PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

28 November 2008

TQ SYA.. TAG UTK AKU SEKALI LAGI... NANTI AKU WAT HOMEWORK TU YE....:)

-ILA PLATINUM..WOW...PLATINUM TU..NAK MANDI POOL KO!!!KAHHHHH

--> Leh jek.. datang je bila aku ada tp dlm seminggu dua ni xleh sbb pool baru je tutup semalam utk proses cleaning & treatment. Almaklumla skrang musim hujan, kena kerap buat treatment air. :) PLATINUM ye?.. okla tu..aku suka ..PLATINUM lg berharga dr DIAMOND,GOLD & SILVER. Kira high classs...walaupun aku medium class..hehehe

. Sapa yang dapat award nih leh letak dalam blog memasing. 2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang 3. Bagi award nih kat 7 orang bertuah 4. Tinggalkan la mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat orang tu....Mereka yg bertuah terima ini award ialah...

1- AELLYN - cik amoi yg cun..x lama lg kawin. jgn lupa jemput ila ye ;)

2- Yol -- Good luck ye dgn job baru. Jgn lupa ym & updet blog

3-SUELY - aku x penah jumpa ..semoga cepat2 bg qimie adik. 4-AYIEN - ko x penah komen blog aku.. apa2 hal nanti kita karoeke sama 2 ye 5- NAS -mak yong.. aku doakan ko sihat sepanjang proses mengandung 2nd baby ni. 6- KAK KIR - mak yong gak ni.. semoga selamat bersalin nanti.. :) 7- YAM -pengantin lg dia ni. mood honeymoon x habis lg. semoga cepat lekat....:) caiyok..usaha lg...

JADI..PADA NAMA2 DI ATAS..SILA LA AMEK KESINAMBUNGAN AWARD YG CUTE KAT ATAS TU..TEPEK LA KAT BLOG ORANG YER.. 2nd Tag ..... 1.Letakkan Gambar Di Atas Dalam Entri Anda. dah letak dah....:) 2.Nyatakan Kod Etika Blog Anda. Kod etika aku semua orang leh baca..leh tengok..leh komen apa yg aku tulis dlm blog ni tapi jangan melampau sgt sampai aku rasa x suka udah la. kena hormati blog orang lain. Apa yang tertulis dalam blog ini hak tuan empunya diri. so, suka atila nak tulis apa. 3.Tag 7 Orang Rakan Anda. 1- AELLYN - http://aellynn.blogspot.com/ 2- Yol - http://nizajeff-aleeyaaleesya.blogspot.com/ 3-SUELY -http://cukcomei.blogspot.com/ 4-AYIEN -http://ayienjin78.blogspot.com/ 5- NAS - http://naszif.blogspot.com/ 6- KAK KIR -http://teratakbahagia-kirana.blogspot.com/ 7- YAM - http://ctm-cakon.blogspot.com/ AMARAN!!PADA SESIAPA YG DI HIGHLIGHT NAMANYE ..SILA JALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI PENGHUNI BLOG..JGN ADA YG MENCARI ALASAN PENYAKIT "M" SEBAGIA ALASAN ANDA UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN TUGASAN YG DIEBRI!!JIKA ANDA GAGAL BERBUAT DEMIKIAN..MAKA DGN INI..PERSAHABATAN KITE TERSANGKUT DI TGH2 KERANA ANDA SENDRI TIDAK MEMANJANGKAN TAG INI KEPADA KAWAN2 YG LAIN.. :)

27 November 2008

Pancakes Homemade

Pagi ni terbuat lak pancakes. Almaklumlah arini opismate semua p kursus. aku xde geng nak p cafe. So, nak jadikan cite kol 630 pagi td aku dah start bancuh bahan & buat pancakes. Aku bekalkan si izz sekeping. Aku pun bawak la ke opis.. makan dgn susu pekat. minum plak tea-o kegemaran aku..perghhh...sedappp...BISMILLAH ye.. :)
Resipi : (Anggaran 5-6keping)
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan susu segar
1sudu besar baking powder
1sudu besar gula
1 biji telur (dipukul dulu)
secubit garam
Caranya :
1- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk & kacau hingga sebati & pekat.
2- Panaskan kuali pan. Griskan sikit dgn butter atau kalau pakai pan non-stick
3- Guna api yg kecil .. sendukkan bancuhan ke atas kuali & biar dia masak & balikkan
4- Angkat & hidangkan.. leh hidang dgn hirisan buahan seperti pisang,strawberi atau aiskrim,madu,coklat,syrup atau susu manis.

