PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

30 January 2009

ZIARAH REEN & BABY DAMIA

Hi semua!...nama saya Nur Damia Maisara saya nak nenen la.. kenapa auntie ila & abg izz kacau saya :(
Panjang x saya? sure bila dah besar saya leh jd model..hehe
uncle apis ni asik amik gambo saya je.. bayo la!
nak tengok "INTAN" la..tp umi pasang tv3..uwaaaa
izz yang perasan kononnya damia adik dia sampai amir
dukung damia pun..izz marah..kuikuikui
( nak adik mintak kat baba ye sayanggg)
Izz: "mimi, comeynye damia. jom bawak balik!"
Reen : "eh..mana leh! ni adik akid. izz nak mintak kat mimi"
Ila : " izz mintak kat baba la sbb adik semua dlm kantung baba. kahh"
Aksi budak teruja dgn baby. Alhamdulillah aku nengok izz ni suka budak-budak. x kira la kecik ke beso dr dia. very friendly. Masa ni dia nak pegang damia. Si reen dah riso.. kahhh..izz nak amik puteri kesayangan dia.
Apa pun reen, selamat berpantang & jaga kesihatan. Teruskan semangat breastfeed damia.
TAHNIAH! buat korang sekeluarga kerana dapat cahayamata baru yg sgt comel .. :) Ni hadiah khas untuk ummi reen & baby damia...
dr kami sekeluarga.. kak ila, abg apis & bro.izz :)

29 January 2009

TAG LAGI..REPLY DAH!

hahaha...dah siap..buruk gilosssssssss... nama yg tertera sila siapkan assignment anda!!!!
The Rules:- Use ur mouse to write:: 1. name or username 2. left handed or right handed 3. fav letter to write 4. least letter to write 5. buat exercise nih " The quick green alien jumps over the lazy blue turtle " 6. kene kan yg lain pulak

28 January 2009

CUTI LAYA CINA - PART 1

Pegi mana cuti laya cina?..

sempena isnin tu semua bercuti, aku lakibini anak banak p menghiburkan diri bersama kengkawan. Kali ni tempat yg sama.. kotak merah plus @ pavilion. Klua pagi baliknye malam. hehe

Kali ni dpt melalak dlm bilik beso bernombor '53'. mmg luas siap ada dance floor. mmg syokla toilet pun kat dlm bilik. Buffet pun lauk sedap2 lak aritu. okla..mmg menyentap jela. makan ..melalak..melalak ..makan.

Habis je melalak ..kami lepak kat food court pavilion. Aku terjumpa lak pak nil tgh bersantap bersama keluarganya. Agak terkejut muka pak nil. kahhh.. sorry la pak nil.

Lepas lepak2 kat food court sambil minum air ..kami plan nak p main bowling plak. Lokasi seterusnya FLAMINGO BOWLING.. aku la pemain paling corot. bukan apa..aku ni dah lama x main ..tangan pun dah pengko.. :)) kahhh...
Lepas bowling p lepak kedai mamak balik kat sebelah ampang point.. dinner kat sana sebelum perembat diri balik ke rumahhh.. penatt wooo..

UPDET MENU BBQ PARTY

Menu :- Ila - mashed potato & coleslaw Kak ai -puding jagung Aelyn - nugget Ayien - kek batik Yies - karipap sya -apam balik zura -kek Kak bibu - tartlet/puding triffle Kak fiza -carrot cake with ream cheese frosting Ayu - Sandwish

