PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

30 September 2010

ARKIB NEGARA

Ni cite last week, aku g rombongan cik kiah ke ARKIB NEGARA. hahaha. Kebetulan aktiviti tahunan jabatan aku tahun ni membawa staff ke tempat-tempat yang boleh meningkatkan ilmu & prodtiviti. Aku pilih ARKIB NEGARA sebab seumur hidup aku mmg x penah pegi walaupun lokasinya amat la dekat, JLN DUTA je. :)

Kenapa aku pilih ARKIB?..
1- AKU SUKA TEMPAT PENGUMPULAN BAHAN SEJARAH
2- MEMANG X PENAH PEGI
3- TAKDE PILIHAN LAIN SBB YG LAIN AKU DAH SELALU PEGI.

Banyak la persoalan aku selama ini terjawab ..yela aku selalu terpk camne dowang simpan bahan2 sejarah lama negara kita dulu-dulu. Masih elok hingga kini kualitinya. Camne orang buat proses pengAWETAN.
Pengalaman paling best aku buat sendiri proses penjagaan bahan utk terus kekal biar beratus tahun. Biasala aku ni kalau dah suka mmg nak cuba buat. Bila lg kan??...

::SURAT PENGISYTIHARAN WILAYAH PERSEKUTUAN ::

:: PERISTIWA KEMERDEKAAN ::

 :: SESI TAKLIMAT DARI PEGAWAI ARKIB ::
 :: PROSES RAWATAN BAHAN ARKIB ::
 :: TEMPAT PENGAWETAN BAHAN ARKIB ::
 :: TEMPAT PENGERINGAN BAHAN SELEPAS PENYAHASIDAN ::
 :: PROSES PEMULIHARAAN BAHAN ARKIB ::
 :: PROSES PEMULIHARAAN BAHAN RATUSAN TAHUN ::
 :: CONTOH BAHAN YANG PERLU DIPULIHARA ::
 :: ANTARA BAHAN SEJARAH MALAYSIA ::
 :: PROSES PEMBAIKAN ::
 :: PROSES PENYAHASIDAN SEBELUM DIAWET ::
 :: NI PROSES MACAM LAMINATION ::
:: WANG INI AKAN KEKAL BEGINI SEHINGGA RATUSAN TAHUN ::

video
:: VIDEO AKU SENDIRI MENCUBA PROSES YANG MEREKA KEJEKAN SEHARIAN :
RESULT YANG DIBERIKAN : A+ hehehehe

HARAM JADAH TOL!

Geram tol aku petang tadi.. rasa nak sumpah seranah je. sakit hati sangat!

Alkisahnya camni, aku baru je amik izz dr taska. Memang kebiasaan aku akan ikut jalan simpang 3 jalan Langkawi tu. Semenjak Condo PV12 & MyMydin  tu jalan langkawi semakin sesak. Tambahan plak pengunjung MyMydin yang parking di bahu jalan sangat tidak beretika. Kalau ikutkan apa la salahnya ko park kete elok-elok. Ini tak... ada ke parking menyerong macam jalan tu BAPAK DIA PUNYA!.. aku pun g gak MyMydin tu tapi reti nak pk keselesaan pengguna jalan yang lain. Kalau xnak bayar RM1 parking kat dalam PV12 tu.. ko park la kete elok2. 

Tapi ni bukanlah punca aku nak marah kat sini tapi aku geram dengan pemandu KERETA PERSONA yang no platnya aku kurang perasan. Secara AMnya memang la simpang 3 tu takde traffic light. so, masing2 pandai2 la cross jalan nak menyeberang. Aku pun pk gak nak menyeberang..agak2 clear aku seberangla. Macam tadi, aku tgk laluan simpang ke arah aku clear..aku terus ke depan nak menuju jalan besar. Kebetulan kat simpang depan tu mmg ada laluan utk U-TURN. aku mmg nampak ada kete tu, so aku berhenti & tunggu laluan dr arah jalan besar clear. nak menyelit pun xleh sbb 2 line tambah plak kete2 pengunjung MyMydin tu parking melintang sesuka hati. Kebetulan masa nak tunggu laluan clear skit, ada la kete cina ni masuk dr simpang aku td & berhenti sebelah aku utk tunggu laluan clear. Dia lepas laluan tu sbb ada moto lalu tapi aku x lepas sbb belakang moto tu ada kete laju berdesup. 

