PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010
Showing posts with label Tag BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label Tag BLOGGER. Show all posts

21 January 2011

'Alycia 1st Giveaway'

  
 
 
1st time menganali Alycia empunya blognya >>  http://myalycia.blogspot.com
dan blog contestnya  >> http://alycia-dan-contest.blogspot.com
sangat suka berposing ..lihat jela banner di atas ni.  langsung x camera shy. nampak menarik posingnya. natural gitew :)
Bila ternampak Giveaway ni, hati tertarik nak join. Dah kenal blognya takkan taknak join kan? alang-alang berkenalan, nak gak menjadi peserta 1st giveaway nya. x kisah la hadiahnya apa tapi seronok tengok rakan bloggers membuat contest & giveaway utk merapatkan siratulrahim.

Apa pun ila nak ucapkan SELAMAT BERKENALAN.. :) 
 
 




19 January 2011

Mummy of 3 J's Contest 2011



http://ayienjin78.blogspot.com/
I LOVE MY FAMILY CONTEST 2011

Babah hafiz, mummy ila & izz
Lokasi : Singapura
Tarikh : 26 Disember 2010

Kenapa saya SAYANG family saya?...

Saya sayang family saya kerana saya ada suami yang sporting, gila bola, suka amik gambar, suka menyanyi, suka melawak, suka merajuk, suka gosip dan seorang yang comel. Selain dari suami saya, saya ada seorang anak lelaki tunggal (wat masa ni..) yang sangat cerdik, comel dan suka bercerita apa saja dengan saya. Anak saya bernama Ahmad Izz hayder, dia adalah  satu-satunya impian & harapan dalam kehidupan saya. Tanpa mereka kehidupan saya tidak bermakna dan ceria.
Bersama mereka, saya selalu menjadi manusia 2 alam. Apa yang 2 alam? ..hehe.. saya boleh menjadi seorang yang manusia yang penyabar dengan kerenah mereka dan saya juga boleh menjadi "naik hantu" kerana kerenah mereka juga. Manis, masam, pahit dan masin dah lengkap saya rasai menjalani kehidupan bekeluarga selama 6 tahun ni. Banyak perkara yang mematangkan saya walaupun hati ini masih remaja. hehehe...:P

Kejadian gambar di atas tu merupakan sambutan anniversary kami ke-6 baru-baru ni pada 26 disember 2010. Memang setiap tahun kami menyambut bersama dan kali ni kami ke temasik @ singapura untuk kenangan yang lain dari sebelum ni. Gambar ni di ambil di hadapan "merlion" , "esclape" & bangunan di bandar singapura. Gambar ni paling memorable bagi kami sebab tak banyak gambar kami di sana dapat bergambar bersama. Almaklumla encik suami saya ni suka amik gambar sendiri. so, selalu snap gambar anak bini je. Kami minta kawan ambilkan gambar kami ni untuk kenangan yang boleh dikongsi bersama. Kalau datang holiday di singapura, jgn lupa datang di tempat ni. :) sangat menarik :).. ok sekian terima kasih.

semoga family saya terus bersama & bahgia selalu... begitu juga dengan keluarga penganjur contest... puan ayien yg comel & cute:) (bodek ke? xkan? heheheh)

14 January 2011

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !

WOW!.. ada contest terbaru yang direkemen oleh suely .
bertambah la rakan blogger ila kali ni.. "SELAMAT BERKENALAN FARZANA FARZANTO"

Nampaknya contest yang dianjurkan oleh farzana ni menarik hati ila untuk mencuba nasib.
CONTEST BLOG PALING COMEL, CANTIK & KEMAS.. ila rasa COMEL tu ADA.. CANTIK tu ADA KE?.. KEMAS tu ADA :) HAHAHA.. masuk LIFT..TEKAN button GOING UP sendiri.. :)

5 Mereka yang dipilih untuk menyertai contest ni bersama ila...ialah :-

1- ELY  >> http://arwendanish.blogspot.com/
2-  YIES >> http://love-ibu.blogspot.com
3- KAK SUE >> http://savemezero.blogspot.com/
4- CIK LIN >> http://www.ciklinn.com/
5- TINIE >> http://alek-tinie-fatin.blogspot.com/

**************************************************************************

klik di sini  keterangan lanjut

syarat-syarat penyertaan ::