26 November 2008

Breastfeeding week August 08

Kenangan kali ke-2 menyambut minggu penyusuan susu ibu utk 2008 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersama rakan-rakan sokongan, doktor & pakar laktasi yang lain.
Sambutan kali ni byk membincangkan berkenaan cara utk mempromosikan penyusuan serta membuka mata pihak industri & rakyat malaysia akan kebaikan penyusuan susu ibu kepada anak-anak. Sebelum ni aku sambut di PUSRAWI, 4 hari selepas bersalinkan izz, sanggup join celebrate di sana & join kempen penyusuan bermula 1 saat. hehe.. sweet memory... :)
Tema kempen sedunia utk 2008 "MOTHER SUPPORT:GOING FOR THE GOLD 2008". semoga dengan kempen sebegini dpt memberi ruang & ilmu bg kami utk membantu ibu-ibu di luar sana tentang penyusuan yang betul & menjayakan hasrat murni ini.. :D

21 November 2008

Reply Tag again ;)

Just reply tag from my besen, eda & my koke fren, syafa... ;) check it out! 1. hi, how are ya? A: Hi, alhamdulillah. im fine. tq :D 2. hey! you wanna go to mall? A: Not Now. Maybe this nite ;) 3. i love you.. A: opps..really?.. i love you too. :) 4. do you want some cookies?? A: No thanks. Ive already make my spanish oat cookies. ;) 5. can you take me a picture? A: Yes, sure. ill snap a good shot for you. ;) 6. help me in my homework! A: oppp sorry. im so busy right now. haha :) 7. here's my gift to you.. A: ohh really?.. so sweet!.. thank you very much :D 8. let's just be textmates A: oh..lets me think 1st.. ;) 9. do you want me to buy you an ipod?? A: yerp!.. can u buy it?.. plzzzzzz...! :) 10.let's sit together in the bus A: im not really sure because i ve "Motion Sickness" when i travel in a bus. 11. hi baby.. A: Hi sis!.. im still baby right?.. still cute like baby..hahaha 12. you still cute.. A: Thanks.. i know im still cute & look like a teddy bear ;) 13. i still love you.. A: really?.. oh godness.. im very happy 14. can i visit your house?? A: of course can, lets come..just calling me first.. 15. do you love me?? A: mmm... i think so, but i love coz ure my friend not anymore..haha :)

Anak baru

>> on setup
Ni la anak baru aku. Aku ni x tau la rezeki aku bekerja kat sini. Murah rezeki tol, org pakai 1 pc ..aku sampai 5 pc. hahahaha.. tapiiiiiiiiiiiiii... tgkla pada keje aku plak. Aku kena handle 5 projek dalam 1 masa. semua ni anak-anak angkat aku, atas tanggungjawab aku memelihara, menjaga & menggunakan mereka. Aku x tahu sampai bila aku akan berada di sini. mayb sampai pencen tp aku x kisah la sbb aku rasa nila kerja aku yg paling aman & tenang sepanjang aku penah bekerja di dept lain selama 6 tahun ni.
Ada bilik sendiri, ada equipment sendiri, keje pun sendiri, bos yg refer kat aku :)) ..keputusan pun aku yg buat. apa nak lagi kan?.. syukur alhamdulillah.
Anak aku ni kejenya utk "post-production" aku akan gunakan dia utk aku buat editing filem/video/muzik/audio utk projek aku. Dia antara anak yg terhebat setakat ni sbb kelajuan & potensi dia yg teramat la tinggi. Aku pun x sangka bos aku leh belikan sbb dulu aku penah xplain pasal benda ni & hege dia pun makoiii....sampai pencen pun aku x mampu nak beli. Mayb bos aku nampak kesungguhan aku & cara keje aku. so, dia akur & buat keputusan utk belinya.
Nampaknya aku dah nampak bayang, yg aku xkan dpt keluar dr sini. bos aku cam dah ikat aku kat sini. Kalau dok keje company ni, dah leh mintak UP gaji tp gomennn??... camni la dia. hehe..
selagi aku x further study & upkan qualification aku.
so, aku kenalkan anak baru aku yg aku namakan "lil mojo". :) siap ada set DVD KAROEKE PLAYER tu.. cam bos aku tau aku suka melalak. (dah dia selalu dgr aku melalak).. leh la layan koke time stress.. hahaha (klau aku berani la)