CUTI LAYA CINA - PART 2

Cuti laya cina..mau g mana?...
Laya kedua.. selasa semalam kami xde la bercuti ke mana pun. Keluar pagi balik malam je pun g area kl . Pagi2 dah tersadai kat pavilion, BB..jalan-jalan cari pasal. Nak shopping?.. xde mood pun sbb tgh spend duit utk ke bandung. Yang tersangkut cuma cd learning izz je. Memang aku skrang ni hobinya tiap bulan beli cd learning buat izz. Memandangkan dia pun minat belajar..aku galakkan la sementara dia baru nak blaja bercakap ni.
Sambung balik cite jalan cuti laya ni. Aku dr pavilion terus ke klcc mall.. saje gak jalan2 cari pasal. Sempat gak aku nengok tarian singa. Kalau kowang nak tau.. punyala gilos babasnye aku lakibini anak banak leh follow singa tu tawaf 3 tingkat Parkson tu..siap every side dia pegi..kami pun pegi. adoyaiii.. sejam lebih aku dlm parkson semata2 follow singa tu menari.mana dia pegi, situla kami pegi. Sebabnye.. anak kami si izz tu amatlah suka tarian singa & bunyi-bunyian. Jangan pelik dowang main muzik sebelah dia je..dia leh joget cuma aku missed nak record aksi dia joget sbb terlampau asik nengok singa tu & pemukul gendang tu. Kenapa pemukul gendang?.. haha..kowang xyah tanya aku kenapa? sbb kowang pun tau aku ni mmg ada penyakit "mengenyam". Mata aku ni asik nengok singa..nengok "orang pemukul gendang" tu je. Izz cam biasa didokong babanya atas sebab mummy dia pendek. kalau aku dukung sure izz bengang xleh nengok singa tu berjoget2.

>> aksi gedik depan comin.. cute la tu konon2nye

Lepas abis tarian singa, aku pun p cold storage..beli la makanan & mineral water utk bekalan di klcc pool. Camla kat umah takde pool kan?.. aku saje je nak bawak anak aku bergumbira di suasana lain. Asik pool sendiri je x best gak kan. meh p kat awam punya..ramai kawan2 leh jumpa. Sekarang ni, izz mmg susah di kawal bila jumpa air. Habis dia tawaf kolam tu dr cetek sampai ke dalam. Macam2 aksi dalam air.. meniarap..merangkak.duduk..tepok air..menyelam sampai tersedak pun ada. adehhh.. sakit pinggang aku dok kawal dia. dah la kenit..aku asik terbongkok2 dok jaga dia. sejak2 ni gak dah berlagak cam org beso. xmo berpegang..nak redah sendiri. tu yg aku follow je belakang dia. jgn terkejut gambo & video dia semua dari back side. kahhhh...

>> cobaan nak memanjat.. x padan kecik. semangatnye kuat!

>> cobaan BERJAYA!..