  • jadi follower FARZANA FARZANTO.
  • peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana) 
  • ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  • buat 1 entry tentang contest ni.
  • tag kepada 5 orang rakan blogger anda. 
  • letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni. 
  • setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  • penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  • dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.
  • jadi follower FARZANA FARZANTO.
  •  peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  • ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  •  buat 1 entry tentang contest ni.
  • tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  • letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni. 
  • setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  • penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  • dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

12 January 2011

Memorable Anniversary Contest By Lelord


meh join sebelum terlambat

TO MAMANAJLA.. HAPPY BELATED ANNIVERSARY :)
semoga kebahgiaan bersama anda berdua selamanya

Gambar ni diambil pada 15 oktober 2007 ketika menunggu turn nak naik EYE ON MALAYSIA, Tasik Titiwangsa. KL satu ketika dulu.

Sewaktu gambar ni diambil, ila baru sahaja habis pantang selepas melahirkan anak pertama , AHMAD IZZ HAYDER pada 6 ogos 2007. Kebetulan pulak masa tu baru habis pantang & semua umat islam menyambut Hari Raya Puasa. Disebabkan tahun tu, ila berpantang dan beraya di rumah mertua (mmg dok situ pun), kami amik kesempatan pergi ke Tasik Titiwangsa yang juga berdekatan dengan rumah mertua.

Dah lama sebenarnya nak naik EYE ON MALAYSIA tu tapi hubby kata wanita pregnant xleh naik. Dengarla pulak benda tu nak ditutup hujung disember. Apa lagi ajak la ke sana.
Oleh kerana dah bulan oktober, kami amik peluang menyambut advanced ulangtahun perkahwinan kami yang ke-3 tahun. Memang tiap tahun kami akan sambut di tempat peranginan/perlancongan. Jadi tahun tu hubby kata kita percepatkan. Tu la kelainan sambutan anniversary kami dari tahun-tahun yang ada. Hubby ckp anggap la ni 1 kenangan ulangtahun dpt naik EYE ON MALAYSIA, hadiah pengorbanannya beratur panjang nak naik benda tu. hehehe
1 lagi hubby ila gayat gak tapi disebabkan ila, dia gagahkan jugak. Hadiah berharga gak tu. :) selain tu anak ila, izz pun baru 2 bulan lebih dapat merasa naik EYE ON MALAYSIA tu. skrang dah x dapat naik kan? nak naik kena g flyer singapore ke london ke.. jauh semua tu. atleast dia merasa walaupun masa tu dia x paham apa-apa. skrang ni kalau dia tengok gambar ni, dia bangga sangat. "izz naik buai tinggi kan mummy"..sehingga kini kami sentiasa mengingati kenangan tu sebab itulah tahun yang lain pada lain.

Seperti biasa syarat2 kena dipatuhi :)



1. Follow blog MamaNajlaaPunya & JoinContestCanteek jgn lupe boh dlm bloglist (pas abis contest nak buang ok jek) << dah boh dah


2. Tepek banner kat n3 & sidebar jgn lupe linkback << dah tepek dah


3. Ceritakan korang punya memorable anniversary...kalau ade bukti bergambo lagi best! contoh cam dapat keta ke, berlian ke, g makan2 berdua2an ke hehhehehe << ok dah cite dah.. meh baca :)


4. Tinggalkan link kat komen >> ok


5. Pemenang dipilih berdasarkan korang punya "memorable anniversary" yg aku ngan darling rasa paling best dan menikam di kalbu :) << ok





THE BEST FOLLOWER AWARD


TQ kepada RUBI -RUBI`s Creative Craft yang sudi memberi award.

Disebabkan nama pun terpilih, meh aku lunaskan syarat -syarat award ni ... :)

Berikan 4 ciri lelaki/wanita idaman anda untuk dijadikan pasangan.
:: MUMMY ILA ni wanita, so.. tentulah pilihan idaman kepada LELAKI la kan? perempuan pun boleh.. hehe... tapi xmo la. LELAKI jela kan?..
 
1- memiliki senyuman yang manis
2- matanya kena sepet skit..
3- suka bergaya, x kisah la fesyen apa janji kena dengan konsep.
4- pandai menyanyi..
 
**agak-agak ada pada suami mummy ila sekarang x?.. kalau rasa tak bape nak tepat, tu kiranya jodoh. kekekeke
 
--------------------------------
 
Berikan 1 tips ringkas untuk kekalkan hubungan dengan pasangan anda.
:: Pada prinsip hidup mummy ila mudah, percaya sesama sendiri, sentiasa memaafkan, sentiasa bersabar, terima kekurangan dia seadanya dan jangan mengungkit kisah lama.
 