Biskut Bayam Oat

Biskut bayam & oat.. aku buat khas utk kudapan anak comel aku, izz. aku pun ngap jugak. aku ni suka makanan berasaskan vege ni. Biskut ni sesuai utk ajar anak suka makan sayur di samping memberi zat yg sepatutnya dia terima. Bayam, madu & oat tinggi serat & fiber sgt la baik utk penghadaman, pencernaan & juga pembentukan sel darah merah yg baik. Izz tiap ari asik mintak biskut ni. sedap la tu. hehe :)

19 November 2008

Kalau rasa mengantuk..gini la jadinya

saja aku post video ni, nak mengurangkan rasa sakit gg aku ni. leh aku gelak2 sorang2 kat sini.

Anak 2 kowang sure penah camni sbb lawan mata nak tido. Si izz penah la cam ni tp xla seteruk budak ni. kita layaaaaaaaaaaaaaaaannnnn!..

video

Gigi oh Gigi

"Gusi oh gusi, kenapa ko sakit?" "camne aku x sakit..gigi sebok nak tumbuh!" "Gigi oh gigi, kenapa ko nak tumbuh?" "Suka ati aku la bila nak tumbuh!" uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :( Sejak semalam aku menderita menahan kesakitan. Gusi bawah bengkak. Sakit berdenyut2.. jenuh aku kumur air garam la..listerine la ..tp masih lg sakit. sapu minyak angin..tampal koyok tp sakit gak. Malam tido pun x bape lena. Pagi td aku terbangun kol 5 disebabkan x selesa. Selalu kol 630pagi baru aku bangun. Arini jd hari x hangat aku. cek punya cek..sah la gigi gerahang bongsu nak tumbuh. Terasa tunggul gg ada di celahan gusi yg bengkak tu. :( Last aku rasa derita ni 2 tahun lepas b4 mengandungkan izz. Tapi masa serentak keluar gg gerahang bongsu bawah kiri & atas. Demam seminggu dibuatnya. Jumpa dentist..deme nasihatkan buang sbb takut ada infection tp kalau xnak buang, aku kena selalu jumpa dentist buat pemeriksaan gg atau berus hujung gg tu dgn berus budak2. Nampaknya kali ni, aku redho jela gg ni tumbuh. Takmo aku kena belah gusi.. tatutttttt!!!.... ** dah umo camni pun masih tumbuh gg, maknanya aku belia remaja lagi.. heheheh :D

18 November 2008

Carrot Cake wif epal

Nila percubaan pertama aku utk buat kek karot + epal. Memandangkan aku mmg peminat kek karot. izz pun suka. malam td aku pun cuba la buat sendiri dengan berbekalkan resipi yang diambik dr site obersea.( ceh..konon nak pure la)..
Hasilnye alhamdulillah menjadi cuma lepas ni aku kurangkan sikit gula kalau epal aku manis. semalam aku guna epal gebu..manis plak tu.. utk tekak aku yg x bape suka manis..berdesing plak tinge aku makan kek ni.
Pagi tadi siap potong2 letak 3 bekas. 1 bekas bawak p opis.. 1 bekas simpan dlm fridge utk kudapan aku ngan izz & 1 bekas lg bekalan izz ke taska..santapan bersama kengkawan & teachers dia. Opismate aku ckp sedap..ok ..so, lega la sikit rasanya.
Aku campurkan hirisan karot, epal cincang, kismis & kacang walnut. semua ni bagus utk anak2 sbb epal baik utk tenaga anak-anak, karot pun utk kulit & mata, kekacang utk tulang dan sel darah merah & kismis utk cergas & perkuatkan minda. :D

