PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

07 January 2011

IIUM LIBRARY CLIENT DAY 2010

Bulan 12 tahun lepas memang tiap tahun aku busy. sangat lah busy dengan meeting, keje hakiki yang terakhir utk disiapkan sebelum masuk tahun baru, preparation client day office lagi. Sebut pasal Client day ni dah 4 tahun, jabatan aku adakan HARI MESRA PELANGGAN atau lebih dikenali IIUM LIBRARY CLIENT DAY (almaklumlah international university, semua ayat nak wat dalam english, nanti x paham lak foreigner nak baca kan?..) hehehe..


Semua department yang provide servis akan bukak booth di perkarangan lobby library untuk bermesra dengan pelanggan. Department aku pun tak ketinggalan sebab kami ni. Walaupun aku ni staf teknikal yang hanya duduk balik tabir pun terpaksa terlibat gak. Haru gak sebab aku ni 20% je tahu pasal customer servis. 

Dah nama pun tukang balik langsir.. mana la aku tau kalau student ni tanya aku mana ceruk buku dowang nak cari. ehehehe.2 minggu aku training untuk client day ni. Alhamdulillah aku leh buat dengan cemerlang. Bukan nak kata pandai tapi otak aku ni cepat pick up (berlagak la plak) hahahaha.. x caya tanyala opismate aku.. btol x kawan-kawan?.. hahahaha

Apa yang ada masa client day ni? Maybe ada blogger yang datang sini student atau kakitangan IIUM. Aku bagitau kowang ek, kalau tiap kali ada client day. meh la rajin-rajin datang sini. Kowang leh setup lappy ke wireless ke on the spot untuk kegunaan dalam atau luar kampus. Selain tu kowang leh wat registration membership & leh settle kejap tu jugak. Kowang leh settle denda kelewatan pemulangan buku aritu je. Selain tu leh tanya ke dapat info ke pasal servis yang ada dalam library dengan mudah. 

Setiap kali client day, pihak library pasti menjemput penulis buku yang terkenal. Macam tahun ni kami panggil penulis buku NATRAH, Fatini Yaacob. Selain tu, ada jualan buku-buku dengan diskaun yang berbaloi dari publisher yang famous. Booth jualan pakaian muslimah pun banyak kat luar perkarangan library. 

So, apa lagi tahun depan jangan lupa datang ye. hehehehe :p
 
 tengah busy melayan customer yang nak register digital services

 tudung pepel tu BOS aku.. sibuk menyusun token untuk KUIZ
 serius tu nak check nama customer dalam sistem UIA.. tgh nak approvekan dowang la ni
 spekong ye cik ila oi.. minah tu tak reti cakap melayu..hehe
 explaination time & tunggu customer fill up form
 antara bahan -bahan yang kami ditigize ke bentuk digital (zaman IT kenala up to date)
 Opismate tengah bincang depan kaunter ..hehe
haa..busy melayan customer yang tengah pening jawab soalan KUIZ.. :)

17 December 2010

RESTORAN RAWANI HADRAMOUT

ni cite rabu lepas, bos nak belanja sempena nak raikan farewell atau majlis perpisahan salah sorang staff department kami yang terpaksa bertukar ke cawangan kampus. Aku ni ON je.. kebetulan dorang ni dok pening nak pk lokasi majlis. Memandangkan aku ni mmg suka jalan-jalan cari makan, dorang suruh aku yang decide. Bab decide tempat makan ni insyaALLAH aku takda masalah sebab tengok jela aku ni kan.. sizenye pun dah tau aku ni suka MAKAN.. haha..

Aku pun decide majlis di adakan di RESTORAN makanan arab dan yang terdekat dengan ofis iaitu RESTORAN RAWANI HADRAMOUT. Aku pun suka makan kat sini, tgh mood malas masak & duit pun berkepuk, selalu la ke sini. Izz pun seleranya mmg mengaum kalau dapat ke situ. Tu pasal aku selalu gak ke sana. Nak cite apa lah istimewa sangat kat situ, ermmm aku rasa makanannya sesedap di RESTORAN RAWSHA kat jalan damai, KL. Cuma yang beza dari segi harga sebab RAWSHA mahal skit. Menu yang aku suka selalu CHICKEN/LAMB MANDY. Ada nasi, ayam / kambing yang sangat lembut di makan. 