------------------------------
Pernah jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
:: Pernah tapi tak pernah amalkan. Jodoh mummy ila cepat jugak. Usia 22 tahun dah berumahtangga. Putus cinta tu banyak kali gak tapi x pernah lak berdoa jangan putus-putus ni sebab bagi ila sebelum kahwin adatla putus sebab kita mahukan yang terbaik & serasi dengan kita. Kahwin bukan untuk byk kali tapi untuk sekali seumur hidup, insyaALLAH.
 
------------------------------
Bagi award ni pada 10 blog pilihan.
:: mummy ila nak kasi semua blogger yang setia ke blog mummy ila. xmo listkan tp sapa nak amik meh sini amik. leh x?.. hehe
 
 


04 January 2011

3 PEMENANG CONTEST MUMMY ILA ANNIVERSARY

 TAHNIAH KEPADA 3 PEMENANG BERTUAH!

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PESERTA YANG JOIN CONTEST MUMMY  ILA ANNIVERSARY. HARAP TAK SERIK NAK MENYERTAI CONTEST DI BLOG ILA LAGI YE. ;)

KEPADA 3 PEMENANG, ANDA BOLEH MENINGGALKAN ALAMAT EMAIL DI RUANGAN KOMEN UNTUK MEMUDAHKAN ILA MENGHANTAR VOUCHER ONLINE DI EMAIL. ANDA PERLU MENYERTAKAN VOUCHER TERSEBUT SEBAGAI BUKTI KETIKA MENUNTUT OFFER DI SETIAP VOUCHER YANG DIBERIKAN. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA EMAILKAN KE afarishakim@yahoo.com


---------------------------------------------
PEMENANG PERTAMA : MAMA ZARFHAN







PEMENANG TEMPAT KE-2 :  NANA




PEMENANG TEMPAT KE-3 : CUTE MUM

30 December 2010

CONTEST : MUMMY ILA ANNIVERSARY



salam blogger ..
SEMPENA ANNIVERSARY ILA & SUAMI BULAN DEPAN. ILA BERMURAH HATI NAK ADAKAN  1 CONTEST UNTUK SEMUA BLOGGER YANG BERMINAT..



CARANYA MUDAH JE

 1- copy logo tag kat atas ni & paste di blog anda. Tak kira la nak letak side ke kat post side ke, Janji ada sepanjang tempoh contest ini berlangsung. Link kan ke http://mummy-ila.blogspot.com

2- Ceritakan KENANGAN MANIS ATAU PAHIT semasa meraikan ANNIVERSARY PERKAHWINAN atau KELAHIRAN anda dengan penulisan yang kreatif dan menarik.

3- Sertakan Gambar kenangan bersama dan nyatakan TARIKH & LOKASI di dalam gambar yang di pilih. Kalau takde gambar semasa meraikan, gambar berdua pun boleh, gambar beramai-ramai pun boleh. Janji ada kaitan dengan tajuk.

4- Tinggalkan komen & link penyertaan anda di ruang komen entry ini.
5- Jangan lupa menjadi FOLLOWER blog ila ini ye ..;)


TARIKH TUTUP : 
 30 DISEMBER 2010 
sebelum jam 11.59 MALAM

** 3 PEMENANG UTAMA AKAN TERPILIH UNTUK MENDAPAT HADIAH MISTERI **

TERBUKA LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN



17 December 2010

1st Lucky Draw Blog Suka Hati


1st time jenguk BLOG SUKA HATI AKU ni.. Contest yang telah di tag oleh mak buyong, si ELY pingu.
Apa pun aku sahut cabaran ni dengan hati terbuka. salam kenalan gak pada ANNE RAINI pemilik Blog SUKA HATI AKU ni. I dah follow you... :)

Jom la join contest 1st Lucky Draw Blog Suka Hati & dapatkan syaratnya di situ.

Mereka yang Lucky : - 

1- kak sue
3- Suely

Buat ye jangan x buat... meh tambah kenalan & tingkatkan traffic.. hahaha :P

29 November 2010

CONTEST "PIC PALING CUTE!!"


tu diaa tokey contest yang cute & comel ..


