PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

04 January 2011

HARI PERTAMA IZZ KE SEKOLAH

Permulaan hari persekolahan, asyik nak cite pasal anak teruna aku g sekolah jela kan. seronok benonya sebab tahun ni dia masuk 4 tahun & dah start tadika. Sebelum ni dia blaja kelas playschool di taska lama. Aku ni sebenarnya suka tengok anak belajar. x pandai sgt pun xpe janji dia belajar sesuatu yang baru. Awal-awal ni aku terapkan konsep pendedahan jek. 

Pagi semalam jam 7 pagi aku dah kejutkan untuk mandi. Memang mencabar gak sebab sebelum ni dia g taska x mandi. Kol 9 camtu baru teacher mandikan, bg makan pagi. Manjala sangat kan?.. Kali ni kena wangi2 g sekolah. Terpaksa la guna psikologi  skit. Puji melangit, cite pasal sekolah baru, kawan baru, kawan-kawan lama dia. Senang skit nak mandikan dia. Tapi bila dah mandi lain lak hal nya. Kejap nak kencing, kejap nak berak. berkali-kali masuk bilik air. 40min nak siapkan dia sorang je. haishhh sabo jela mummy. Pagi -pagi takde mood.. senyap jek sebab mengantuk. 

Sampai je tadika, terus ke kantin sebab pihak sekolah mmg dah siapkan sarapan pagi. Sarapan pagi tu sandwish telur. Alhamdulillah izz rilex je ke tadika. Duduk kat meja kantin senyap2 lepas tu dok perati kawan-kawan baru. Dia asik perati kawan yang menangis. Memang x hirau pun mummy & babah kat situ. Wat muka slumber jek. Disebabkan izz ni bukan jenis pemakan, dia tgk je sandwish depan mata. Aku pujuk dia suruh jamah skit, dia ckp xnak. so, pesyen anak aku ni jangan di paksa kalau dia xnak. Ntah camne aku mintak teacher pujuk dia sarapan sebab aku risau dia lapar nanti dalam kelas. Kalau dulu di taska xpe..x makan skrang..sat lg leh g dapo mintak makan. Barula dia makan sekeping sandwish, alhamdulillah lega hati aku. Lepas tengok dia ok je, dah tau nama teacher, kelas apa..aku ngan apis pun balik tinggalkan dia di tadika. Tak nangis pun.. :) memang ikut perangai mummy :) Babah dia sebak gak bila tgk izz dah tadika ni.. katanya "dah besar anak kita.. besar dah.. dah sekolah dah " :( aisey touching lak my hubby ni. hehehe  almaklumla anak tu sorang je yg ada.. anak kesayangan tp kalau wat silap kena gak marah. Hubby i kalau marah izz dah serupa marah budak 10 tahun okey.. hehe.. aku pun camtu. kami ni tegas tp bertempat la. xde la lebam2 budak tu.

Petang tu lebih kurang jam 5.30 petang, aku datang amik dia kat sana. 1st time la aku nak amik anak kat sana kan? rupanya parent just inform nama anak & teacher akan announce pakai mic.. bergema nama anak aku 1 sekolah. hehehe.. Dari jauh aku nampak izz tengah duduk bersila dalam kumpulan mengikut kelas. Bila dia dgr nama dipanggil terus diangkatnya tangan & bangun menuju teacher kelas. Dia g amik kasut sendiri & pakai dan teacher pimpin sambil memakaikan beg di bahu. Cute sungguh..dari jauh tersenyum dia.
Masuk je kete terus cakap "mummy.. izz nak susu" ..sian dia sebab kat sekolah xleh minum botol. Semalam tu 1st time dia x pakai diaper sepanjang sekolah. Alhamdulillah dia berjaya kencing dan berak di bilik air. 

Semasa perjalanan ke rumah, macam-macam dia cerita pasal sekolah baru. Dia ckp "teacher baru kasi makan nasi, ada ayam, ada sayur. hehe.. teacher suruh tulis ABC.. izz suka kaler hijau..izz kaler bunga kaler hijau..cantikkk sgt!!!..." hahaha 
Bila aku tanya sapa nama kawan? dia jawab "entahlaa.. izz tak tahulah" :P 
Dalam kete terlebih rajinlak...katanya nak menulis kat buku. Bukak-bukak pensil box.. pensil hilang. Tetiba terperasan dia pakai kasut takde stokin. "IZZ.. mana pensil? mana stokin?.." dia jawab dengan muka sedih "entahlaa..izz tak tahu lah. teacher amik kot" 
adehhhh...sabau jela.

Kebetulan aku pun nak ke MyMydin beli barang masak. Macam-macam lak permintaan dia. Disebabkan 1st day aku ok jela sebab dia nak tu pun bukan benda yg x berfaedah. Klua je dr kete..alamakkkkk dah terkencing :) hehehe...akhirnya tercicir jugak setelah 9jam bertahan. hahaha.. so, masa kat mymydin, macam-macam la dia nak. nak buku la nak crayon la nak burger la nak biskut la, nak keropok la. hehehe.. ada2 jela kan.

Malam tadi sebelum tido, dia ada permintaan lg. siap bisik dalam gelap kat atas katil. "boleh tak mummy belikan izz beg BEN10 macam kawan izz punya tu. cantik!! izz nak la!"
hehehe.. aku suruh mintak kat babah dia tp dia xnak, takut babah xmo belikan. Aku ckp kat dia "tunggu mummy gaji ye?..skrang ni mummy banyak pakai duit." dia jawab "okey. mummy beli tau. macam beg kawan izz tu. cantik sangattt!" terus dia zzzzzzzzzzzzz.... :)

4 comments:

eLYies said...

syok kan biler tengok anak dah sekolah...tp aku tak dpt merasainya di dpn mata..huuhuhu...

el said...

bgslah izz ni...lgpun izz x byk ragam mcm danish..ntah leh survive ke x sorg2 nti kt tadika hahahaha

ieda said...

senang la kan kalo ank xbyk ragam..xsusah kite nak tgl dia..amsyar ni pun xtau la mcmne dah la xpenah tgl mana2 hrp2 sklh nti dia pandai bw diri..

Unknown said...

Seronok kan anak dah skolah?tapi aku rase bende paling sonok bile shopping stationeries hehehe mak plak ter over haha tapi aku dah tobat takmo beli yg mhl2 sure ilang punye kene sebat ngan kwn2

 
template by suckmylolly.com