Reply Tag

>> ni la workstation aku ..tempat aku bekerja..aku bertenet.. >> ni plak tuan rumah Nak reply Tag dr Sya & Nas.. :) .. kena pass tag ke?..xyah la ye sbb aku tgk list kengkawan aku semua dah penah di Tag.. hehe..:D

Hobi izz

ni habit terkini izz kat umah, setiap hari x kira siang ke malam mesti nak tgk cd kegemaran dia.
thomas la, barney la, ABC Learning la, bob the builder la sampai lagu theme je sure nak berjoget.
Mummy x kisah la sgt sbb cd-cd ni bagus utk pembelajaran. sekurangnya banyak gak benda +ve yang izz dah tunjuk. pandai dah sebut 'A' 'C'..pakai tanggal seluar sendiri, kemas mainan dlm bakul. Mummy pun senang buat keje sebab izz kalau dah ngadap benda2 ni ternganga..aku panggil pun dia jeling sekejap je. hehe.. :)

17 November 2008

Tag from Kak Za

Tenkiu very much!!!.. sudi gak tag award kepada adikmu yg tembam,debab,cute & sweet ni.

Izz can WALK

Akhirnya..izz dah leh berjalan sendiri. Sabtu lepas genap umo dia 14bulan 2minggu. Izz dengan jayanya menunjukkan bakat depan atok (abah aku). kira abah org pertama yg tgk izz berjalan. excited atok tgk cucu berjalan..gamat 1 umah. hehe.. almaklumla cucu yg sebaya izz dah berlari dah walaupun beza sebulan je. izz ni cepat bercakap. walaupun byk bahasa dia tp x henti2 bercakap. tido je diam mulut dia. Ada jugak sebutan dia kita leh paham. hehe Izz dpt la melangkah dlm 20 tapak ke depan.. pusing2..tu x pandai lg. nak pusing badan..tukar langkah dah cam robot sbb nak imbangkan badan. hehe..:) apa pun lega bila tgk izz dah leh berdiri, bangun, berjalan sendiri. caiyok izz!.. mummy doakan izz cepat cekap berjalan. leh main kejar2 ngan mummy lepas ni. :)

Jimba-jimba day! (Karoeke Time)

>> sara, sya , aku (mak dara malatoppp)
>> nyanyi gak tp nak pose gak..
>> santapan aku utk 1st round..
I LIKE TO MOVE IT... MOVE IT.. WE LIKE TO!!!!...
Seperti yang dirancang, aku mengajak la kengkawan aku ni berjimba di hari yg mulia, penghulu segala hari utk menenangkan hati, melepaskan geram,stress,gundah gulana terutamanya aku ni
Jumaat tu aku dapat MC (reason: gatal tekak nak melalak) gara2 nak ke RBPLUS(red box plus), pavilion, kl. kol 1030 am aku dah on the way ke jln hulu klang mengambik adik aku yg cun melecun bini si abg sofi..sara da vougue. kami g sekali naik kete aku. jalan lengang sikit.. sempat lg kena ngorat kat tgh jalan. Ada lak mamat mengurat kami ..memadangkan dia bawak lori pick up..kami pandang dgn ekor mata je..0.6% je penglihatan kami ke arah mamat2 tu. bak kata sara...kalau dowang bawak BMW ke MERC ke mau jugak kami memandang kedua2 belah mata kami yg cantik ni.. (cewaaaahhh)..
Perjalanan kami terus ke pavilion. Jam 10.50am kami sampai di depan RB. lepak2 dulu kat santai side kat RB sementara nak tunggu sya & kak za. Kol 11am..kami pun gegar bilik HOT bernombor 11. Aku org pertama yg rasmi mic.. hehe.. sara & sya p menyentap makanan buffet kat luar dulu. Lagu pertama aku "HATTAN = MAHLIGAI SYAHDU" ni lagu wajib aku utk intro tiap kali koke. Jangan terkejut aku ni kalau koke 99% lagu aku ..lagu orang jantan. haha.. almaklumla sore aku ni high key.. balade cannot go terus jd angsa :)) hahahaha
syok btol aku 1st time koke ngan sara & sya. sedih tol besen x de..diperantauan.. dulu koke ngan besen.. besen..aku ingat ko tau..! kak za plak last minit x dtg. aku siap amik makanan utk dia sikit. nampaknye aku yg habiskan jugak. hehe...
Hidangan buffet aritu..simple je x sehavoc aku koke midnite & weekend morning but still ok la mengenyangkan. RM 18 je beb.. sengkak perut dibuatnya. Spegheti bolognise, whipped potato cheese, mixed vege, fried rice, chicken soup, fruit & vege salad, kuewtiaw,mee soup, cakes,mussel,chicken,prwan, puyuh,lamb grill. sedapp woooo.. ,melelehhhh...
Lagu jgn cite la..sampai 5pages. aku pun x ingat lagu apa yg kami nyanyi. x terhafal dah. bayangkan 4 jam non stop melalak. Finale lagi best..semua lagu nyanyi ramai2.. sedap xsedap belakang kira janji happy. layan dangdut la joget la sampai aku pun lupa diri.. habis aku berjoget depan tu.. :)) wakakaka.. but my huby & son dah tahu perangai aku. ahaha... habis sofa aku wat stage. pedulik apa aku!..(sorila sara..sya..kawan kowang mmg camni)..
Apa pun aku happy sangat 100x ... suka sangat 200x...lega.. berhibur, berjimba dgn kowang ni. kowang mmg sporting & next time kita together lagi camni & ajak kawan2 yg lain.
Aku terpaksa kidnap gambo kat kowang sbb kamera aku low class.. gambo x bape nak ok. ..
hahahaha... :)