video

>> percobaan nak berkawan.. ntah sape pun dia tegur video

>> ni aksi baru ye dlm air.. ala2 katak mengaumm video

>> ni plak teknik bebas.. apa2 ajelaaa

22 January 2009

BLOGGER AWARD FROM BUDAK MERAH

Tenkiu dak merah sbb sudi memberi award pinky ni. Apa pun aku cuba menjawab apa yg patut aku jawab. hehehe..... Rules: Citer kan apa yang korang tahu tentang penyampai award ni dan sila bagi 10 fakta tentang diri korang.(PASTIKAN FAKTA!!BUKAN AUTA YER...) Yang kat tengah tu la wajah "PENYAMPAI AWARD"..hehe :P
Okla.. aku cite la pasal minah ni. Nama dia ni Nur Syafawati bte Shamioon
a.k.a SYA. Dia ni beza 11 bulan je dengan aku. Dia ni ada sorang anak dara yg cute, namanya DINA (klon bapaknye zul)..
Aku mula kenal SYA ni dalam M.COM.. around dec 2006. Masa tu aku baru mengandungkan izz. 1st time aku jumpa dia ni pada 6 May 2007 (Ahad) jam 3 ptg di BP Plaza Idaman, gombak. Masa tu aku dah pakat dgn dia nak melawat kak yatie (MamaRais) yang tgh berpantang di Damansara Utama..Masa tu dia pun tgh mak yong cam aku gak cuma bezanya perot aku comey. Ha..gambar kat atas tu, kenangan pertama aku jumpa SYA. Cun kan dia masa jd mak yong. hehe.. aku rasa skrang ni jarang eh x penah nampak budak merah ni pakai anting2 gayut cam tu..(ke ni pesyen masa mak yong je..:D). Dia ni hebat gak cam aku sampai cukup bulan pun still driving & berjalan sakan. Patut gak la kita ni beranak takde hint ye sya..kahhh.. Aku masih lg teringat 1st time dating makan2 kat PIZZA HUT TTDI. melantak x hingat..kahhh..patutla dina kuat makan. kuikuikui..
Dia ni aku rasa serasi dgn jiwa raga aku. Minat pun lebih kurang sama. Dia pun byk gak paham isi hati aku ..mayb kami ni anak tengah & dah biasa dr kecik hidup berdikari . Apa pun aku suka kawan dgn dia ni. Dia jenis yg open cam aku..gila pun cam aku ..leh masuk dalam byk situasi. Tahan maki..tahan gurau..tahan lasak..tahan apa lagi ek.. x tahan napsu kot. kahhhhh...
10 FAKTA TENTANG AKU!...
1- Nama aku FAZILAH BTE BASARUDDIN. Nama manja aku banyak. Mak aku panggil "ILA" tp nama impian dia, "ZEL". Abah,abg,adik aku plak panggil aku "NEE". Laki aku panggil aku "ILA"..kekadang"SAYANG". Opismate aku lak panggil "FAZILAH" (skema la plak).. Kawan-kawan panggil "ILA".
2- Aku ni lahir kat HOSPITAL UNIVERSITI KL . Anak jati SHAH ALAM. Aku dibesarkan...disekolahkan di SHAH ALAM gak. Aku ni generasi PERTAMA di SHAH ALAM. so, apa saja sejarah awal SHAH ALAM aku tau. hehe..
3- Aku anak TENGAH dr 2 saudara lelaki. (ABANG & ADIK LELAKI). Kira aku ni anak tunggal perempuan. Adik badik aku ni sume jarak umonya. Ada 3 ERA..70-an,80-an & 90-an. Walaupun aku anak tunggal ppuan, hidup aku xla manja sgt sebab mak abah aku jenis tegas & garang. Salah sure kena punya. Lain salah..aku pun kena gak. hehe...
4- Umur aku skrang 27 tahun 11 bulan. Lahir pada 27 DISEMBER 1981.
5- Aku dah berkahwin & ada seorang anak bujang yang comel,cinonet & cerdik cam aku..(perasan). Namanya AHMAD IZZ HAYDER. Aku pun ada suami namanya AHMAD HAFIZ.
6- Aku ni suka berkawan. x kira lelaki ke perempuan ke pondan ke gay ke. Janji dia baik dgn aku..aku pun baik dgn dia. Aku ni jenis mudah mesra cuma lambat skit nak START ..selalu ada jenis orang yg aku terus mesra cam 100 tahun kenal. cam dgn penyampai award ni la.
7- Aku ni kaki jalan,kaki sosial..kekadang aku ni xleh dok umah 24jam..sure aku rasa x sihat. Dapat jalan ke kedai pun jadila. Nasib la dpt jodoh dgn suami yg kuat jalan gak. xla aku sangap sgt. Dia takde pun dia izinkan aku merayau. hehe
8- Aku ni KERAJINAN ada moodnya.Kalau sampai mood rajin, aku leh jd org yg pantas buat keje yg byk benda nak buat. Kalau malas tu, mampos la aku x buat..aku buat dek je.
9- Aku ni sensitif skit bab keluarga. Mudah sgt tersentuh. Kekadang depan orang aku tunjuk hati kering aku ni tp sebenarnya dlm hati tuhan je tahu. Sebab tu aku ni kalau nengok cite pasal keluarga ni..air mata aku mudah berlinang..
10- Aku jenis yg TAHAN MAKI, TAHAN LASAK, TAHAN GURAU. So, apa pun orang buat kat aku, aku x terasa sgt. Kekadang aku x perasan pun.
tu jela pasal aku.. kang lebih2 orang kata aku ni perasan lak. Asik nak UP diri aku yg cun & comel ni....
(NAK BAGILA AWARD NI KAT kak SHAIS)

21 January 2009

SWIMMING CLASS + LAMB CHOP

>> ni santapan dinner malam td...
Resipi:
Lamb - Tumbuk 3 ulas bawang putih hingga lumat, gaulkan bersama serbuk lada hitam,sedikit garam hingga rata & perap lebih kurang 40min. Bakar dalam oven selama 35min /250c
Mashed potato - Rebus 3 biji kentang hingga empuk. Cairkan sesudu marjerin/mentega. Satukan marjerin cair,kentang yg dilecek sikit, suku cawan susu segar,sedikit lada sulah. Putar hingga hancur & likat.Sejukkan dalam fridge
Coleslaw - Sagat kobis,karot halus-halus. Satukan sayuran dengan mayonis dan sedikit perahan lemon. Tabur lada sulah sedikit. Gaul hingga rata. Sejukkan dalam fridge.
Black pepper sos - Cairkan marjerin sesudu dalam periuk. Satukan sos tomato, sos cili & sos lada hitam. Masukkan sedikit air suam & serbuk lada hitam. Masak atas api perlahan, kacau hingga sos pekat & likat.
Addtional - Goreng jejari kentang, tomato atau daun salad
>> ni plak video izz blaja swimming

