PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

29 June 2011

LAKSA


Laksa PV10 (Home-made)

Dah lama x masak laksa sejak kawin, selalu makan hasil air tangan orang je. Kadang-kadang kena ngan tekak, kekadang tak. Teringin lak nak makan laksa ikut tekak sendiri. Cukup rasa, cukup lemak, cukup ikan, cukup pekat, cukup sampahnya yang ku suka.

Disebabkan aku tak keje semalam, izz plak demam. Aku malas nak masak lauk pauk. Kebetulan ada beli ikan kembung banyak. Laksa plak ada. Apa lagi cargassss! alhamdulillah kenyang perut laki bini. Izz x pandai makan laksa lagi..dia pun dah kenyang makan bubur nasi & burger.

meh aku share resipi aku ni tp aku ni masak jenis mencampak je. Ni ikut hasil campakan aku semalam jela. Almaklumla kami ni kuat makan, sorang mewakili 2 org makan.

Resipi (makan 3-4 orang)

Setengah paket laksa EKA
8 ekor  ikan kembung
4 sudu besar cili blender
seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
3cm belacan bakar
asam keping

bahan untuk sampahan:
bawang besar
timun
cili api
petis udang
limau kasturi
telur rebus

caranya :

Rendam laksa dengan air panas selama sejam.
Rebuskan laksa sampai kembang & toskan.

Bersihkan ikan dan rebus ikan dengan sesudu teh garam.
Asingkan isi ikan & tulang. Blend isi ikan dan belacan bakar dengan sedikit air rebusan. Blend tulang ikan dgn baki air rebusan dan tapiskan . Amik air tulang ikan yang dah diblend tadi.
Masukkan isi ikan & air temulang ikan di dalam periuk. Masukkan 4 sudu besar cili blend. Masak di atas api hingga menggelegak. Tambah air ikut kepekatan stok ikan tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping. Asam keping ikut masam yang anda suka. Tambah garam secukup rasa (jangan makan masin sgt, x baik utk kesihatan) :) Masak hingga kuah pekat.

Hidangkan laksa dan kuah berserta hirisan timun, bawang, cili padi, limau kasturi,telur rebus & sedikit petis udang kalau suka. :)

selamat mencuba :)



4 comments:

el said...

aku x nah msk laksa
takut x sedap
kuah tu riso x jdik

aku cari resepi mee kari hang ..xde plak..cer ko paste kat aku sat

irma said...

adui...kecur air liur air tgk....aku ni mmg minat sgt mkn ni..tp kena control coz aku ada gastrik...huhu

MUMMY ILA said...

hehe.. el ko ikut resipi aku sure menjadi kuahnya.

kak irma..haa ada gastrik harus ko control. aku ni 2 tahun lepas banak baru berani makan laksa

MUMMY ILA said...

http://mummy-ila.blogspot.com/2009/04/mee-kari-kerang.html

resipi mee kari

 
template by suckmylolly.com