settle sebelum keluar bercuti selama seminggu. Aku memang jenis x suka keluar bercuti dalam keadaan rumah x berkemas. sure aku kemas bagai siap mop lantai, basuh kain, lipat baju baru hati aku tenteram. Bukan nak kata aku ni pembersih ke apa cuma aku suka rumah aku kemas sebab bila balik nanti sure rumah aku kelam kabut balik.
Jam 7 pagi bersedia berlepas dengan pesawat GZ7694. Air Asia Indonesia ni luas sedikit. Jadi selesa la skit semasa penerbangan selama 2 jam tu. Sepanjang tu kami anak beranak tido je sampai la selamat mendarat di Jakarta Soekarno-Hatta International Airport.
Jam 9 pagi kami berlegar-legar sekitar airport. Plan asal nak naik keretapi ke bandung tapi disebabkan airport berjauhan juga dengan Gambir Railway station. Kami bertukar planning. Jangan pelik ye kami ke Jakarta- Bandung memang x amik supir atau agency. Kami memang suka redah kamekaze. hehe.. baru la namanya traveling. Kalau sesapa ke Jakarta, jangan risau tentang pengangkutan. Di airport tu bersepah-sepah teksi, bas, charter mpv bagai. Yang penting kita kena pandai tawar menawar dan pilih yg terbaik utk budget kita. Tawar punya tawar, pk punya pk, nego punya nego akhirnya kami pilih naik charter mpv .. 370,000.00 rp ALL-IN dr jakarta - hotel Unik, Bandung. Murah dari harga supir yang selalu ditawarkan kepada pelancong. Selalunya harga standard dowang ni dalam 700,000.00rp ke Bandung. cekik darah!!!!...
Di jakarta memang terkenal dengan kesesakan lalu lintas atau dalam bahasa indon "macet". Nasib kami baik aritu sebab kami bertolak jam 10 pagi, keadaan jalan tidak la berapa sesak. Perjalanan kami memakan masa 3jam ke kota bandung. Sepanjang perjalanan yang amat berharga. Kami dapat melihat geografi kependudukan rakyat indonesia di sana. Dari tanah rata hingga ke tanah tinggi. waduhhhh ,..asyik!. :)
Kami selamat sampai ke HOTEL UNIK, Bandung. Aku rasa hotel ni boleh dikatakan bagus berbanding hotel yang aku penah menginap di Bali sebelum ini. Aku menginap di bilik "Pakej Family" ada 1 King bed & 1 Single bed. Cukup la utk kami berempat. Harga hanya 378,000.00rp sehari.
Lepas check in, kami keluar lunch di depan Hotel kami. Ada food court menjual makanan indonesia. Kalau berada di bandung, insyaALLAH makanannya HALAL kerana majoriti masyakaratnya berbangsa minang, sunda dan beragama Islam.
Pengalaman pertama makan di bandung, hehe.. aku x tahu nak makan apa sebab aku ni memang suka makan tapi mind aku ni telah di set..makan hanya menurut kehendak tekak. Bukan memilih tapi aku lebih suka makanan yang berunsur pedas.
Makanan yang kami order, nasi ayam penyet & nasi goreng selimut telur (nasi goreng pataya). Ok la... tapi aku rasa xleh lawan makanan di malaysia. hahahaha...
:: nasi ayam penyet Bandung ::
:: keadaan jalan sekitar Jalan Kobun Kawong ::
Disebabkan kami taknak amik supir yang tak berbaloi tu.. yelah 400,000.00rp hanya bawa kami sekitar bandung je. huh..kirim salam je!.. Kami ni jenis x kisah janji leh jalan. Asalnya nak naik Angkutan Kota tapi lom pandai lagi. Menurut kata staff hotel, hanya 20minit perjalanan ke Pasar Baru. Jadi jam 5 petang tu, kami pun berjalan la sambil melihat keadaan sekeliling yang ada ke Pasar Baru. Memang cukup memenatkan sebab aku terpaksa dukung izz sepanjang jalan. Jangan tak tahu anak teruna aku ni nama je dah 3 tahun tapi amat lah malas berjalan kaki. Dia sayang kasut dia haus di makan jalan. Jalan skit je dah mengadu penat. how come!!.. pemalas tol!..Yang jadi mangsanya aku la. Dahla aku ni dah bertambah besar, penat nak bawak badan sendiri, bawak beg susu dia, bawak dia lak yg sekarang sudah 11kg. Memang la orang kata kecik kurus tp hantap tulang temulang dia. Tula khasiat susu ibu. wakakakaka.. Terbakar gak la 1% lemak aku.. yeke 1%? aku harap lebih...hehe....(skrang sudah obes sgt aku rasa... :( hati happy pun payah..asik nak melantak je..)
Alamak kami lupa nak tanya pasar baru tutup nya jam berapa.. hahaha..penat berjalan sekali pasar baru dah tutup. wakakakakaka.. Tengok jam sudah 5.30 petang. Apa nak buat?.. sepanjang jalan tu memang banyak angkutan & taxi yang nak offer kami naik tapi kami rasa dah nak dekat pasar tu wat pe nak naik. Lastly, masa nak balik ke hotel tu kitowang naik taxi. Asalnya nak balik hotel, saje jela gatal tanya driver taxi tu; bapak agus. kalau nak jalan-jalan sekitar bandung nak cas berapa. Dia pun ckp dia amik 150,000.00rp jela pusing-pusing sekali tunggu kami singgah ke mall yang kami nak g. Orite la tu kan?.. hehe..ayuh bapak!! bawak kami mutar keliling ya!... hehe
Kami jalan keliling bandung, macam-macam tempat pak Agus tunjuk kepada kami. Kami singgah ke Rumah Mode. Bukan untuk bershopping tapi hanya cuci mata dulu. Survey apa yang patut. hehe..Oh ye lupa lak aku nak bagitau. Kebanyakkan teksi kat sana ni jenis VIOS,PROTON PERDANA, NISSAN SENTRA. hehe
:: Java Bean Coffee di depan Rumah Mode ::
:: Mall sekitar Bandung Town ::
sekian perjalanan kami untuk hari pertama... :)
9 comments:
selamat melancong saudari
tak sabar nak ke bandung jugak nih.ngeh3.
boleh lah mintak consultation ko kelak. (^_^)
wahhh bestnya g cuti2 ke jakarta...tingin nk gi..hehe
hamboiii jauh tu dik.. apa ole2 utk aku..
sonok kan? 1 pglaman baru di sana.... hehehe
wah best ila dapat gi shopping kat situ..
best mmg best :) sampai rasa x puas
assalamualaikum puan,
nak minta pendapat ok ke hotel unik.. dekat ngan restoran makan tak.. breakfast ok tak
assalamualaikum puan,
nak minta pendapat ok ke hotel unik.. dekat ngan restoran makan tak.. breakfast ok tak
Post a Comment