Restoran SABA` ke Tarbush pun xleh lawan kesedapannya. Sebab tu aku suka makan kat sini. Kalau korang nak cuba makanan di sini, meh la datang ke Jalan Gombak, kedainya berdekatan simpang depan PLAZA IDAMAN GOMBAK.

 ni la RESTORAN RAWANI HADRAMOUT
 CHICKEN MANDY 1dulang leh makan 4-5pax RM30
 LAMB MANDY 1 dulang leh makan 4-5pax RM40
 1 HIDANGAN NASI BERSAMA SEEKOR AYAM

seranggg!! aku pun dah lapo.
 KEK khas utk kak aida. selamat bertugas di kampus yang lain
 cheese kek.. sedap kot. aku jamah skit sbb x suka
 semua dah kekenyangan..aku lak layan video klip arab. seksi wooo

bergambar kenangan di depan restoran. 
Jangan pelik staff department aku x ramai lelaki. ada 2 orang je. hehe




30 September 2010

ARKIB NEGARA

Ni cite last week, aku g rombongan cik kiah ke ARKIB NEGARA. hahaha. Kebetulan aktiviti tahunan jabatan aku tahun ni membawa staff ke tempat-tempat yang boleh meningkatkan ilmu & prodtiviti. Aku pilih ARKIB NEGARA sebab seumur hidup aku mmg x penah pegi walaupun lokasinya amat la dekat, JLN DUTA je. :)

Kenapa aku pilih ARKIB?..
1- AKU SUKA TEMPAT PENGUMPULAN BAHAN SEJARAH
2- MEMANG X PENAH PEGI
3- TAKDE PILIHAN LAIN SBB YG LAIN AKU DAH SELALU PEGI.

Banyak la persoalan aku selama ini terjawab ..yela aku selalu terpk camne dowang simpan bahan2 sejarah lama negara kita dulu-dulu. Masih elok hingga kini kualitinya. Camne orang buat proses pengAWETAN.
Pengalaman paling best aku buat sendiri proses penjagaan bahan utk terus kekal biar beratus tahun. Biasala aku ni kalau dah suka mmg nak cuba buat. Bila lg kan??...

::SURAT PENGISYTIHARAN WILAYAH PERSEKUTUAN ::

:: PERISTIWA KEMERDEKAAN ::

 :: SESI TAKLIMAT DARI PEGAWAI ARKIB ::
 :: PROSES RAWATAN BAHAN ARKIB ::
 :: TEMPAT PENGAWETAN BAHAN ARKIB ::
 :: TEMPAT PENGERINGAN BAHAN SELEPAS PENYAHASIDAN ::
 :: PROSES PEMULIHARAAN BAHAN ARKIB ::
 :: PROSES PEMULIHARAAN BAHAN RATUSAN TAHUN ::
 :: CONTOH BAHAN YANG PERLU DIPULIHARA ::
 :: ANTARA BAHAN SEJARAH MALAYSIA ::
 :: PROSES PEMBAIKAN ::
 :: PROSES PENYAHASIDAN SEBELUM DIAWET ::
 :: NI PROSES MACAM LAMINATION ::
:: WANG INI AKAN KEKAL BEGINI SEHINGGA RATUSAN TAHUN ::

:: VIDEO AKU SENDIRI MENCUBA PROSES YANG MEREKA KEJEKAN SEHARIAN :
RESULT YANG DIBERIKAN : A+ hehehehe

19 February 2009

APA AKU BUAT ARINI?

benda alah yg menyesakkan meja aku
ni la keje aku di pc... sungguh sesak larat...
dan yang ini jugakkkk..itu jugakk.. sinun..sini jugakkkk dan hp sendal tingkap aku
ni plak tong air aku...skrang baru jam 1.40..air dah tinggal byk tu...kahhh semuanya 2000ml
Ha ni la dia yg aku buat arini.... aku x tahu nak kata ni apa ..walaupun sesak larat tp inilah rutin aku.. rutin keje ..berlambak..meja aku mmg x sehias meja kowang kot.. malu sey..x penah susut sebab ada lagi benda alah yg menanti aku untuk melepaskan dowang dr "aquarium" aku ni.
troli 1 (in process)
troli 2 (in process)

17 February 2009

MYHAYDERSTORE DAH LAUNCH!