13 November 2008

Macaroni goreng

Santapan aku malam td di kala malas nak masak nasi. Si izz pun makan makaroni gak tp makaroni sup cuma sup dia aku tambah udang. 

Dah seminggu aku x makan nasi memalam hari. Rasanya cam nak teruskan sbb aku ni dah la debab. kena la kurangkan pengambilan kabohidrat. layan jela gambo makaroni aku yg seberapa :) ..

12 November 2008

Tahniah fed (Farhana)

Dalam memori : Mas, fed, kak ila,  2 lg dah x ingat nama. (kowang semua mmg cute cam aku gak) :)
Tahniah fed!.. x sangka tol kak ila. Akhirnya fed dpt jadi penyanyi..artis tu. 
segan la lepas ni nak tegur. Almaklumlah dah jd artis. hehe
Kalau dulu kak ila selalu dengar fed nyanyi kat gigs.. fed nyanyi dengan band.
sekarang dah ada album sendiri. "The Fabulous Cats" tu.. suka sangat lagu ciptaan Cat.
Dah lama x jumpa sejak kak ila grade & x join gigs.. (tobat). Kak ila doakan fed
berjaya dalam apa jua dilakukan. Kenangan kita sentiasa kak ila ingat sampai bila-bila.
kak ila dah lama jadi "fan" fed. GOOD LUCK!..

Dinner malam tadi

>> makaroni sup ( utk izz)
>> izz get ready nak dinner..
>> kuew tiaw puan ila
>>sirap kawwww

Izz beransur sembuh

Alhamdulillah, izz semakin sembuh. Luka pelepuh merah berair tu dah mengering.

Izz pun suka bila mummy sapu krim tu. 
Gambo ni dia tengah tido dalam kete.. hahahaha.. kalau dia jaga susah nak snap gambar dia. 
dia plak nak amik kamera..snap muka mummy. 

11 November 2008

Izz diserang jangkitan bakteria

jam 8.15malam..aku ngan apis bawak izz ke klinik UIAM. Izz cam biasa happy je. Mengarah babah dukung ke sana sini. Nak jalan aku x kasi sbb dia x pakai kasut. Hanya berstokin je.

