PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

29 December 2011


Find out more packages 2012 for memories of your sweetest moments. Visit our >>
Facebook : Feverpicture Photography



Dapatkan harga pakej menarik 2012 untuk mengabadikan saat manis anda bersama kami. Layari >>
Facebook : Feverpicture Photography

09 August 2011

IZZ DAH 4 TAHUN!






 

06082011 alhamdulillah Ahmad Izz Hayder bin Ahmad Hafiz genap 4 tahun.
sungguh cepat masa berlalu, mummy doakan izz jadi anak yang paling hensem, cerdik, sihat selalu & yang penting jadi anak yang soleh dan akan mendoakan mummy & babah sampai bila-bila.

Disebabkan tahun ni birthday dia jatuh di hari bulan puasa, aku decide x buat party besar-besaran seperti tahun-tahun lepas. Hanya sambut bersama keluarga terdekat semasa berbuka puasa.
TQ kat semua makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu-sepupu, atok & nenek gombak yang bersusah payah memeriahkan family gathering a.k.a birthday party izz, sofiya, hana, haziq,hani malam tu  dan juga hadiah-hadiah yang banyak tu.
 Tahun ni izz dapat basikal & buku cerita dari mummy & babah :) oh ye buku cerita, hmmm mummy dah leh hafal cerita dalam tu sbb setiap hari kena bacakan untuk izz lebih 5 kali. hehe

01 August 2011

JOM BELI KERONGSANG!!


MEH LA BELI KERONGSANG UNTUK RAYA NANTI... :)

SAJE NAK PROMOTE BLOG BISNES KAWANKU YAN..CANTIK2..AKU PUN DAH SHOPPING KAT DIA..

KORANG KALAU MALAS NAK KLUA CARI KERONGSANG. MASUK JE BLOG DIA. SHOPPING DI HUJUNG JARI ANDA. :)

JANGAN LUPA SINGGAH DI SANA.. >>> http://womwn-accessories.blogspot.com/

WELCOME YA RAMADHAN


selamat berpuasa buat semua rakan blogger yang beragama Islam. semoga bulan yang baik ni memberi keberkatan dalam kehidupan kita. selamat beribadah & rebutlah segala kebaikan dan ganjaran yang telah dijanjikan.

Maaf sekiranya ada kesilapan, kesalahan mahupun apa saja yang menyentuh perasaan. Yang jahat dari saya, yang baik itu dari ALLAH S.W.T


30 July 2011

AKU & maaduu



oh yeay! masa untuk meroyan depan kamera. sejak bila jadi model maaduu.com ni??
harusssslaaaaa...dah laki aku photographer. sure la aku kena posing sakan kan walaupun agak poyo giteww... yang penting perasan "COMEL, CUTE" hikhikhik

sesapa yang x tahu apa tu MAADUU? meh sini aku nak war-war..sesapa yang meroyan drama-filem korea, lagu-lagu k-pop. ini adalah laman video streaming yang dibangunkan oleh warga malaysia yang hanya memberi hidangan korean produk. macam tonton.com.my la, mysoju.com, dramastyle.com..
Disebabkan aku paling cute cam orang korea ..aku bertuah terpilih mendapat t-shirt xklusif dari http://maaduu.com
korang percaya ke sebab cute aku ni?? takla aku gurau je. Aku dapat sebab join contest
1000 ahli bertuah yang LIKE page maaduu di Facebook. Syaratnya aku kena post gambar aku bersama shirt dorang. Kalau cakap pasal ni, takde hal laaa.. over dah ko! mengalahkan promote drama korea dah gayanya.

Apa nak buat kalau dia GILA SEWEL kan.. laki aku layankan aje sebab dia tau aku mmg gila sejak belum kahwin lagi, cam dia la GILA BOLA.. aku GILA BOIFREN KOREA.. hahaha kombawo hafiz hyung. saranghea!! :)