video

20 January 2009

BOBOY PERGI BUAT SELAMANYA

>> boboy dalam kenangan Semalam, kucing kesayangan aku pergi meninggalkan aku sekeluarga buat selamanya. Kucing ni kucing yang paling aku sayang. Aku yang lihat dia lahir ke dunia ini & akhirnya setelah 4 tahun setengah, dia pergi tinggalkan aku selamanya. Boboy mati di pangkuan mak aku kira2 jam 11.48 pagi semalam. Punca kematian x dapat disahkan sangat sbb aku x sempat nak bawak ke klinik. Mengikut cerita mak aku, dah 3 hari dia sakit, muntah2 kuning & x larat nak bangun. Sebelum ni pun dia ada gak sakit sbb terkena racun & bisa. Almaklumla kucing aku ni jenis pemburu. suka sangat wat aksi atas pokok la..tangkap ular la apa la keje dia. kekadang bawak anak ular masuk umah. aku la orang paling ketakutan sbb aku kan fobia ular. Kali ni aku rasa dia termakan atau terkena bisa binatang. Selama 3 hari sebelum kematian dia semalam, mak aku mmg malas nak bgtau aku sbb dia pk leh rawat si boboy ni cam biasa. Mak aku dah mula risau semalam & bgtau aku suruh bawak ke klinik. Dalam perjalanan semalam, abg aku sms..ckp dia dah takde. Boboy selamat dibersihkan & dikebumikan di belakang umah bersama2 kawasan pakcik,makcik,adik badik dia sebelum ni ditanam. Kenangan bersama boboy yang cerdik sentiasa aku ingat hingga ke akhir hayat aku. Terima kasih boboy sbb hidup menjadi penghibur, peneman kami sekeluarga. Tenanglah kamu di sana...... :(
Masa nak balik umah semalam, aku singgah jusco. Bawak izz jalan2 sambil merawat kesedihan aku ni. P makan KFC..mmg x ramai p sana. Mayb orang tgh sebok boikot. Bagi aku, minta maaf la pada sesiapa yg x setuju dgn aku tp ini pendirian aku. Aku takkan boikot TESCO, KFC, MCD disebabkan aku mmg rasa benda2 ni x byk membantu mengubah pendirian si kafirun tu sume. Bayangkan di MALAYSIA, 99% yang bekerja di sektor ini adalah orang BUMIPUTRA. kalau kita boikot, dowang yang bekerja nak makan apa?.. nak keje apa?.. Kalau la kedai runcit PAK ALI jual barangan murah sama seperti TESCO, insyaALLAH aku akan pegi sana. Tapi aku masih berpihak ke TESCO sbb sana barangan berpatutan dan dgn taraf hidup di malaysia ni yg amatla tinggi buat masa sekrang, ramai yg memikirkan keuntungan utk berjimat cermat.
Kalau STURBUCKS..aku masih boleh boikot sbb mereka lebih memihak pada bangsa & kaum lain.

MALAM AJL 2009

Tahun ni AJL diadakan di Stadium Putra, Bkt Jalil. Aku mmg x pegi la ke RED KAPET side sbb malas nak datang awal sgt. Kol 7.30 start..orang dah berpusu2 ke sana tp aku masih dlm perjalanan. Lepas maghrib baru nak klua umah, anta izz ke umah teacher suzie. Tepat kol 8.15mlm..kami sampai ke bkt jalil.. lalu highway DUKE. Persembahan artis2 yang berentap kali ni mmg amat sengit. Aku leh katakan semua persembahan, vokal & lagu adalah yg terbaik. Puas hati dgn persembahan lagu & vokal dowang. Paling aku salute, persembahan FAIZAL TAHIR & MEET UNCLE HUSSEIN.. mmg POWER!. Tahun ni aku x pegi rehersal sbb malas nak tinggalkan izz kat umah teacher dia. so, apis & kawan2 dia je pegi. Aku cuma pegi time final je. Takde la dpt bergambar dgn artis2 ni.Malam final pun aku x dpt nak join dinner bersama artis sbb kejar masa nak amik izz. Apa pun MEET UNCLE HUSSEIN & FAIZAL TAHIR mmg nama2 yg aku dah agak mereka menang. Satu lg aku nak selit cite kat sini, aku cukup meluat dgn keletah & pakaian artis2 malaysia yg datang melihat final AJL ni. Aku rasa cam x sesuai je pakaian dowang tu. cam nak g "GRAMMY AWARD" je. Seksi bagai sampai tetek rasa nak berlambak ke depan. Sekor2 pakai cam "#$R$@#$".. kahh..astaga... bayangkan sedekahkan "AL-FATIHAH" utk rakyat palestin tp pakaian dedahkan tetek & kain skirt dok berkiap nampak kangkang. (huh..ayat aku..)