Kete PERSONA lahabau tu sebelah kanan aku yg berhenti kat laluan U-turn tu..aku pandang kete dia tp kurang jelas sbb tinted kete dia yg gray. aku nampak bayang2 je. Aku dah ckp sendiri "persona ni xnak jalan ke?.. kang aku yg jalan"..lama gak aku perati kete tu. Sekali aku ternampak la cam dia pandang ke arah aku & angkat tangan. so, aku paham dia suruh aku lalu. Aku plak dok pk mana leh aku lalu selagi dia ada sebelah aku sbb depan aku tu ada kete block parking x btol. Aku suruh dia lalu dulu tp lain lak jadinya. Dia hon aku sekuat hati.. BARUWAAAAAAAAAAAAA TOL!

Lenkali xyah pakai tinted gelap ..miscommunication kat situ ko tau tak bahalol!!!.. aku suruh ko..ko suruh aku. Masa tu aku dah cakap "BABI LA KO! DAH SAH AKU XLE KLUA!! KETE BANYAK!!"
Aku wat bodoh je lalu depan kete dia. Sekali aku pandang cermin belakang. terhegeh2 dia klua dr simpang macam bawak kete MERC. Dia konon cam kejar kete aku kot..sbb laju je dia tetiba ada kat belakang aku. Masa aku nak masuk kawasan umah, dia ada belakang aku. dalam hati aku "oooooooo...dia dok sini gak".

Lagi 1 hal dia buat aku sakit hati.. masa tu aku tgh lalu lorong laluan car park nak naik ke tingkat 2. Garaj kete aku berada di tingkat 2. sama plak dgn dia rupanya. Memang la aku masuk jalan salah nak ke atas tp aku berhenti bg kete lain lalu jalan yg betol termasuk dia. Dah mmg ari2 aku jalan camtu. aku bawak slow je.
Bukan aku je suka lalu jalan tu..ramai lg. Dia lak leh perhalankan kete depan aku & tengok aku cam bagus.. konon cam marah gile kat aku. Dia ingat aku takut dia???? plssssssssssss... la aku buat BODOH adala. ko pehal? x puas hati turun la. Tau pun ko takut..ko takut anak bini ko marah ke?.. 

Rupanya dia dok BLOCK C.. aku lak BLOCK B.. laluan parking mmg sama. Masa aku masuk laluan ke garaj aku tu, aku perasan dia berhenti kete & tengok aku park kat mana. Sure dia maki hamun aku bawak kete ntah apa2 padahal dia tu cam cibai. 
Lepas ni sure aku nampak kete dia lalu..aku xkan senyum. aku buat muka selenger. dia nak gaduh ..gaduh la.. kalau berani nak gaduh dgn perempuan.

Aku sampai kat rumah, aku cite kat apis. Apis ckp dia beranila sbb aku perempuan. Apis sampai turun bawah ke car park semata2 nak tgk kete mamat tu yang mana 1. kira apis dah aim la sape dia..kete mana. hehehe

29 September 2010

Day 4 : DiGi iPhone 4 Life

Task 4 : DiGi iPhone 4 Life
<< My photo >>

iPhone 4 memang memenuhi citarasa dan gaya hidup zaman kini. Penuh dengan aplikasi yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian. Kesemuanya hanya di hujung jari. Apa sahaja yang diingini pasti iPhone 4 dapat memenuhinya. Aplikasi yang canggih cukup membantu dalam apa jua bidang yang ingin di lakukan. 

Sebagai jurugambar & editor Audio Video, iPhone boleh membantu saya menjalankan tugasan harian dengan lancar. Gambar-gambar boleh dimuat turun, Video dan Audio dapat di simpan, di gubah & dilihat dengan menggunakan aplikasi yang ada dalam iPhone. DiGi telah membantu kami merealisasikan keinginan & kehendak serta keperluan dalam kehidupan harian. DiGi iPhone 4 sememangnya pilihan yang tepat!!!