21 July 2011

GREEN PARTY

Awal julai aritu aku wat kat suprised party untuk hafiz. Kebetulan memamg nak gather together dengan kawan-kawan terutama kawan dari singapura. Dah pakat nak pakai baju hijau semuanya. Haritu sambut birthday kak aisha & hafiz sekali ...sambut sekali anniversary lin & akram. sweet sangat bila semua berkumpul.
Apapun aku memang sayanggggg sangat kat dorang. Bila berkawan kena la ikhlas, jangan ada perasaan dengki ke apa baru la hubungan berkekalan. semoga persahabatan kami kekal hingga ke akhir nyawa. Tak kira la usia muda ke tua ke apa.. kita semua 1 happy family :)


lunch time @secret recipe,alamanda
 kek 3 serangkai , kak aisha-hafiz- lin&akram :)
 birthday girl & birthday boy tiup lilin..so sweetttt!!
 tu dia bila adik beradik hijau menggedik.. hahaha
 aigoo.. semua happy tahap kronik.. ':) love u guys!
 ni gurau family Man utd.. fizo & izz
keluarga bahagia :)


29 June 2011

LAKSA


Laksa PV10 (Home-made)

Dah lama x masak laksa sejak kawin, selalu makan hasil air tangan orang je. Kadang-kadang kena ngan tekak, kekadang tak. Teringin lak nak makan laksa ikut tekak sendiri. Cukup rasa, cukup lemak, cukup ikan, cukup pekat, cukup sampahnya yang ku suka.

Disebabkan aku tak keje semalam, izz plak demam. Aku malas nak masak lauk pauk. Kebetulan ada beli ikan kembung banyak. Laksa plak ada. Apa lagi cargassss! alhamdulillah kenyang perut laki bini. Izz x pandai makan laksa lagi..dia pun dah kenyang makan bubur nasi & burger.

meh aku share resipi aku ni tp aku ni masak jenis mencampak je. Ni ikut hasil campakan aku semalam jela. Almaklumla kami ni kuat makan, sorang mewakili 2 org makan.

Resipi (makan 3-4 orang)

Setengah paket laksa EKA
8 ekor  ikan kembung
4 sudu besar cili blender
seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
3cm belacan bakar
asam keping

bahan untuk sampahan:
bawang besar
timun
cili api
petis udang
limau kasturi
telur rebus

caranya :

Rendam laksa dengan air panas selama sejam.
Rebuskan laksa sampai kembang & toskan.

Bersihkan ikan dan rebus ikan dengan sesudu teh garam.
Asingkan isi ikan & tulang. Blend isi ikan dan belacan bakar dengan sedikit air rebusan. Blend tulang ikan dgn baki air rebusan dan tapiskan . Amik air tulang ikan yang dah diblend tadi.
Masukkan isi ikan & air temulang ikan di dalam periuk. Masukkan 4 sudu besar cili blend. Masak di atas api hingga menggelegak. Tambah air ikut kepekatan stok ikan tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping. Asam keping ikut masam yang anda suka. Tambah garam secukup rasa (jangan makan masin sgt, x baik utk kesihatan) :) Masak hingga kuah pekat.

Hidangkan laksa dan kuah berserta hirisan timun, bawang, cili padi, limau kasturi,telur rebus & sedikit petis udang kalau suka. :)

selamat mencuba :)



28 June 2011

KAWAN-KAWAN INTERNASIONALE



Nak katakan aku ni jenis peramah sangat ..tak jugak tp aku ni jenis MUDAH MESRA. Kalau dah ngam tu dah serupa dah kenal berpuluh tahun. kahh.. Bab berangin tu ada gak tapi leh control lagi la. Aku ni x suka cakap tak tentu pasal, ada benda nak cakap baru aku cakap. 

Tapi aku ni jenis suka BERKAWAN. sedar tak sedar dari sekolah menengah aku ada kawan INTERNASIONALE.. maknanya kawan yang bukan dari MALAYSIA. Dulu zaman sekolah ada kawan dari GERMAN tp sejak habis SPM tetiba je lost contact. mana ntah dia agaknya pindah rumah kot.
Bila masuk U.. dapat lak kawan dari indonesia, saudi arabia ..best gak kawan-kawan dgn dowang ni sbb budaya tu berlainan.