JOM JOIN CONTEST NI... :)

23 November 2010

You Are Sweet Blogger Like Candy


WAHHH sweetnya candy ni cam aku gak. hehe BOLAT..CERIA & MANIS je dilihat. hahahaha

Terima kasih adik MEK JAH.. :)

kak ila suka sangat sampai rasa nak jilat candy ni. :P 

Tuan punya candy ni pun rupanya sweet gak sama cam mek jah yang kasi candy ni kat aku.

apa pun aku ingin berkongsi candy ni kat kawan-kawan aku yang rajin mengapdet blog. Disebabkan syaratnya kena 5 orang je. Aku kasi 5 nama je kat sini tp benonya kat semua kawan-kawan yang kenal aku.

1- YIES
5- NIK

CARANYA :

1- KOWANG COPY & PASTE TAG CANDY NI KAT BLOG KOWANG
2- TITLE ENTRY KOWANG "You Are Sweet Blogger Like Candy"
3- FOLLOW TUAN PUNYA CANDY & KOMEN KAT BLOG DIA http://nurulharnanikasmari.blogspot.com/
4- FOLLOW gak adik comel aku yang telah bagi tag ni kat aku http://cheritaemo-temo.blogspot.com/
5- TAG 5 ORANG kawan kowang yang terpilih.. :)

 tu je :)

24 October 2010

AWARD CREATIVE BLOGGER™ a.k.a eddyboyz86




TERIMA KASIH eddyboyz86 KERANA SUDI MEMBERIKAN AWARD NI ...
(leh dah cam ucapan pemenang FFM-23 lak.. hehe)

kataku AWARD ini .....

1st : Penghargaan buat semua bloggers yang ikhlas berblogging..

2nd : Pena melambangkan ketajaman minda blogger mengarang entry-entry yang
berguna utk tatapan blogger yang lain membacanya..

3rd : Logo berkelip-kelip tu menunjukkan trafik sentiasa masuk di dalam blogger.

4rd : Filem bergerak tu melambangkan blogger sentiasa berhubung antara 1 sama lain untuk berkongsi cerita & juga ilmu.

Pemenang seterusnya untuk menerima AWARD ini adalah : > (jeng jeng jeng)

1- KAK AIZAH http://aizahkaman.blogspot.com/
2- HERDA http://mamaherda.blogspot.com/
3- CIKLIN http://www.ciklinn.com/
4- ELY http://arwendanish.blogspot.com/
5- YANA http://lyana-adam.blogspot.com/



 
Untuk maklum balas penerima AWARD ini, ikhlaskan hati untuk membuat entri/posting berkenaan AWARD ini dengan kreatif dan penuh estatik beserta FOWARD kepada 5 orang yang betul - betul layak menerima AWARD ini. anda juga boleh meletakkan AWARD ini di side bar atau dimana - mana yang bersesuaian. tinggalkan comment untuk ucapan manis anda.

20 October 2010

Give Away Kecantikan #2

bestnye dapat masker ni.... :)

------------------------------------------------

KECANTIKAN HAKMILIK KEKAL SETIAP WANITA.

WANITA SELALU INGIN DILIHAT CANTIK, MUDA & BERSERI

BILA WAJAH KUSAM?..


MESTI RASA DI TERTAWAKAN... :(


TAPI BILA DAH JOIN GIVE AWAY KECANTIKAN NI.. SURE WAJAH MENJADI  BEGINI..
BERSERI & MUDA JELITA.. hehe... :)












07 October 2010

"KONTEST CANDID CAMERA"

Masa ni izz tengah khusyuk melihat pengantin di depan sambil menadah kedua tangannya mengaminkan doa untuk pengantin.
Semua orang yang melihatnya tersenyum sebab dia tak hiraukan kamera atau sesapa saja & hanya mengaminkan doa yang di baca. :)

Ila tagkan contest ini kepada 2 kawan yang terpilih :

1) http://savemezero.blogspot.com/  (Pn. suraya)
2) http://love-ibu.blogspot.com/        (Pn. Elyies)



<>

06 October 2010

CONTEST: Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Lokasi : Di kediamanku, PV10 Danau Suajana. :)
Bila berlangsung : 16 syawal 1431H
Gambar ni diambil semasa kawan-kawan suami & ila datang beraya ke rumah kami. Dorang yang dalam gambar ni tengah menjamu selera. hehe.. candid photo ni..;)