Day 3 : DiGi iPhone 4 Real

Task 3 : DiGi iPhone 4 Real
<< what I love about the DiGi iPhone 4 Plans >>

DiGi iPhone 4 Plans memang menjimatkan. Dengan bayaran bulanan yang rendah dapat memberi peluang untuk saya menikmati iPhone 4. Saya tidak perlu risau setiap kali ingin membuat bayaran bulanan kerana pakej-pakej yang disediakan oleh DiGi SANGAT BEST!!
Saya boleh menggunakan aplikasi internet , iTunes tanpa batasan. Semuanya sudah disediakan oleh DiGi. Dan kerana itula saya SANGAT SANGAT SANGAT SAYANGGGGGGGGGGG pada DiGi. 


Saya pasti akan memilih iDiGi88~~!!! :) i loike it ;P

 

Day 2 : DiGi iPhone 4 Play

Task 1 : DiGi iPhone 4 Play
<< which App from the iTunes App Store that you have seen/tried out is your favourite, and why.>>

Saya sangat suka Application "LIFESTYLE" & "Education". :)

LIFESTYLE
Saya boleh update program yang saya gemari setiap kali di kemaskini. App store memudahkan saya memuat turun video berkenaan LIFESTYLE kegemaran saya dan boleh menyimpan video kegemaran saya di dalam iPhone 4. Saya tidak perlu risau lagi untuk mencari malah menonton secara LIVE di mana saja tak kira masa. Ia cukup memudahkan. Suami saya juga boleh menonton sukan kegemarannya apabila menggunakan App store iTunes.
Education 
Amat sesuai untuk anak saya melayari info & video berkenaan Education. Banyak ilmu boleh di pelajari apabila menggunakan app store iTunes. Saya boleh memberi anak saya menonton video-video education & mendengar lagu-lagu yang boleh membantu dia belajar secara interaktif.


28 September 2010

Day 1 : DiGi iPhone 4 Me


Task 1 : DiGi iPhone 4 Me
<< KENAPA SAYA PERLUAKAN iPHONE dari DiGi >>

Sejak semalam setelah melihat promo iPhone 4 di DiGi memang tak lena tido dibuatnya. Mana taknya hari anniversary dah nak dekat. Lagi beberapa 2 bulan tapi masih belum memikirkan hadiah sesuai untuk si suami tersayang.
Kebetulan pulak sekarang ni dia asyik menyebut kecanggihan & keunikan iPhone 4. 
Hajat di hati tu besar tapi memandangkan 'budget' kewangan beberapa bulan ni belum mengizinkan untuk merembat phone ni.

 
Tu yang lepas aku belek-belek DiGi promo, terdetik hati nak mencuba nasib. mana la tau kan ada rezeki nak memilikinya. 

iPhone 4 ni memang sesuai untuk suamiku yang sibuk bekerja ke sana ke mari. Lebih sesuai apabila dia berurusan dengan pelanggan fotografinya. iPhone 4 boleh menyimpan pelbagai gambar dengan resolution yang tinggi dan mengekalkan mutu kualiti gambar yang cantik. Suamiku boleh menunjukkan portfolio foto kepada pelanggan. Dengan kecanggihan 5-MP Camera with LED Flash, iPhone dapat membantu suami menghasilkan gambar yang cantik sebagai koleksi inspirasi dan idea. Memang boleh dikatakan kesemua fungsi di dalam iPhone 4 amat lah sesuai untuk suamiku yang sudah lama menjadi pelanggan setia DiGi.