Disebabkan aku ni jenis FANATIK artis luar negara terutama artis KOREA. Ramai lak kawan-kawan segila aku. Dari filipina ada, korea ada, indonesia ada, australia ada, thailand ada, mexico ada, singapore ada,jepun ada, taiwan ada. Aku selalu contact dgn dorang tru personal web, twitter & fb je. Setakat ni kawan dari korea, indonesia pernah la jumpa. Yang lain tu insyaALLAH one day aku akan jumpa gak dowang. Seronok kawan dengan dorang ni sebab kepala pun sengal & bengong cam aku. wakakakakaka... 

selain dari fans artis korea, ada ramai gak kawan-kawan dr fans artis malaysia. Macam-macam ragam ada tapi aku seronok. Kalau dorang dtg malaysia, aku jd tour guide dorang..kalau aku dtg negara dowang, dorang lak jd tour guide aku. 

Geng mommies.com pun ada dari luar malaysia. :) best kongsi ilmu, cerita & budaya.

Tentang bahasa tu belakang kira... kalau dah jenis MUKA X MALU. ko speaking huru hara pun leh jalan. Aku ni speaking idokla pandai mana tapi bolehla dari langsung tak bole. hahahahaa. :P



27 June 2011

KOREAN`S TOP IN MY HEART -_-

Yeay!! mari mengembangkan bijik mata, mengembangkan tekak dan mengembangkan segala-galanya. Mood aku nak berblogging kali ni asik nak cite pasal KOREAN saje. Bukan x support artis tempatan, mana yang kenal aku sure tau aku ni pun follow gak artis tempatan tapi dowang tu sebenarnya POYO!..wat sakit ati aku je,.Layan artis KOREAN lagi baguih.. bukan nak banggakan dorang tapi dorang pandai layan peminat. Nak banggakan pun xde cuma aku minat cara KERJA dorang yang PRO. (mampus aku kena saman dgn artis malaysia) hahaha

sajo la nak menunjuk kat korang muka-muka yang berada di hati aku.. ( suami & anak tu korang xyah la tanya. sure la dowang ada dlm hati aku sampai bila-bila) ni kira kategori peminat tegar kepada artis pojaan hati. Kalau dapat nengok dowang ni menyanyi ke menari ke bercakap ke berlakon ke kembang kempis hidung aku. kahhh..

taraaa! 

1- AHN JAE WOOK :)
2- Bi RAIN *_*



3- LEE SEUNG GI  <_>




4- 2PM



5- KIM HYUN JOONG




UMUR DAH TUA TAPI MINAT K-POP

hahahaha aku nak gelak dulu ye.  :))
kalau mak & adik aku baca blog ni sure dia tergelak sebab aku ni umur dah tua tapi perangai cam budak-budak. Kalau usia cam aku skrang, agaknya ramai yang dah malu nak ngaku segilerr cam aku ni. hahaha Bukan apa dari zaman sekolah menengah sampai la ni dah beranak 1 masih lagi habit lama, suka layan hiburan Jepun & korea tapi yang paling sengal layan korean entertaiment. Zaman dulu takde astro kat umah, jadi aku suka layan kat internet. Pegi Cyber Cafe je dok cari info news pasal korean & japan artis. x kira la drama ke lagu ke.. sangat-sangat la meroyan.skrang ni kalau balik umah mak aku, idokla keje lain aku tatap, x kartun ..aku layan korean. mak aku dah paham sgt kekadang aku lak jd translator. tu kalau kami x berantakan la. kahhh biasa la anak & mak ada monsun dia. Adik lak skrang pun dah serupa aku lak. Fashion korea aje.. tp aku suka. kahhh..

Aku x sangka sekarang kuasa hiburan korea ni dah meledak kat Malaysia sampai masuk dalam list lagu radio tempatan. Ramai gak artis-artis korea masuk malaysia buat persembahan.
Aku tau ramai gak kawan-kawan naik meluat dengan aku ni. Sikit-sikit artis korea.. haha..takpe aku x kecik hati sebab tu minat & kegemaran aku. Ada orang minat hindustan, indonesia.. kan?..