PERTAMA KALI BERTEMU KAK INA KL DI LAMAN CYBER...
http://www.kakinakl.com/

Perkenalan bersama kak ina semasa ila melihat entry kak ina melalui blog Rafizah Nordin. Waktu itu saya tertarik dengan kisah-kisah kejayaan kak ina mendidik anak-anak sehingga berjaya ke menara gading. Ila suka membaca entry kak ina ttg perihal anak-anak. Selain dr tu.. ila sangat teruja melihat masakan kak ina. kadangkala membantu ila mencari idea utk memasak. hehe..
Terima kasih kak ina.. :) Oh ye.. lupalak nak kongsi cerita pasal kak ina ni.. kebetulan kak ina mengenali ayah mertua ila. Mengikut cerita kak ina, dia pernah berkhidmat sbg guru di Tadika Perpaduan satu ketika dulu yg terletak di hadapan rumah mertua ila di Taman Ibukota, Jln Gombak.

PERTAMA KALI BERTEMU KAK INA DI ALAM NYATA


Pertemuan yang tak di rancang ketika majlis persandingan kawan ila, AELLYNN yang juga seorang blogger di Dewan Taman Ibukota. Bagi pandangan ila, kak ina seorang yg sangat peramah & mudah mesra. Yelahkan..kalau kak ina ingat..kita bertemu tu dah rasa bertahun berkenalan.:) sungguh seronok dpt berjumpa kak ina.Itulah kali pertama & hingga kini kita belum bertemu lagi.. insyaALLAH panjang umur kita jumpa lagi ;).. ila sentiasakan mendoakan kesejahteraan kak ina sekeluarga.. :)

Contest- Gambar  Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)  adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah dan  darkbatman.

03 October 2010

CONTEST - U & me

saje je nak mencuba nasib manala tau ada lak rezeki nak menang. hahaha


sesapa nak cuba..mehla tinggal beberapa hari jek nak tutup kedai.... p la join blog mama rifqy ni.


http://miszmaliana.blogspot.com/ & http://mamarifqy.blogspot.com/

---------------------------------------
Gambar ni semasa aku bersama anak kesayanganku IZZ. Kami pergi ke TUGU NEGARA,KL. Saje bawak izz jalan-jalan & belajar sesuatu yg baru dlm dunia dia. Ketika ini aku kami sedang menjerit MERDEKA!! MERDEKA!!.. HEHE.. Nampak cam x senonoh je gambar ni tp aku paling suka sbb ni spontan. Jiwa patriotik cintakan negara tu yg aku nak serap dalam jiwa izz. 

29 September 2010

Day 4 : DiGi iPhone 4 Life

Task 4 : DiGi iPhone 4 Life
<< My photo >>

iPhone 4 memang memenuhi citarasa dan gaya hidup zaman kini. Penuh dengan aplikasi yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Kesemuanya hanya di hujung jari. Apa sahaja yang diingini pasti iPhone 4 dapat memenuhinya. Aplikasi yang canggih cukup membantu dalam apa jua bidang yang ingin di lakukan. 

Sebagai jurugambar & editor Audio Video, iPhone boleh membantu saya menjalankan tugasan harian dengan lancar. Gambar-gambar boleh dimuat turun, Video dan Audio dapat di simpan, di gubah & dilihat dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam iPhone. DiGi telah membantu kami merealisasikan keinginan & kehendak serta keperluan dalam kehidupan harian. DiGi iPhone 4 sememangnya pilihan yang tepat!!!

Day 3 : DiGi iPhone 4 Real

Task 3 : DiGi iPhone 4 Real
<< what I love about the DiGi iPhone 4 Plans >>

DiGi iPhone 4 Plans memang menjimatkan. Dengan bayaran bulanan yang rendah dapat memberi peluang untuk saya menikmati iPhone 4. Saya tidak perlu risau setiap kali ingin membuat bayaran bulanan kerana pakej-pakej yang disediakan oleh DiGi SANGAT BEST!!
Saya boleh menggunakan aplikasi internet , iTunes tanpa batasan. Semuanya sudah disediakan oleh DiGi. Dan kerana itula saya SANGAT SANGAT SANGAT SAYANGGGGGGGGGGG pada DiGi. 


Saya pasti akan memilih iDiGi88~~!!! :) i loike it ;P

 

28 September 2010

Day 1 : DiGi iPhone 4 Me


Task 1 : DiGi iPhone 4 Me
<< KENAPA SAYA PERLUAKAN iPHONE dari DiGi >>

Sejak semalam setelah melihat promo iPhone 4 di DiGi memang tak lena tido dibuatnya. Mana taknya hari anniversary dah nak dekat. Lagi beberapa 2 bulan tapi masih belum memikirkan hadiah sesuai untuk si suami tersayang.
Kebetulan pulak sekarang ni dia asyik menyebut kecanggihan & keunikan iPhone 4. 
Hajat di hati tu besar tapi memandangkan 'budget' kewangan beberapa bulan ni belum mengizinkan untuk merembat phone ni.