Saya berdoa akan memilikinya dan boleh dijadikan hadiah istimewa buat suami tersayang. :)
 

haiyakkkk!!!!! 1..2..3...1 lagi...
ha... gagah sungguh abang-abang ni kan? sapa dowang ni??? huh.. bulu ketiak..bulu pusat..bulu dada semua terpana dgn penuh bangganye kan??...

nak je aku bako bulu tiak sekor2 ni!!

sure kowang tertanya apa la aku merepek dgn gambo ni. ni bukan BOIPREN aku! ni pun bukan JIRAN SEBELAH UMAH NENEK aku! ni pun bukan ABANG IPAR aku! ni pun bukan ANAK MAK TIMAH!
ni orang-orang yang memBENCI MALAYSIA!..

haish..sakit lak hati aku tengok muka-muka ni tapi aku malasla nak tengok lama-lama. aku tengok bulu ketiak jela sbb lebat sgt. muahahahahaha

DOWANG NI LA BERGELAR " BENDERA" Benteng Demokrasi Indonesia.
Yang telah membakar JALUR GEMILANG kita, YANG MENGECAM WARGA MALAYSIA, KERAJAAN MALAYSIA, KEDUTAAN MALAYSIA DI JAKARTA. mereka JUGA YANG SUSAH2 BUAT TAIK & CAMPAK KE ARAH KEDUTAAN KITA & MENONYOH TAIK2 BUSUK DOWANG KAT JALUR GEMILANG KEBANGGAAN KITA TU..

Sangat melampau tapi nak buat camne. otak dowang ni semua bawah kaki. dalam kepala dowang $$$ lepas tu x tahu nak pk nak merusuh je kejenya. ni bukan sebab utama aku nak cite sebenarnya.

Aku akan ke Jakarta x lama lg.. disebabkan dowang ni aku pk lebih 50 kali nak g sana. Aku dah bayo tiket semua ..sayang la x pergi kan?.. harapnya mereka x ganggu kita.

DOAKAN AKU SELAMAT DI SANA.. SELAMAT PULANG NANTI..

RUPIAH BIKIN AKU PUSINGG!

wahhh!!! gue jutawan!!!! mau jadi orang kaya dong!!..

Alkisah aku dah beberapa hari fenin settlekan hal-hal berkaitan dgn percutian aku tak lama lagi.
mau ke mana? haaa sendiri pk jela kalau aku dah letak gambo kat atas ni. muahahahaha

Dalam keriakan menjadi JUTAWAN.. kepala aku fenin nak mengira duit dr RM ke RUPIAH..dr RUPIAH ke RM. Jangan la korang pelik... walaupun aku dah guna converter dalam internet ni ..aku tetap ingin mengira banyak kali sebab aku mmg x suka kelam kabut apabila ada kat sana. Yelah aku dah x pakai kad plastik ni.. aku dah remove dari hidup aku. Ada duit baru leh g berjalan-jalan.. kalau xde duduk diam2. Jangan selubungi hidup anda dengan HUTANG KAD PLASTIK!!!...


27 September 2010


Wachhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Ni namanya KUEW TIAW KUNGFU.. salah satu hidangan utk tetamu yang datang beraya di rumah. Senang nak di masak dan bahannya pun x banyak sangat.

ni gak menu MALAS aku kalau balik keje x tau nak masa apa atau nak diet makan nasi.. yelah tu..hehe... :P

meh sini aku kongsikan resipinya ... :) cubala ye :)



Bahan2 -

1 paket kuew tiaw
Isi ayam
udang
sotong - potong kecik2
fishball - belah 2 atau 4
Bunga kobis - potong kecik2
carrot - potong memanjang
sawi - potong kecik2
sedikit tepung jagung
2 biji telur putih
2 ulas bawang merah - di blend / di tumbuk
5 ulas bawang putih - diblend . di tumbuk
garam secukup rasa*
1 kiub stok ayam

caranya
1- Kalau guna kuew tiaw, gaulkan kuew tiaw dgn kicap cair & amik sengenggam & gorengkan dlm minyak panas.
-----------------
cara nak buat kuah :

1- didihkan air secukupnya dalam periuk, masukkan kiub ayam & bawang.
2- Masukkan semua bahan basah; ayam,sotong,udang,fishball. kacau sampai masak
3- Masukkan sayur kecuali sawi. sawi masukkan selepas carot & kobis empuk.
4-Masukkan garam kalau rasa kurang masin. kalau dah sedia masin xyah letak. selalu kiub dah masin
5-Masukkan telur putih sambil kacau perlahan
6-Bancuh sedikit tepung jagung dgn air sejuk dan masukkan ke dalam kuah dengan menggunakan tapis. kacau sampai kuah nampak pekat.kalau kuah kurang pekat tambahkan lg air tepung jagung lagi.