Aku sampai skrang follow Ahn Jae Wook. Dia ni dulu aku kenal muda belia lagi, idokla hensem sgt masa tu cuma lakonan dia mmg best. menusup ke jantung. hehehe..feeling habisla.Dulu selalu tengok drama dia kat internet. Skrang ni dah leh contact dia , amik tau pasal dia pasal dia pun dah celik it. kehkehkeh.. dah ada personal web. senang la kan?.. :)
6 tahun lepas lak aku terpikat dengan sorang budak korea ni. Dia xla femes sangat kat malaysia ni cuma lately ni rasanya ada yang dah mengenali dia sebab banyak dah rancangan dia drama dia masuk kat astro. Dulu aku x la nak amik tau sgt pasal dia cuma aku suka tengok dia. Almaklumla masa tu budak lagi 18 tahun.. aku idokla mengenyam sgt kat dia. Sekrang makoiii dah hensem kooo!! hensem di mata aku la.. mungkin bukan korang.. hahahahaha... dia ni memang aku suka sebab budak nye codek(cerdik), blaja sampai degree ko! jarang ada artis korea pandai cakap english. haaa ..mamat ni mmg advanced..terror speaking tanpa bunyi korea. kalau ikut sejaran akademi dia pun mmg media korea bongkarkan betapa hebatnya dia. Peksa asik top 5 kat sekolah. lehla aku ckp dia ni kategori bijak. suara memang mantop.. dia ni bukan bboy tp genre dia more pada pop & balada. Tapi kekadang ada gak dia buat persembahan genre pop rock & disuruh menari. Walaupun dia xla sehebat mana tarian tp bila terpaksa menari dia akan buat bersungguh sampai nampak perfect. tu la buah hati aku LEE SEUNG GI. :)

haaa.. ada sorang lagi ni. Dulu aku selalu x suka nengok dia sbb nampak cam pondan la plak ko kan??... hahahahha.. leader bboy SS501. dia femes gila as F4 dalam boys over flowers. Watak dia aku x puas hati dalam cite tu tapi ntah kenapa pelik aku ni asikla repeat tengok ntah berapa kali. apakah??..
Sejak dia terima tawaran cast dalam Dream High.. haishh aku terpengaruh nak amik tahu apa yang dia buat sekarang. Aku ni pandang dowang ni bkn kerana paras rupa saja tp bakat dowang ada. setakat berlakon, nyanyi2 suam-suam kuku buang masa aku je!.. hahaha
Ha ko!! aku dah terminat kat kim hyun joong plak. Bukan nak kata curang tapi menambah koleksi boifren korea aku je. hahahaahha..

selain dari dowang kat atas tu, aku suka betol nengok 2PM, wondergirl, kara, coco lee, sebab nyanyian & tarian mmg best :)

mehla aku ajak kowang layan.. percayakah kowang, aku kalau stress, kalau aku sedih, aku suka tengok persembahan k-pop yang aku suka :) lega & rasa muda sentiasa. :)





26 June 2011

SEPI TANPA BERBLOGGING

assalamualaikum warga blog..

lama sudah aku ni menyepi diri. Keje memang bertambah, bz tu sampai tahap takde mood nak berblogging. yela aku ni bukan suka merepek-merepek nak berblog ni. Tak kuasa lak aku nak nak mengumpat ke apa ke. Semakin hari semakin bersawang blog ni. heeheheh

Rasanya cam mood berblogging tu dah ada bunga-bunga. Harap kawan-kawan yang rajin ke blog aku ni dah x give up la nak melawat ke sini..

ehehehe.. aku nak layan drama korea dulu..later aku berblogging ye... :)

24 March 2011

BAKAL PENGACARA..ADA BAKAT TAK?

video

Alkisah si izz ni sebenarnya seorang yang banyak cakap, membebel je selagi x tido. apa yang dia bebel? macam-macam...dia suka ulang balik apa saja cikgu dia ajar , apa saja dialog pak nil dalam  tom tom bak, ulang balik dialog drama atau filem,. pendek kata dia ni jenis senang menghafal. kadangkala ayat kami pun dia leh ulang.

Rakaman video ni dibuat ketika dia leka membuat program sendiri. dia x perasan pun mummy dia tengah rakam aksi dia. hehehehe.. mmg best dgr dia jadi pengacara. macam biasa izz ni mmg ada ciri-ciri seorang pengacara sebabkan jangan tak tahu orang macam pengacara ke dj ke apa kat luar dorang bukannya kuat mencece pun, ada waktu ketika je dowang suka mencece terutama depan orang yg rapat, kalau tak mmg x byk ckp sebenarnya. hehehe
so...saksikanlah bakat anakku... :)

23 March 2011

SI DUDU MUMMY :)


Lama x berblogging. Pembuka entry terbaru cuma nak cerita pasal anak tunggal (wat masa ni) aku yang bernama AHMAD IZZ HAYDER. Ini budak memang sangat lah manja tapi aku rasa pemikiran dia dah melangkau usia dia sebenar. More independent budaknya.

skrang ni dia dah berusia 3 tahun 8 bulan. Dah memulakan persekolahan di tadika. Alhamdulillah permulaan sekolah yang amat menyakinkan.

