23 March 2011
SI DUDU MUMMY :)
Lama x berblogging. Pembuka entry terbaru cuma nak cerita pasal anak tunggal (wat masa ni) aku yang bernama AHMAD IZZ HAYDER. Ini budak memang sangat lah manja tapi aku rasa pemikiran dia dah melangkau usia dia sebenar. More independent budaknya.
skrang ni dia dah berusia 3 tahun 8 bulan. Dah memulakan persekolahan di tadika. Alhamdulillah permulaan sekolah yang amat menyakinkan.
Sekarang ni dia dah pandai :-
1- Berak sendiri..duduk di jamban & cuba basuh berak sendiri (tp aku basuhkan balik ..hehe)
2- Pakai pakaian sendiri.. paling aku tension part ni.. dia sangat cerewet dalam pemilihan baju. sangat mementingkan penampilan. Kadang-kadang habis 1 almari baju bersepah sebab nak match kan baju, spender & seluar mengikut citarasa sendiri. Orang lain x boleh tentukan, setiap hari ada citarasa tersendiri. :(
3- Pandai sikat rambut sendiri .. katanya nak sikat macam rambut justin bieber.. oh baby baby baby ooo i like.. kadang-kadang naik meluat tengok dia sikat depan cermin. sgt la lama menentukan style rambut. kalau dah bersikat, jangan sesekali pasang kipas. pasti dia marah sbb rambut dia akan berubah.. almaklumla rambut halus lembut. guna jari pun boleh :) :P
4- Tak perlu pampers lg... sejak hari persekolahan ke-2 dia sendiri taknak pakai. katanya, malu la ..izz dah sekolah. pampers ni baby - baby je pakai. :) jimat duit mummy nak .. TQ :)
5- Tiada lagi susu formula & botol susu :) Sempat 4-5 bulan je minum dugro selepas stop bf. katanya busuk..x sedap. Botol pun xnak katanya dah besar. minum pakai cawan je tau. skrang dia minum susu UHT strawbery & coklat je. okla asal minum susu :)
6- Sudah pandai baca doa makan. skrang ni tiap kali nak makan, dia akan bacakan doa dan kami amin kan.. bacaan doa dalam arab & kemudian tafsiran english. Tafsiran english agak salah pronounce nye tapi kami tersenyum bangga sebab dia dapat habiskan bacaan dgn kenyakinan yg tinggi. kami faham yang akhir je "fire" ... yesss ,..amin.. :)
7- sekarang dah mula mengaji di rumah jiran nenek. Ada ustaz dtg ke rumah mengajar. Alhamdulillah, sejuk hati mendengar dia mengaji IQRA`.. Hari pertama dah menunjukkan prestasi yang baik. Terang hatinya kata ustaz. sekali ajar pantas menghafal. fast-leaner orangnya (cam mummy dia kot) hahahaha....
skrang dah masuk bulan ke 3 mengaji, sudah boleh membaca & mengenal hufur sin. Ustaz ada bg homework, tulis huruf2 yang ustaz tulis kat dalam buku nota. Memang dia siapkan cepat.. dia bangga depan mummy sebab ustaz kata "ahmad izz hayder good boy! ustaz bagi star!!" hahahaha... :)
8- Dah mula tidur di bilik sendiri :) alhamdulillah.. x di ajar cuma ni pengaruh tv. ada baiknya juga rancangan di CERIA tu. Berkat cerita GENG BAS SEKOLAH, MISI YAYA, ADI & AYAH, KAPTEN BOLEH, HIKAYAT SHAZLAN telah banyak mematangkan dia. Selalu berangan jd orang besar, lebih berdikari.
9- Suka menjadi pengacara, pencerita.. kadang-kadang terperasan dia selalu cakap sorang-sorang. seolah bercerita. sesiapa yang penah tgk video dia jadi pengacara sure tahu bakatnya. Nanti aku upload kemudian. :)
10- Dah pandai marah-marah. Sangat suka komplen orang. katanya tak bole bawak kete laju-laju. selalu komen org dan mummy alyn pun penah kena gak :) " jangan bawak kete laju2.. bawak solow solow.. kalau jatuh , sakit tau.. berdarah. nanti polis tangkap. izz x suka laju-laju tau "... hehehe
lagi 1 dia x suka orang ckp "xle blaa" ..katanya "jangan cakap x bole blaaaa.. berdosa tau! nanti anjing geget " hehehe :P
setakat ni perkembangan terbaru dia yang aku ingat & nak share pasal anak bujang aku ni. walaupun badannya kecik tapi alhamdulillah perkembangan minda dia amat membanggakan. Tak sabar nak melihat dia lebih pandai dan bijak. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagus dah abg izz....boleh mama kasik adik..hehe
haha aku setuju ngan Irma :)
sekejap jer anak2 kita membesarkan.
banyak dah perkembangan yang memberangsangkan..bagus izz biar pun kecik akal tu berisi...cerdik izz ni
Post a Comment