16 January 2009

MY SOUL - JIWAKU

15 January 2009

WATER SUPPLY INTERRUPTION

PLEASE BE INFORMED THAT THERE WILL BE A WATER SUPPLY INTERRUPTIONFROM WEDNESDAY, 14/1/09 UNTIL FURTHER NOTICE DUE TO MAINTENANCE WORK TO THE MAIN SUPPLY BY SYABAS.SORRY FOR THE INCONVENIENCE CAUSED. masakkkla org kat sini semua kena catu air nak wat cebok kencing & berak.. hahaha.. semalam still ada lagi air. Arini dah gawattt... level 1 & 3 dah takde air...nasib baik aku bawak segeleng air tiap hari. dapat la aku minum basahkan tekak. Terpaksa arini diperintahkan darurat ..xleh jumpa mr.tan.. kahhh aku rasa kalau dah urgent sgt..x tahan sgt.. tahap emergency ..leh la ramai2 angkut air dr sungai pusu depan opis ni. hehehe mintak2 la esok dapat cuti kecemasan ;)

12 January 2009

KIPAP oo KIPAP

Sabtu lepas x tahu la nak wat ape utk breakfast. Tengok dlm fridge atas sebiji kentang. erm.. terpk lak nak wat karipap. lama x makan karipap sendiri buat. Aku pun buat la intinya tp x wat pedas pun sbb nak kasi izz makan. Dlm sejam tu siap semua..bekalkan apis sikit ke opis. Si izz makan sampai 2 biji.. sedap agaknye. hehehe....meh la aku kongsi2 resipi kipap aku buat tu... lama dah x buat..adala dlm 7 tahun. hehe.. dulu zaman bujang2 rajin buat sbb abg aku suka makan kipap. skrang ni pun dia tgh mengidam nak makan kipap panas. bini ngandung dia yg mabuk nak makan itu ini.
Resipi:-
Kulit...
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin lembut
garam secubit
air
Inti ...
1 biji ubi kentang ( potong dadu)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecik udang kering - ditumbuk lumat
daun sup (diricik halus)
garam secukup rasa
1 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
air
Caranya :
1- Satukan tepung,marjerin,garam & air. kemudian uli sampai jd doh.
2- Tumis bahan yg telah ditumbuk hingga naik bau.. masukkan kentang. Tuang air sedikit sehingga ubi empuk.
3- masukkan serbuk kari,garam secukup rasa & hirisan daun sup.. Gaul hingga sebati & sejukkan.
4- Leperkan doh..masukkan inti & kelimkan.
5- Goreng hingga kekuningan...