Sekarang ni dia dah pandai :-

1- Berak sendiri..duduk di jamban & cuba basuh berak sendiri (tp aku basuhkan balik ..hehe)

2- Pakai pakaian sendiri.. paling aku tension part ni.. dia sangat cerewet dalam pemilihan baju. sangat mementingkan penampilan. Kadang-kadang habis 1 almari baju bersepah sebab nak match kan baju, spender & seluar mengikut citarasa sendiri. Orang lain x boleh tentukan, setiap hari  ada citarasa tersendiri. :(

3- Pandai sikat rambut sendiri .. katanya nak sikat macam rambut justin bieber.. oh baby baby baby ooo i like.. kadang-kadang naik meluat tengok dia sikat depan cermin. sgt la lama menentukan style rambut. kalau dah bersikat, jangan sesekali pasang kipas. pasti dia marah sbb rambut dia akan berubah.. almaklumla rambut halus lembut. guna jari pun boleh :) :P

4- Tak perlu pampers lg... sejak hari persekolahan ke-2 dia sendiri taknak pakai. katanya, malu la ..izz dah sekolah. pampers ni baby - baby je pakai. :) jimat duit mummy nak .. TQ :)

5- Tiada lagi susu formula & botol susu :) Sempat 4-5 bulan je minum dugro selepas stop bf. katanya busuk..x sedap. Botol pun xnak katanya dah besar. minum pakai cawan je tau. skrang dia minum susu UHT strawbery & coklat je. okla asal minum susu :)

6- Sudah pandai baca doa makan. skrang ni tiap kali nak makan, dia akan bacakan doa dan kami amin kan.. bacaan doa dalam arab & kemudian tafsiran english. Tafsiran english agak salah pronounce nye tapi kami tersenyum bangga sebab dia dapat habiskan bacaan dgn kenyakinan yg tinggi. kami faham yang akhir je "fire" ... yesss ,..amin.. :)

7- sekarang dah mula mengaji di rumah jiran nenek. Ada ustaz dtg ke rumah mengajar. Alhamdulillah, sejuk hati mendengar dia mengaji IQRA`.. Hari pertama dah menunjukkan prestasi yang baik. Terang hatinya kata ustaz. sekali ajar pantas menghafal. fast-leaner orangnya (cam mummy dia kot) hahahaha....
skrang dah masuk bulan ke 3 mengaji, sudah boleh membaca & mengenal hufur sin. Ustaz ada bg homework, tulis huruf2 yang ustaz tulis kat dalam buku nota. Memang dia siapkan cepat.. dia bangga depan mummy sebab ustaz kata "ahmad izz hayder good boy! ustaz bagi star!!" hahahaha... :)

8- Dah mula tidur di bilik sendiri :) alhamdulillah.. x di ajar cuma ni pengaruh tv. ada baiknya juga rancangan di CERIA tu. Berkat cerita GENG BAS SEKOLAH, MISI YAYA, ADI & AYAH, KAPTEN BOLEH, HIKAYAT SHAZLAN telah banyak mematangkan dia. Selalu berangan jd orang besar, lebih berdikari.

9- Suka menjadi pengacara, pencerita.. kadang-kadang terperasan dia selalu cakap sorang-sorang. seolah bercerita. sesiapa yang penah tgk video dia jadi pengacara sure tahu bakatnya. Nanti aku upload kemudian. :)

10- Dah pandai marah-marah. Sangat suka komplen orang. katanya tak bole bawak kete laju-laju. selalu komen org dan mummy alyn pun penah kena gak :) " jangan bawak kete laju2.. bawak solow solow.. kalau jatuh , sakit tau.. berdarah. nanti polis tangkap. izz x suka laju-laju tau "... hehehe
lagi 1 dia x suka orang ckp "xle blaa" ..katanya "jangan cakap x bole blaaaa.. berdosa tau! nanti anjing geget " hehehe :P

setakat ni perkembangan terbaru dia yang aku ingat & nak share pasal anak bujang aku ni. walaupun badannya kecik tapi alhamdulillah perkembangan minda dia amat membanggakan. Tak sabar nak melihat dia lebih pandai dan bijak. :)

