PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010
Showing posts with label Aktiviti Berdua. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Berdua. Show all posts

14 January 2011

SNAPSHOT RAPTAI AJL25


SHAHIR



ANA RAFFALI



ZIANA ZAIN



BLACK & MUH



TOK PAH



API



ADIRA



BUNKFACE



BLACK



TOMOK



FAIZAL TAHIR



TOK TI



HUJAN



STACY

25 December 2010

HAPPY 6th ANNIVERSARY!!!!!



SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KAMI KE-6 
25-12-2010 jam 8.48malam.
6 tahun lepas aku tidak pasti akan perkahwinan ini, terlalu banyak kedukaan dalam hati aku dari kebahgiaan yang aku rasakan. Aku goyah seketika untuk meneruskannya. 

Tapi..
6 tahun itu telah membuatkan aku lebih tabah dalam dugaan dalam sebuah perkahwinan.
aku teruskan jadikan 
6 itu sesuatu yang indah untuk mengajar aku tentang kehidupan sebenar.
bukan mudah nak mengharunginya..

6 tahun aku belajar mengenali suamiku, diriku dan kehidupanku.
6 tahun juga membuat aku berusaha untuk jadi yang terbaik buat suami & anakku, AHMAD IZZ HAYDER.
6 tahun itu bukanla jangka masa yang panjang tapi 
6 tahun itulah saat penting dalam perkahwinanku.

Semoga 6 tahun ini akan mematangkan aku & suamiku untuk mempertahankan ikatan ini dan terus mencorakkannya dengan kebahgiaan & keceriaan demi anak kami.
Aku berdoa 6 tahun akan datang kami masih bersama dan meneruskan lagi 6 tahun yang akan mendatang.


07 December 2010

THE SOCIAL NETWORK




Layan wayang lagi kali ni.. yang best kali ni aku xyah bayar sesen pun utk tiket wayang. Semuanya atas jasa baik NUFFNANG & TGV CINEMAS yang sudi memilih aku sbg penerima hadiah birthday kali ni. Alhamdulillah aku dpt 4 tiket..so, 2 tiket aku dah layan utk filem THE SOCIAL NETWORK. Filem ni hanya 18 tahun ke atas je leh layan ye,. nasib la masa aku tengok filem ni izz tengah tido lena sampai kesudah dia x bangun. x yah la aku nak tutup2 mata dia. hehehe..

Ni pendapat aku jela.. cite ni agak bosan gak sebab byk sgt cakap..cakap..cakap.. hehe
lepas tu byk flashback story.. 1 plot..imbas kenapa jadi camtu.. 1 plot imbas balik..huh letih akakkk oi. Dah nama pun kategori BIOPIC.. camtu la gayanya. hehehe layankan ajela ila oi sebab ko pun mmg nak tahu camne wujudnya FACEBOOK yang selalu aku guna ari2 tu. Tapi penampilan Justin Timberlake pun okla..dia mmg berbakat. 

Okla aku cite skit pasal cite ni.. kisah seorang pelajar HARVARD UNIVERSITY yang genius dan seorang programmer komputer telah berjaya menghasilkan web social yang dikenali THE FACEBOOK. Kejayaan Mark Zuckerberg merupakan jutawan muda hasil idea & programmya dibongkar dalam filem ini. Selebihnya tgk jela filem ni.. hehehehehe

04 December 2010

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010 BERITA HARIAN

ANUGERAH BINTANG POPULAR 2010 BERITA HARIAN
akan tiba tak lama lagi...... nantikan...

CALON YANG WAJIB DICALONKAN ~
VOTE REMY ISHAK !!!

 perkenalan bersama hero malaya yang kini semakin melatop..
gambar ni sekitar 2008

aksi eksklusif bersama FEVERpicture semasa majlis amal di KPJ Selangor

Eksklusif bersama  FEVERpicture selepas pementasan NATRAH2

Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular 2009 ( REMY ISHAK)
&
Anugerah Pelakon TV Wanita Popular 2009 (TIZ ZAQYAH)

Semoga rezekinya berpihak buat tahun 2010. GOOD LUCK Remy ;)
KEPADA PEMINAT REMY ISHAK.. JOM RAMAI-RAMAI SUPPORT & VOTE REMY ISHAK!!!!

