PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

19 January 2011

Mummy of 3 J's Contest 2011



http://ayienjin78.blogspot.com/
I LOVE MY FAMILY CONTEST 2011

Babah hafiz, mummy ila & izz
Lokasi : Singapura
Tarikh : 26 Disember 2010

Kenapa saya SAYANG family saya?...

Saya sayang family saya kerana saya ada suami yang sporting, gila bola, suka amik gambar, suka menyanyi, suka melawak, suka merajuk, suka gosip dan seorang yang comel. Selain dari suami saya, saya ada seorang anak lelaki tunggal (wat masa ni..) yang sangat cerdik, comel dan suka bercerita apa saja dengan saya. Anak saya bernama Ahmad Izz hayder, dia adalah  satu-satunya impian & harapan dalam kehidupan saya. Tanpa mereka kehidupan saya tidak bermakna dan ceria.
Bersama mereka, saya selalu menjadi manusia 2 alam. Apa yang 2 alam? ..hehe.. saya boleh menjadi seorang yang manusia yang penyabar dengan kerenah mereka dan saya juga boleh menjadi "naik hantu" kerana kerenah mereka juga. Manis, masam, pahit dan masin dah lengkap saya rasai menjalani kehidupan bekeluarga selama 6 tahun ni. Banyak perkara yang mematangkan saya walaupun hati ini masih remaja. hehehe...:P

Kejadian gambar di atas tu merupakan sambutan anniversary kami ke-6 baru-baru ni pada 26 disember 2010. Memang setiap tahun kami menyambut bersama dan kali ni kami ke temasik @ singapura untuk kenangan yang lain dari sebelum ni. Gambar ni di ambil di hadapan "merlion" , "esclape" & bangunan di bandar singapura. Gambar ni paling memorable bagi kami sebab tak banyak gambar kami di sana dapat bergambar bersama. Almaklumla encik suami saya ni suka amik gambar sendiri. so, selalu snap gambar anak bini je. Kami minta kawan ambilkan gambar kami ni untuk kenangan yang boleh dikongsi bersama. Kalau datang holiday di singapura, jgn lupa datang di tempat ni. :) sangat menarik :).. ok sekian terima kasih.

semoga family saya terus bersama & bahgia selalu... begitu juga dengan keluarga penganjur contest... puan ayien yg comel & cute:) (bodek ke? xkan? heheheh)

1 comments:

ayien78 said...

pergh gambar siap side effect ..ada snow tuwun tu... blink2 lagi... takpe...so far baru ada 2 contestant... smpi end of dis mth

 
template by suckmylolly.com