22 February 2011

PESANAN BUAT PEMENANG CONTEST ANNIVERSARY ILA

AS SALAM

ADA PENGUMUMAM UNTUK 3 PEMENANG YANG TELAH MEMENANGI CONTEST ANNIVERSARY ILA YANG LEPAS.

EMAIL ILA DAH BERTUKAR  :  saranghea81@ymail.com


HARAP MAKLUM



TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PENGANJUR CONTEST & GIVE AWAY YANG TELAH MEMILIH ILA SEBAGAI PEMENANG & HADIAH UOLL ILA DAH TERIMA.

TERIMA KASIH BANYAK -BANYAK..


BEREHAT SEKETIKA

AS SALAM SEMUA BLOGGERS...

PENGUMUMAN BUAT SEMUA YANG SUDI KE BLOG NI.

MULAI HARI NI BLOG NI AKAN BEREHAT SEKETIKA MUNGKIN DALAM 2-3MINGGU

DARI SEBARANG PENULISAN KERANA AKU TENGAH SIBUK DENGAN

URUSAN KERJA & XDE IDEA NAK UPDATE APA.

WALAUPUN ADA INTERNET DI HUJUNG JARI TAPI MASIH TAK BERKESEMPATAN

NAK UPDATE. ALMAKLUMLA AKU NI X SUKA UPDATE BLOG DENGAN CERITA DAN

KISAH YANG AKU BOSAN NAK BACA. HAHAHA.. BUKAN KOWANG BACA TAPI AKU YG

BACA YE. HEHEHE


SEMOGA BERJUMPA LAGI NANTI.. MAYB CEPAT ATAU LAMBAT DARI JANGKAAN....

SELAMAT BERBLOGGING SEMUA... :)

06 February 2011

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Trip penghujung 2010 yang lepas, lama dah nak story mory pasal trip honeymoon kami yang ke- 6 tahun tapi kesibukan & tahap kesihatan sejak kebelakangan ni membuatkan aku takde mood nak update blog banyak-banyak.
Arini tetiba datang mood nak update perjalanan kami yang lepas untuk dikongsi bersama semua. Pengalaman pertama kali aku ke Singapore terutama Universal Studio Singapore. Disebabkan tiket USS untuk full board dah habis, alhamdulillah memang rezeki kami dapat gak masuk untuk sesi malam. Mengikut info yang aku dapatkan dari USS, tiket fullboard perlu dibeli secara online beberapa bulan sebelum tarikh visit. Kalau nak walk in memang ikut nasib terutama pada hari-hari peak-season atau school holiday.
Dah memang rezki kami, kami ni cuba nasib je malam tu sebab masa pergi tu time malam krismas. Tau jela orangnye ramai gileeeer.. bukan rakyat singapore je tp foreigner serata dunia pun datang termasuk kitowang ni. hahaha Sabar menunggu, beratur cuma 1 je yang aku puji dowang ni beratur ikut peraturan. Semuanya berjalan dengan lancar. Alamak..hujan la plak kan? hujan selebat-lebatnya, dengar kata pengunjung USS pada sebelah siang tak dapat meneruskan permainan atas isu keselamatan. Aduh memang rugi la kalau camtu kan?..tapi itu la dikatakan nasib& takdir. hehe..
Macam kami redah punya redah hujan, akhirnya dapat gak beli tiket masuk SGD5 je seorang dewasa. Kebetulan hujan pun dah berhenti, dapatlah kami berjalan-jalan sekitar USS. Memang besar USS ni , kalau beli tiket fullboard mmg lenguhla kaki nak berjalan & puas hati dapat main permainan kat dalam tu. Kalau malam ni walking away jela selain melihat sekitar dalam USS dan mengunjungi kedai-kedai di dalam tu.  Best gak :) yang penting merasa la jejak kaki ke dalam USS tu ... nex time leh datang lagi & masuk untuk fullboard pulak. Terima kasih buat sahabat aku KAK AISHA & ANAK-ANAK (ANGAH,ALANG & FIQI) sebab sudi bawa kami berjalan ke USS & sentosa. Kawan aku ni memang orang singapore, sepanjang 5 hari kat sana.. aku stay kat rumah dia di Jurong West. Inilah kebaikan kalau kita berkawan ramai, bukan nak amik kesempatan tapi dalam melancong tu ada la teman nak di ziarah & boleh juga stay ke rumah dia. Bila dia datang Kl, kita balas la budi. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita kenalah berjasa.