5min aku menunggu giliran izz. ramai plak student yg x bape sihat (mayb malas nak g kelas esok..so, mintak MC la tu) hehe.. :)
Bila jumpa doktor, doktor check suhu izz, izz demam sikit tp cara izz mmg x nampak demam. still aktif sampai tolong kemas meja doktor. Aku bgtau doktor ttg sejarah jangkitan tu, dia pun sebok gak nak bgtau doktor tp dlm bahasa dia la. hehe.. izz...izz...sabo je la mummy dgn adik ni tau!.. hehe
Doktor ckp izz diserang jangkitan bakteria. Ada kemungkinan disebabkan izz ad akutip something yg kotor tanpa aku sedari dan masuk ke dalam mulut. Patutlah jumaat lepas bibir dia berdarah. izz asik main air liur je. Ada kemungkinan air liur tu dah dijangkiti & terjadila tompok merah seolah cacar air tu di bawah mulut dia. bila tompok tu berair..izz plak gosok & air tu terkena kawasan hidung & terjadila apa yg terjadi pada dia sekarang. Doktor ada kata gakl, gelembung merah tu bukan kerana eczema. Yelah, b4 this izz mmg alami eczema.
Doktor kasi krim sapu & antibiotik. kena habiskan sebotol tu. nak x nak izz kena makan gak.
sian tgk dia tp dia pun cam x kisah. gelembung tu pecah semasa di klinik. Dia langsung x nangis cuma mata berair. mayb pedih kot.. very strong izz!!...
malam tido cam biasa. mummy sapu krim pun dia diam je. mummy doakan izz cepat sembuh sayang...
>> waiting for 3 patients..
>> izz & babah kat klinik UIAM..tgh tunggu turn..
>> krim sapu, antibiotik, ubat demam
> bawah bibir izz pun ada tp dah nak kering
>> keadaan hidung izz pagi tadi. dah mula mengering cuma
 tepi hidung tu masih berair sikit

10 November 2008

Hidung IZZ bengkak, Bibir berdarah

 

>>bawah bibir kanan pun ada bengkak merah tu
skrang ni aku kat opis dgn izz. Jam tepat kol 7 malam. Aku balik dr opis td terus amik izz kat taska. sebelum tu teacher dia ada call, bgtau hidung izz semakin teruk. mmg dari hari jumaat lepas, teacher izz mengadu bibir izz berdarah cam kering. Aku ingatkan sbb kurang air . so, aku bg jela dia minum air byk & kerapkan susu. Sabtu bibir dia dah baik sikit tp malam tu adalak bibir di tempat lain yg berdarah. cam seolah kering sgt.
Ahad tu perasan hidung izz kat tgh2 antara lubang kiri kanan tu bengkak merah. aku sapu krim tp tengah hari tu aku perasan kat bawah bibir cam naik merah cam gelembung air. dia pecah & berair. aku sentiasa lap bg kering. izz xdelak menangis ke apa. dia ok je.
Pagi tadi masa aku anta dia ke Taska, aku perasan berkuping lak kat tengah2 hidung tu. aku pesan teacher dia basuh mulut & hidung dia dgn air. nak lap2 ni aku risau izz sakit plak kan.
Petang tadi bengkak berair plak tepi hidungnya. Aku terus bawak dia ke Klinik UIAM tp doktor plak takde sebab g rehat & solat maghrib.
Memandangkan sejam lg aku kena tunggu, aku balik ke opis.. x jauh dr klinik dlm 5min je. aku lepak2 sini dgn izz.  Baru kejap ni, apis (babah si izz) datang ke opis aku mengejut. sure dia x senang duduk kat umah bila dpt tahu keadaan hidung anak dia. 
jap lg aku nak bawak dia g klinik balik. nanti aku updet info terbaru izz. chowwwww

UPDET BLOG YG DAH BERSAWANG

Memandangkan kengkawan aku dah ada blog. aku pun mula la gali blog aku yg lama ni. Akhirnya dapat gak aku jumpa blog ni. Memang dah usang dan bersawang blog ni. bayangkan dari sebelum izz lahir ...izz pun dah setahun 3 bulan sekarang ni.

Aku ni memang takde masa nak updet blog,. cukupla sekadar ym yg sempat cekau2 ayam je ni. Facebook la, fotopages la..memang x terkejar aku dibuatnya. 
Aku rasa cam nak ubah blog aku ni kepada suasana yang CERIA. Arini rasanya x sempat lg. 
InsyaALLAH...dlm minggu ni bole la kot.
takpela kowang nantikan musim terbaru blog ni. kowang pun lom baca lg N3 aku yg sebelum ni. meh la baca & komen sekali cite-cite usang aku tu. wakakakakaka

 
template by suckmylolly.com