 
Tu yang lepas aku belek-belek DiGi promo, terdetik hati nak mencuba nasib. mana la tau kan ada rezeki nak memilikinya. 

iPhone 4 ni memang sesuai untuk suamiku yang sibuk bekerja ke sana ke mari. Lebih sesuai apabila dia berurusan dengan pelanggan fotografinya. iPhone 4 boleh menyimpan pelbagai gambar dengan resolution yang tinggi dan mengekalkan mutu kualiti gambar yang cantik. Suamiku boleh menunjukkan portfolio foto kepada pelanggan. Dengan kecanggihan 5-MP Camera with LED Flash, iPhone dapat membantu suami menghasilkan gambar yang cantik sebagai koleksi inspirasi dan idea. Memang boleh dikatakan kesemua fungsi di dalam iPhone 4 amat lah sesuai untuk suamiku yang sudah lama menjadi pelanggan setia DiGi.

Saya berdoa akan memilikinya dan boleh dijadikan hadiah istimewa buat suami tersayang. :)
 

14 September 2009

TAG RAYA

tag persiapan menyambut hari raya
BAJU RAYA lom beli lg.. x tahu la nak beli bape pasang. rasanya sepasang je kot. cukupla..bersederhana....
KASUT RAYA kasut 1 je.. cukup la tu.. FAMILY AKU semua dalam kesederhanaan. asalkan ada IBU AYAH: ntah la. tp aku ada belikan mak aku tudung & kasut. abah aku lak belt .. okla tu..dowang pun paham FAMILY MERTUA: ntahla..selalu dowang tempah2 je makanan & cookies. baju2 semua anak2 dowang yg uruskan KUIH RAYA tiap taun aku buat cookies..tahun ni 5 jenis. baru je selesai semalam. tutup dah kilang utk kali ni. RUMAH BARU rumah kami still baru walaupun dah setahun setengah umurnya. LANGSIR BARU langsir baru dibasuh..kahh... aku mmg jenis x suka membazir benda camni. pakai mana yg patut janji bersih. DUIT RAYA dah pakat dgn hubby cam biasa la..50-50. semuanya apis uruskan
BONUS
tak dapat :( bukan rezeki raya ni. harap ada rezeki bulan 12 ni atau selepas budget 2010 BALIK KG
tahun ni beraya di tmn ibukota,jln gombak saja. balik kg ke?..balik la kan sbb klua dr umah sendiri ke simpang depan umah. kahhh... SKRG AKU NAK TAG :- eda tini kak za kak ina padang balang nas

16 July 2009

TAG BEG KE SEKOLAH EH OPIS

sekadar menyiapkan tag yg telah diberi.. inila bag yang aku angkut ke mana saja aku g termasuk opis. aku bukanlah orang yang suka pada "brand" kewanitaan sgt. aku ni byk suka bag2 brand sukan sbb aku minat sukan.

:: ni la beg ku... maroon kaler.. ada key chain elmo kepunyaan izz. kalau g jalan..beg
ni tempat aku sumbat baju & pampers izz. ::
::brand... REEBOK made in ENGLAND..:: ::apa di dalamnya?.. ha ..ni ha..lotion,alat2 makeup simple aku ::
:: henpon tukun aku ::
::kunci rumah/opis & kunci keretaku ::
:: kad panduan hospital mana yg bole kutuju bila emergency ::
::spek rabun aku bila aku rasa memerlukan shj..standby je ::
:: gula EQUAL..aku x bape suka minum manis-manis..equal peneman sejati ::
:: sbg org IT.. pendrive amat penting. siap 2..keduanya 8GB ::
:: ni pun penting jugak ..USB cable.. sekali kamera poket yg aku pakai skrang. kualiti kurang cantik dr CIK KONON DSLR aku di rumah..cukup sekadar emergency case ::
::pen mmg sentiasa ada.. mana2 nak menulis dah ada ::
::wallet khazanah ..x perlu aku tunjuk dlm nya sbb sebelum ni dah wat tag wallet ::

 
template by suckmylolly.com