08 January 2009

UPDATE: BBQ&BURGER PARTY

DAH KOMPOM :- 1- ila (Adult:1, toodler: 1) 2-Ayien (Adult:2,toodler:1,babies:2) 3-Elyies (Adult:1,toodler:1) 4-Kak Ai (Adult:1,toddler:4) 5-Reen (Adult:1,toddler:1) 6-Kak bibu (Adult:1,toodler:2) 7-Sya (toddler:2) 8-Sara (Adult:1,toddler:1) 9-Lyn 10-Faiza (Adult:1,toddler:1) 11-Kak sue (Adult:1, toddler:1) 12-zura (Adult:1,toddler:1) 13- Kak Aiza (Adult:1,toddler:1) Blom KOMPOM:- 1-Anne 2-Zira 3-Kak yatie Menu Portluck:- 1. WHIPPED POTATOES 2. KEK BATIK 3- COLESLAW 4-BUAH 5-AIR KOTAK + MINERAL WATER 6-RENDANG + KUAH KACANG 7- APAM BALIK 8-MEE GORENG BASAH 9- NUGGET 10-KUIH 12- KEK 13- PUDING JAGUNG 14- AIR LEMON ASAMBOI Plan Party :- 1-Party akan bermula jam 4 petang di kawasan BBQ pit berhadapan playground Platinum & bersebelahan pool. 2-Kepada sesiapa yang ada khemah kecik /tikar leh la bawak. kita bersantai di situ. 3-Bahan BBQ : AYAM,LAMB,SOSEJ,UDANG SEDANG,DAGING BURGER(AYAM/LEMBU) 4-Roti burger & sayuran akan disediakan. Bkin burger sendiri ye bila nak makan. 5-Menu portluck yang di bawa akan dihidangkan. 6- Sambil2 makan leh la bermandi manda atau main di playground. 7-PERHATIAN: sila jaga kebersihan kawasan taman ye. 8-Selesai party, insyaallah dalam kol 6:40ptg.. kalau ada makanan lebih leh tapau ye ;) Bayaran : Setelah dikira2 budget tahunan, bayaran hanya dikenakan sebanyak RM20 shj setiap 1 family. Tarikh akhir pembayaran sebelum 30 jan 2009. sila sms jika sudah membuat pembayaran.

CIMB : FAZILAH BASARUDDIN
14150062307528
H/p: 013-6395928
Barangan yang perlu dibeli :
1-Ayam
2-Lamb
3-Udang
4-Burger
5-sos cili +tomato
6-Sayuran
7-Lemon
8-Gula
9-Arang
10-Mayonis
11-Plastik bungkusan+getah gelang
12-Bahan perapan
akan diupdate lg selepas ini............ :)
-------------------------------------------------------------------------------
Dah buat bayaran :
1- Ila
2- kak aiza
3- yies

05 January 2009

ADIK BADIK SERAHIM

ni abg aku... FARIZUL NIZAM ni aku la... FAZILAH
ni adik bertuah aku.. FAIZ NIZAM
sape paling comey antara mereka?.. kahhhhhhhhhh

BBQ PARTY GENG M.COM

BBQ & BURGER PARTY
@ PV10-PLATINUM LAKE CONDO, TMN DANAU KOTA
1 FEB 2009 (aHad)
jam 4-7 petang.... :)
Hellooooo girlssssssssss...!! aku sebagai wakil pengerusi party ingin menjemput semua gegels & anak banak kowang utk menghavockan diri ke BBQ PARTY khas utk semua geng m.com.
Di atas perbincangan di KAPET CIPET ..majoriti bersetuju party ini akan diadakan di dlm kawasan kediaman aku yg terletak di kawasan pool & playground.
Acara akan diadakan dgn konsep "portluck" spt biasa yang penah kita buat sebelum ni & sedikit sumbangan utk membeli bahan2 BBQ. Kutipan akan diberitahu 2 minggu sebelum tarikh...anggaran
sesiapa yang sudi hadir & kompom..sila berikan nama pada ruang komen beserta jumlah keluarga & menu makanan yg hendak di bawak.
-- Last kompom 2 minggu sblm 1 feb 2009---
AKTIVITI BERSAMA - main2 kat playground, swim2 kat pool & mencekik.. :D
sekian terima kasih.......................