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak MYHAYDERSTORE. Apa tu?? Ni la blog jualan aku untuk aksesori penyusuan susu ibu. Dah lama dah menyimpan hasrat ni tapi masih tercari-cari jalan ke mana nak tuju. Akhirnya atas bantuan rakan sokongan penyusuan, alhamdulillah dia telah memberi aku jalan utk mencapai hasrat ni. Buat masa ni aku masih buat kecil-kecilan, memadai dengan modal dan sambutan yang ada. Diharapkan dengan adanya blog ni, aku dapat membantu ibu-ibu atau bapa-bapa atau bakal ibu yang ingin memberi penyusuan susu ibu kepada anak-anak mereka terutamanya kepada mereka yang berkerjaya. Memang x dinafikan susah untuk mendapatkan aksesori penyusuan di pasaran. Aku harap niat murni aku untuk membantu mereka di luar sana tercapai. Aku akan jadi saluran mereka untuk mendapatkan barangan ini dengan mudah. Harap kowang semua leh la tolong aku war-warkan blog ini kepada kenalan yang memerlukan. Terima kasih semua........

11 February 2009

TAKE THE ENGLISH TEST TODAY!

Arini aku ada "ENGLISH SHORT TEST" . Sekeping kertas jek tapi ada 5 sections. Section 1-4, fill in the blank & last section plak kena wat sentences sendiri mengikut words yang telah diberi. Madam Haryati just give 1/2 hours je. Alhamdulillah leh buat tp tadi ada 1 jawapan yang salah. huhuhu.. :( aku confius dgn ayat diberi. Hati aku down giler beb bila madam discuss after exam. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! tapiiiii xpeeeee... sbb ada 10 soklan yg dia bincangkan balik ...semua tu CORRECT!! yesss.... :) yang selebihnya aku x tau la btol ke idak. kahhh... tawakal jela. Takde apa harapan sangat cuma harap dpt A- pun okla. harharhar.. Next coming exam..utk penuhkan mark stage 1.

21 November 2008

Anak baru

>> on setup
Ni la anak baru aku. Aku ni x tau la rezeki aku bekerja kat sini. Murah rezeki tol, org pakai 1 pc ..aku sampai 5 pc. hahahaha.. tapiiiiiiiiiiiiii... tgkla pada keje aku plak. Aku kena handle 5 projek dalam 1 masa. semua ni anak-anak angkat aku, atas tanggungjawab aku memelihara, menjaga & menggunakan mereka. Aku x tahu sampai bila aku akan berada di sini. mayb sampai pencen tp aku x kisah la sbb aku rasa nila kerja aku yg paling aman & tenang sepanjang aku penah bekerja di dept lain selama 6 tahun ni.
Ada bilik sendiri, ada equipment sendiri, keje pun sendiri, bos yg refer kat aku :)) ..keputusan pun aku yg buat. apa nak lagi kan?.. syukur alhamdulillah.
Anak aku ni kejenya utk "post-production" aku akan gunakan dia utk aku buat editing filem/video/muzik/audio utk projek aku. Dia antara anak yg terhebat setakat ni sbb kelajuan & potensi dia yg teramat la tinggi. Aku pun x sangka bos aku leh belikan sbb dulu aku penah xplain pasal benda ni & hege dia pun makoiii....sampai pencen pun aku x mampu nak beli. Mayb bos aku nampak kesungguhan aku & cara keje aku. so, dia akur & buat keputusan utk belinya.
Nampaknya aku dah nampak bayang, yg aku xkan dpt keluar dr sini. bos aku cam dah ikat aku kat sini. Kalau dok keje company ni, dah leh mintak UP gaji tp gomennn??... camni la dia. hehe..
selagi aku x further study & upkan qualification aku.
so, aku kenalkan anak baru aku yg aku namakan "lil mojo". :) siap ada set DVD KAROEKE PLAYER tu.. cam bos aku tau aku suka melalak. (dah dia selalu dgr aku melalak).. leh la layan koke time stress.. hahaha (klau aku berani la)

05 December 2006

Keje oh keje

ni la bilik tempat aku mengerah otak aku. semuanya ada. Ni la bilik aku yang agak bersepah waktu ni. Memandangkan banyak request dr user. Aku kena buat monitoring semua video sebelum aku encode dan streaming ke internet. Keje aku ni takde sapa yg backup. Kalau aku cuti lama..maknanya semakin bertimbun la keje aku. huhuhu... Tapi bangga gak sbb hanya aku je tahu keje ni kat sini tp bebal gak otak aku ni kekadang sebab aku je yg leh buat. Keje lain pun aku buat gak .. tu yang kekadang aku terpaksa menapakan diri kat sini sampai ke malam.Tapi aku suka keje... kahkahkah.. kalau aku dah penat aku buat bodoh jek.

 
template by suckmylolly.com