Izz bersama kawannya, fiqi naik bas ke stesen MRT untuk ke Sentosa ..
naik MRT  beramai-ramai.. pelik sebab aku xpening naik MRT..selalu kat KL aku sgt mabuk naik train
cuaca yang tak mengizinkan nak berjimba-jimba depan globe.. hujan sepanjang hari
hujan dah reda tapi snap gambar dari jauh jela... hehe


pose dulu depan pagar masuk USS.. hujan dah berhenti masa ni. izz cam biasa duduk dalam stroller saja
haa..izz dah jumpa idola..dia mmg peminat madagascar..
harharhar.. anak shrek.. comelllll :)
princess ila eh fiona.. hehehehe....
haha exactly same!! shrekkkkk in tha house
habis di tonggangnya budak-budak ni..
suasana bangunan di USS.. sangat cantik dan unik
merasa gak aku duduk kat STAR ni kan? rasa cam artis hollywood youuu ;)
hujan dah mula renyai balik tapi masih bergambar... :)
ni namanya director sengal ..
hasil grab di USS.. disebabkan sana amat mahal.. ini je mampu kami beli untuk diri kami saja..
abadi kenangan bersama  :) HAPPY HONEYMOON!!!

02 February 2011

PEKAK SEKEJAP??

HAAAAAAA???? ALAMAKKKK CAKAP KUAT SKIT BEB????...

Adeh dugaan tol awal-awal tahun ni, dah la kena jaga anak demam seminggu, aku lak lepas tu demam seminggu , bila dah baik demam..flu plak x hilang-hilang sampai terkena jangkitan telinga pulak.
ni semua gara-gara aku hembus hingus sekuat yg hado.. hameekkkkk obat!!! POKAK EKAU DAH!!!

Doktor dah bilang jangan hembus kuat hingus tu tapi memang x pueh hati selagi hingus-hingus pekat hijau tu x keluar. Sekarang dah kena infection. Berdengung je telinga kanan ni. dah tu pekak la pulak.
Bila la azab sakit gini nak hilang. Telan jela antibiotik yang hado tu..ngadap la ubat selsema tu sepapan. Hopefully lepas ni takde dah penyakit-penyakit yang lama-lama.  Kikis dosa kecil la kot ni..eheheheh leh kira camtu tak??...

29 January 2011

KU HILANG DI ALAM BLOGGER

Wahhh lama sungguh aku menghilangkan diri di alam blogger. walaupun hanya seminggu lebih tanpa entry dan balasan kunjungan ke blog-blog kawan-kawan yang sudi ke sini. MAAF ye semua. InsyaALLAH ila akan menjejaki korang kemudian. Arini hanya beberapa blog yang sempat aku lawati.

Kenapa ? kemanakah aku?

Bukan keluar bercuti mahupun sibuk dengan tugasan kerja tapi seminggu yang lalu aku sibuk menjaga anak terunaku demam. Lama sungguh dia demam kali ni, 5 hari tak sembuh-sembuh tapi alhamdulillah hari ke-6 dia kembali sihat. Doktor cakap izz mengalami demam virus. Sehari sebelum dia sembuh, aku pulak yang demam panas.. 4 hari jugak nak sembuh even sampai skrang aku masih x sedap badan. Dugaan... InsyaALLAH ada hikmahnya.