Pesanan : Buat mereka yang tidak meminati industri seni sepertimana aku menggilai artis-artis kegemaran aku, takyah baca posting aku ni lama-lama ye. aku tahu dikalangan korang ada yang tak berapa senang dengan ke"fanatik"an aku terhadap REMY ISHAK. itu hak aku minat siapa yang aku suka & setiap manusia ada hobi & kesukaan yang mereka suka untuk mengisi masa lapang.

29 November 2010

NATRAH2

Natrah2. kesinambungan NATRAH1 yang aku pernah tonton di Istana Budaya tahun lepas. Tahun ni pengolahan kisah sejarah ni lagi besar dan terdapat elemen baru untuk memeriahkan lagi kisah tragis ini. Pelakon NATRAH1 tetap dikekalkan sebagai watak utama iaitu REMY ISHAK, MAYA KARIN, UMI AIDA & DATIN SOFEA JANE. Ramai juga barisan pelakon baru iaitu SUSAN LANCASTER, AARON AZIZ, FIZZ FAIRUZ, LYANA JASMEY, SHARIFAH SOFEA, DATIN ZIELA JALIL & NABILA HUDA melengkapkan lagi watak-watak dalam Natrah2.

Erma fatima memberanikan diri memasukkan elemen muzik dan tarian. Terdapat nyanyian & tarian dalam perjalanan pementesan Natrah2 kali ni. Percubaan pertama watak utama MANSOR ADABI atau REMY ISHAK menyanyikan lagu-lagu dalam pementasan ini. Lagi berani, remy berjaya memukau penonton dengan tarian ala bollywood. hahaha.. sungguh teruja dan terkesima aku melihatnya. Seperti mana aku mengenali Remy sekian tahun ini dia bukanlah seorang yang suka menari. Tapi Remy pernah menyanyi dalam 1 babak filemnya ANAK SETAN. Thumb up! TAHNIAH REMY ISHAK dengan percubaan baru ini.
Penghayatan Natrah di usia 20 tahun & 70 tahun amat mengusik hati dan jiwa aku. Tersentuh dengan penceritaan mereka sehingga aku seolah merasai keseksaan & kesedihan Natrah selama ini. Tahniah buat DATIN SOFEA JANE, SHARIFAH SOFEA & MAYA KARIN.

Marilah menonton NATRAH2 yang masih berlangsung di ISTANA BUDAYA hingga 4 Disember 2010 ini. 

AL-FATIHAH NATRAH


kali ni aku duduk di bahagian depan pentas.
barisan pelakon teater ketika penutup pementasan
geng teater baru aku...yan :)
bersama lesbo a.k.a besen aku eda & sepupunya Aleea Darvina
bersama kawan-kawanku  Zue, kawan zue & yan
gedik dulu sebelum balik rumah. bersama NATRAH & MANSOR ADABI
sian fizz fairuz. kepenatan dia. jamah dulu nasi lemak mengalas perut
yan bersama MAYA KARIN :)
YE. JEJAKA HARAPAN MALAYA. Remy Ishak.  :)
aku &  MAYA KARIN.. :)
bersama Datin Sofea Jane

25 November 2010

KENANGAN ANNIVERSARY

 1st HONEYMOON - KOTA KINABALU, SABAH

 2nd HONEYMOON - LANGKAWI ( dulu gedik free hair.. haha takde lak gambo berdua dgn apis sbb cd gambar  hilang)

3rd HONEYMOON - EYE ON MALAYSIA, KUALA LUMPUR

 4th HONEYMOON - GENTING HIGHLAND

 5th HONEYMOON - LANGKAWI



6th HONEYMOON ?? - insyaALLAH SINGAPORE


Walaupun en.suami aku x la romantik sangat tapi memang tiap bulan 12 kami akan planning ke 1 tempat percutian yang boleh kami kenangkan bersama semasa tarikh ulangtahun kami tu. 

16 November 2010

KFC MEGA MIX CRUCH

Sabtu lepas dapat la berdating kejap dengan hubby, apis. Kebetulan aritu memang bz utk kenduri doa selamat & solat hajat di kediaman mertua. Izz dah jumpa cousin dia memang la x puas nak bermain sampaikan taknak ikut kitowang keluar. 