02 January 2009

QUESTION TAG FOR FRIENDS

paperwork utk 5 kengkawan yang bertuah. sila siapkan paperwork ni ye. lepas tu pass kpd kengkawan yg x terpilih utk pusingan pertama ni.. hahahaha..selamat menjawab! baca bismillah dulu ye. 1- eda - my besen 2- sya - chick merah 3- kak za - mama chef 4- kak sue - mama da vog 5- kak ai - mama tembun cun 1-What was your pet name when you were a kid? -- of course NO.. xkan nak called izz, boboy. 2-If we say, we are here to help others, what are the others here for? --up to them.. 3-Relate the most funny incident in your life. Or what was the funniest thing you did as a kid? --run...run sekali gedebok dagu tercium atas taik kucing..eeeeyakkkkkk 4-Which was the naughtiest prank you played in school? -- add on chewing gum on kerusi cikgu.. kahhhhhh 5-Who was your first crush? -- aku la.. aku pecah pasu kesayangan mak aku..kahh 6-Which was the most embarrassing moment of your life? -- give wrong question yg takde kena mengena dlm topic public conference 7-Does one of your socks have a hole in it? Actually, both the socks are bound to have one hole each. After all, that is through which you put your foot into it! --hmm/.lets me think.. no idea. mayb leave it the socks..;) 8-If a bus stops at a bus station, does your work stop at your workstation in office? -- of course.. my brain pun dah stop gak cam bus. 9-List five things you would need to survive, if left alone on a deserted island. --knife..lighter...mancis..spek mata..uv lotion.. kahhhhh 10-If it is illegal to drink and drive, why do bars have parking lots? -- i donno becoz im not drunk 11-If man evolved from monkeys and apes, how do monkeys and apes exist? -- hmm.. lets me ask monkey & apes 1st.. hehe 12-What treatment would you seek if you were addicted to therapy? -- sexuality therapy becoz im always horny when i saw a hensome man. kahhhh 13-If the universe is everything, and scientists say that the universe is expanding, what do you think it is expanding into? ---mm.. If is possible that the universe is spatially flat and infinite. This is the simplest case. If it is so, then it expands into itself. 14-Why are boxing rings square-shaped? -- It's just a bunch of spectators who surrounded the fighters, giving them a "ring" shaped area to fight in.hehe 15-What to do if an endangered animal eats endangered plants? -- ala biasala tu..tu kan nature dia. 16-If you were a geometric shape, what would you like to be? -- circle... aku mmg BOLAT... 17-If ‘pro’ is the opposite of ‘con’, is ‘progress’ the opposite of ‘congress’? --It is limiting the meaning of con to one thing. susah nak diramalkan.. 18-Don’t you think, the term, ‘free gift’ consists of a redundant usage of words? -- free gift tp kena beli something baru dpt free.. mmg x sesuai.... 19-If electricity comes from electrons, does morality come from morons? -- ye kot.. aku pun x paham 20-Would you believe in a liar who admits he is one? --I didn't realize .. 21-If you are to take a picture of cheese, what do you think it would say? -- yummyyyy 22-Have you been to jail? -- no way!.. tidak sekali kali

GAMBO MASA ANAK DARA

Reply tag dr zie.. sorry la aku xde gambo masa baby. habis dah mak aku bako album anak2 dia masa dia gadoh beso dgn abah aku. Ni je aku ada.. gambo pasport ni mmg sentiasa ada dlm wallet aku. ni zaman kecik2 la..anak dara sunti. ehehe ;)
>> masa ni aku nak masuk darjah 1. wat gambo utk tepek kat report kad. hehe
rambut aku mmg jenis gini..sikat2 kedepan gak. izz mewarisi rambut aku. kahhh
>> masa ni dah darjah 5. wat gambar utk rekod kesihatan. masa ni rambut aku dah start berketak ikal mayang..
>> ni gambo aku kat sekolah rendah. darjah 5 masa ni.
aku suspek sapa yg dpt detect aku. sbb aku mmg lain dr skrang. aku bg klu la."dulu aku cam izz...kecik & kurus"
>> ni plak aku dah remaja. umo masa ni 18 tahun.
comey kan?...
pendek kata muka aku dr kecik sampai skrang x jauh beza.. kahhhhh.
mantain comey....;)

BERCANDA DI PETANG NEW YEAR

>> hot chickss.... peeewiitttt >> aku jd baywatch... >>aksi budak yg lupa daratan >> dina merajuk izz xmo teman swimming >> apa pun kita makannn dulu.. berkelah la depan pool >> anak dara hot..makan mihun singapore pun ciput. tahu la nak naik pelamin.kahh >>antara santapan di petang ari..mihun,nugget,popia >> anak dara sape ni??.. kawan izz ye..bkn special gf :D Sempena cuti new year ni aku saje la ajak2 itik join aku bercanda di kolam umah aku. mana yg ada je aku ajak tp tula tu pun aku x sure nak ajak yg lain. almaklumlah umah yg lain jauh2. takut x jadi plak. pagi2 aku dah tanya dowang jadi ke nak dtg?.. kalau x aku je anak banak terjun kolam. ni sume projek last minit, diharap sesiapa yg lihat gambo ni jgn terkecik hati sbb aku x ngajak. next time kita gather2 ramai2 kat pool aku sambil BBQ ...bestkan??...

 
template by suckmylolly.com