Apapun kesihatan, pemakanan yang sihat ,  persekitaran yang bersih & alert tentang cuaca tu penting. :)

21 January 2011

'Alycia 1st Giveaway'

  
 
 
1st time menganali Alycia empunya blognya >>  http://myalycia.blogspot.com
dan blog contestnya  >> http://alycia-dan-contest.blogspot.com
sangat suka berposing ..lihat jela banner di atas ni.  langsung x camera shy. nampak menarik posingnya. natural gitew :)
Bila ternampak Giveaway ni, hati tertarik nak join. Dah kenal blognya takkan taknak join kan? alang-alang berkenalan, nak gak menjadi peserta 1st giveaway nya. x kisah la hadiahnya apa tapi seronok tengok rakan bloggers membuat contest & giveaway utk merapatkan siratulrahim.

Apa pun ila nak ucapkan SELAMAT BERKENALAN.. :) 
 
 




19 January 2011

Blog Info Sehenti Penyusuan Susu Ibu


Alhamdulillah, aku dah buka 1 blog khusus untuk penyusuan susu ibu.http://susuibuanda.blogspot.com/
Blog ni aku himpunkan segala macam ilmu penyusuan dari pelbagai sumber dan pengalaman sendiri sebagai ibu yang sudah berjaya melepasi tempoh penyusuan sempurna iaitu 2 tahun secara eksklusif dan kini masih menyusukan sehingga izz sekarang berusia 3 tahun 5 bulan.

Di blog itu juga boleh di ajukan soalan berkenaan penyusuan, insyaALLAH selagi aku mampu, aku akan cuba membantu. Apa yang aku hajati agar kesedaran kebaikan susu ibu ini dapat dijayakan dengan sempurna oleh semua ibu di Malaysia malah di dunia. Susu ibu adalah yang terbaik buat anak-anak. Pelajari, selami & usaha untuk kebaikan bersama.

Terima kasih

Mummy of 3 J's Contest 2011



http://ayienjin78.blogspot.com/
I LOVE MY FAMILY CONTEST 2011

Babah hafiz, mummy ila & izz
Lokasi : Singapura
Tarikh : 26 Disember 2010

Kenapa saya SAYANG family saya?...

Saya sayang family saya kerana saya ada suami yang sporting, gila bola, suka amik gambar, suka menyanyi, suka melawak, suka merajuk, suka gosip dan seorang yang comel. Selain dari suami saya, saya ada seorang anak lelaki tunggal (wat masa ni..) yang sangat cerdik, comel dan suka bercerita apa saja dengan saya. Anak saya bernama Ahmad Izz hayder, dia adalah  satu-satunya impian & harapan dalam kehidupan saya. Tanpa mereka kehidupan saya tidak bermakna dan ceria.
Bersama mereka, saya selalu menjadi manusia 2 alam. Apa yang 2 alam? ..hehe.. saya boleh menjadi seorang yang manusia yang penyabar dengan kerenah mereka dan saya juga boleh menjadi "naik hantu" kerana kerenah mereka juga. Manis, masam, pahit dan masin dah lengkap saya rasai menjalani kehidupan bekeluarga selama 6 tahun ni. Banyak perkara yang mematangkan saya walaupun hati ini masih remaja. hehehe...:P

Kejadian gambar di atas tu merupakan sambutan anniversary kami ke-6 baru-baru ni pada 26 disember 2010. Memang setiap tahun kami menyambut bersama dan kali ni kami ke temasik @ singapura untuk kenangan yang lain dari sebelum ni. Gambar ni di ambil di hadapan "merlion" , "esclape" & bangunan di bandar singapura. Gambar ni paling memorable bagi kami sebab tak banyak gambar kami di sana dapat bergambar bersama. Almaklumla encik suami saya ni suka amik gambar sendiri. so, selalu snap gambar anak bini je. Kami minta kawan ambilkan gambar kami ni untuk kenangan yang boleh dikongsi bersama. Kalau datang holiday di singapura, jgn lupa datang di tempat ni. :) sangat menarik :).. ok sekian terima kasih.

semoga family saya terus bersama & bahgia selalu... begitu juga dengan keluarga penganjur contest... puan ayien yg comel & cute:) (bodek ke? xkan? heheheh)

14 January 2011

SNAPSHOT RAPTAI AJL25


SHAHIR



ANA RAFFALI



ZIANA ZAIN



BLACK & MUH



TOK PAH



API



ADIRA



BUNKFACE



BLACK



TOMOK



FAIZAL TAHIR



TOK TI



HUJAN



STACY

 
template by suckmylolly.com