----------------------------
cara nak buat cili kicap;
1-hiris cili padi
2- kicap masin

caranya :
1- campurkan cili bersama kicap.
-----------------------
cara nak sajikan:

1- tuang kuah panas atas KUEW TIAW

tu je :)

MENYUSURI AIDILFITRI 2010


Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa. Kini tibalah Syawal menjelma. Nak katakan happy tu memang happy sbb dpt raikan kejayaan kita berpuasa & beribadah di bulan ramadhan ni. Tapi sedih gak sbb ramadhan telah berlalu meninggalkan kita.

Okla dah lama aku x mengapdet blog aku ni. bersawang mawang nasib takde spiderman je. kalau cam peter parker pun x best sbb x sehensem ironman. Raya2 ni kalau kowang perasan banyak lak cite spiderman ni 1 la 2 la 3 la ... ermmmm okla dr cite2 hantu. Dahla program banyak x best semua nak naik hantu aku baca info kat astro. asyik hantuuuuuuuuuuuuuuuu jek! haish pleaseee la tv stesen tahun depan xmo la cite gini. kasi berilmu skit la. aku 2-3 hari raya asik layan National Geographic je. tgk cite ikan ..cite binatang lg best. atleast aku tau pasal ikan2 pelik..kehidupan orang kat luar dr malaysia ni. ada gak ilmu aku dapat.
Tapi sedih gak raya ni x sempat nak tengok drama lakonan adik pojaan aku REMY ISHAK. Dengarnya cite tu best sgt.. THUMB UP Remy!!! bila la nak beraya dgn ko ni kan?. aku tepon ko x jawab plak. bz sgt ke???? janji aritu nak bg ko gambar bulan puasa tu.

sambung balik cite aidilfitri ni, tahun ni aku beraya di bandar je ..hehe dah memang aku orang bandar. SHAH ALAM sajo! mmg heaven gak beraya di bandar sbb org2 yang ada kampung semua dah berambussss (kasornye ayat)..eh balik kampung. Jalan memang lengang sgt..agak2 berani nak mati baring la kat atas jalan sure xde sapa nak langgar. Raya pertama mmg round2 jumpa saudara mara area KL/PJ je. penat gak beraya sampai muka pun cam hape!

tengok jela muka aku ni.. ni rumah terakhir aku g beraya. masa ni jam 10 malam.. Ya rabbi!!! muka cam orang lepas banak. x dinfikan aku mmg penat. mana taknya dari pagi sebelum raya sampai pagi raya aku sebok memasak & menyiapkan hidangan raya sorang2. Merbelessssssss!!! koma aku !! tp yela aku ikhlas buat semua ni sbb aku tau sape lagi nak buat kalau x aku. mak aku mmg tiap tahun cam xnak raya je. bab masak2 ni mmg malas dia. x tahu la kenapa mayb sebab dia pun dah takde mak baoak. adik badik pun xde. anak sulung kesayangan pun takde. adanya aku & adik aku je. so, disebabkan aku ada anak & suami perlu la memeriahkan raya. nasib la mak aku dpt anak yg cam aku ni suka masak..mmg penuh meja dowang aku siapkan makanan enak...enak ke???..enak la kan sampai bertambah2... haha...
Lagi menambahkan penat aku ni bukan apa ..si kecik izz tu lak demam. x hengat tol meragam dia. aku pun kekadang naik hangin sbb 24jam nak dengan aku. Raya pertama dia demam lg tp aku layankan aje. dia meragam aku buat bodoh kalau melampau sgt. Mengade berbakul2!.. lastly dia diam sendiri.

Banyak dah aku membebel cite pasal  aku menyusuri aidilfitri 2010 ni,. Oh ye cantik x tema kaler aku tahun ni. PINK KALERRR youuu..!!... hehe
X sempat nak amik gambar sekeluarga memandangkan anak meragam .. ni jela yg ada.. :)
SELAMAT HARI RAYA semua!!!!




 
template by suckmylolly.com