PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

27 June 2011

UMUR DAH TUA TAPI MINAT K-POP

hahahaha aku nak gelak dulu ye.  :))
kalau mak & adik aku baca blog ni sure dia tergelak sebab aku ni umur dah tua tapi perangai cam budak-budak. Kalau usia cam aku skrang, agaknya ramai yang dah malu nak ngaku segilerr cam aku ni. hahaha Bukan apa dari zaman sekolah menengah sampai la ni dah beranak 1 masih lagi habit lama, suka layan hiburan Jepun & korea tapi yang paling sengal layan korean entertaiment. Zaman dulu takde astro kat umah, jadi aku suka layan kat internet. Pegi Cyber Cafe je dok cari info news pasal korean & japan artis. x kira la drama ke lagu ke.. sangat-sangat la meroyan.skrang ni kalau balik umah mak aku, idokla keje lain aku tatap, x kartun ..aku layan korean. mak aku dah paham sgt kekadang aku lak jd translator. tu kalau kami x berantakan la. kahhh biasa la anak & mak ada monsun dia. Adik lak skrang pun dah serupa aku lak. Fashion korea aje.. tp aku suka. kahhh..

Aku x sangka sekarang kuasa hiburan korea ni dah meledak kat Malaysia sampai masuk dalam list lagu radio tempatan. Ramai gak artis-artis korea masuk malaysia buat persembahan.
Aku tau ramai gak kawan-kawan naik meluat dengan aku ni. Sikit-sikit artis korea.. haha..takpe aku x kecik hati sebab tu minat & kegemaran aku. Ada orang minat hindustan, indonesia.. kan?..

Aku sampai skrang follow Ahn Jae Wook. Dia ni dulu aku kenal muda belia lagi, idokla hensem sgt masa tu cuma lakonan dia mmg best. menusup ke jantung. hehehe..feeling habisla.Dulu selalu tengok drama dia kat internet. Skrang ni dah leh contact dia , amik tau pasal dia pasal dia pun dah celik it. kehkehkeh.. dah ada personal web. senang la kan?.. :)
6 tahun lepas lak aku terpikat dengan sorang budak korea ni. Dia xla femes sangat kat malaysia ni cuma lately ni rasanya ada yang dah mengenali dia sebab banyak dah rancangan dia drama dia masuk kat astro. Dulu aku x la nak amik tau sgt pasal dia cuma aku suka tengok dia. Almaklumla masa tu budak lagi 18 tahun.. aku idokla mengenyam sgt kat dia. Sekrang makoiii dah hensem kooo!! hensem di mata aku la.. mungkin bukan korang.. hahahahaha... dia ni memang aku suka sebab budak nye codek(cerdik), blaja sampai degree ko! jarang ada artis korea pandai cakap english. haaa ..mamat ni mmg advanced..terror speaking tanpa bunyi korea. kalau ikut sejaran akademi dia pun mmg media korea bongkarkan betapa hebatnya dia. Peksa asik top 5 kat sekolah. lehla aku ckp dia ni kategori bijak. suara memang mantop.. dia ni bukan bboy tp genre dia more pada pop & balada. Tapi kekadang ada gak dia buat persembahan genre pop rock & disuruh menari. Walaupun dia xla sehebat mana tarian tp bila terpaksa menari dia akan buat bersungguh sampai nampak perfect. tu la buah hati aku LEE SEUNG GI. :)

haaa.. ada sorang lagi ni. Dulu aku selalu x suka nengok dia sbb nampak cam pondan la plak ko kan??... hahahahha.. leader bboy SS501. dia femes gila as F4 dalam boys over flowers. Watak dia aku x puas hati dalam cite tu tapi ntah kenapa pelik aku ni asikla repeat tengok ntah berapa kali. apakah??..
Sejak dia terima tawaran cast dalam Dream High.. haishh aku terpengaruh nak amik tahu apa yang dia buat sekarang. Aku ni pandang dowang ni bkn kerana paras rupa saja tp bakat dowang ada. setakat berlakon, nyanyi2 suam-suam kuku buang masa aku je!.. hahaha
Ha ko!! aku dah terminat kat kim hyun joong plak. Bukan nak kata curang tapi menambah koleksi boifren korea aku je. hahahaahha..

selain dari dowang kat atas tu, aku suka betol nengok 2PM, wondergirl, kara, coco lee, sebab nyanyian & tarian mmg best :)

mehla aku ajak kowang layan.. percayakah kowang, aku kalau stress, kalau aku sedih, aku suka tengok persembahan k-pop yang aku suka :) lega & rasa muda sentiasa. :)





1 comments:

MalizaMah said...

huhu... minat k-pop...
apa2pun tak per.. as long happy..
drop by baca entry n klik2..
singgah2 lah dan klik2..
sama2 tingkat tabung nffng..
http://santaileeza.blogspot.com/

 
template by suckmylolly.com