Tengah mencari port lunch ternampak restoran KFC di Medan Idaman, Jalan Gombak. Ada menu baru lak kan.. MEGA MIX CRUCH! wahhh nak la aku mencuba sebab aku ni suka crunchy & spicy ni. 
ha..tu dia MIX CRUCH  katanyeee.....
 aku senyum pun cam x senyum girang je...kenapa ye?

 haaaa...tengok MIX CRUNCY ke??? PADAT MAMPAT ke?? NON HADO! sedap lagi HOT&SPICY

ha ni pehal lak encik apis..muka cam x puas hati?.. ke apsal ?aku pun x pasti..hehe

tu diaa...fav dia ORIGINAL breast part.. aku x suka yang ini sangat mengembangkan tekak..hehe

Pendek kata apa yang menariknya resipi baru KFC ni??? kata mampat..aku rasa nipis je crunchy nye..apedaa... x seperti di dalam iklan.. kembalikan HOT& SPICY ku!! hehehe

13 November 2010

DINNER DI SEOUL..

haaa?? Dinner di Seoul?!

haha...tu hanya dalam mimpi. Aku belum lagi berkesempatan nak ke seoul tahun ni tapi insyaALLAH kalau ada rezeki lebih nak ke sana hujung tahun depan, 2011.
Occay la cam biasa apa aktiviti menarik aku pasti di kongsi di sini. Aku ni kalau sesapa yang x tahu. seorang peminat filem,drama,lagu,program apa2 pun dari Korea. Lama dah aku minat sejak umur 18 tahun. Pelakon/penyanyi pujaan aku seperti di yang selalu ada di blog ni. 
Sampai tahap aku anggap dia BF aku & penah la bermimpi nak kawin dgn dia. Gilosss!..
 Malam semalam mmg kebetulan encik somi aku si apis tiada di rumah. Seperti biasa skrang ni dia tgh bzeee dgn club bola dia. Encik somi aku ni sporting, walaupun kekadang sengal skit tp dia Ok je kasi aku klua malam-malam. So,Aku ajak la kawan rapat aku ,yan pergi makan kat luar. Yan ni bujang lagi, dia pun sama citarasa dgn aku. senang bawak dia ni g mana-mana, x kira la makan ke shopping ke riadah ke. Memang dia syok jela follow aku yang sengal & kekadang abnormal. hehehe...cuma karok je xleh bawak sbb dia masih anak dara & itula perjanjian dia bersama arwah mak dia. Aku kena faham & respek !.. 

Jauh lak melalut.. aku dah lama nak makan korean food tp x semua restoran tu HALAL. Kebetulan tangan aku ni gatal2 mengGOOGLEkan diri..terjumpa KOREAN FOOD BUFFET HALAL- SEOUL GARDEN. Wahhhhhhhhhhhhhhhh!! pucuk dicita ulam mendatang.Wajib aku g!!...Janji punya janji lepas maghrib baru gerak ke 1UTAMA Shopping Mall.1st time aku g sana sebenarnya. Sekali cuba dah mau mau mau lagi laaa.. sedap sgt..fresh ..banyak pilihan..bersih, harga berbaloi & paling besttt selesa nak makan!.. Gila x gila kitowang ni kedai tutup kol 10.30 malam..kitowang sampai kol 9malam.. yeay!! u`ve 55min to clear yr food ... tapi utk orang yang KUAT MAKAN cam aku, takde hal laa..rilex laa.. :) akhirnyaaa BERJAYA mendapat tempat ke2 utk kategori customer terakhir. hehe

kalau kowang nak tau secara lanjut..leh layari SEOUL GARDEN ...

K LA TGK JELA GAMBO..
BBQ & Hotpot style
 cam biasa aku memang seorang yang sangat menghargai makanan.. SYUKUR

 Antara yang aku amik..byk sebenarnya tp ni bulgogi,chicken pelbagai perasa

kalau izz dah selera camni..maknanya SEDAP.. 
 
 ice lemon tea tanpa ais.. :)

 kimchi.. wajib kalau makan korean food

kimchi sup sedang di masak bersama sayuran & kerangan

 ni la yan peneman setia aku..dia x penah masak utk aku. kali ni xpert gilerr masak..hahahaha


 seleranya diaa.. ehehee

kami bertiga sangat happy :) sarang-heyo

tu dia....suka sangat dinner dengan mummy


kami customer ke-2 terakhir...:)


 HAPPY ..LEH MIMPI INDAH :)

 
template by suckmylolly.com