PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

23 October 2010

TRAVEL : JAKARTA & BANDUNG 5D4N - Hari ke-2

OK, sambung balik cite pengalaman aku travel kali ni di Bandung pulak. Hari ke-2 masih lagi di Kota Bandung. Pagi-pagi dah bangun bersiap nak merentasi perjalanan di sana. Menu breakfast yang disediakan oleh HOTEL UNIK pagi tu nasi goreng cina & roti bakar. Okla simple but nice. 
Apa yang menarik masa breakfast tu, ramai betul penjaja jalanan yang berdiri di cermin berhadapan kawasan kami breakfast. Aduh ...macam-macam dowang tunjukkan tapi maafla bapak-bapak, saya ngak mau beli :)
Dah terbiasa setiap kali orang mau meminta sesuatu sama ada dgn penjual atau sesiapa saja mesti nak cakap  "TERIMA KASIH..." dan senyuman. Aku rasa kalau blaa cam tu je cam kurang ajar plak. Dah memang aku camtu kan..nak wat camne. Tolak pelawaan dgn cara baik.

Selepas breakfast kami terus keluar ke jalan besar di hadapan Hotel kami. Tujuan utama nak tunggu PAK AGUS, supir teksi yang berjanji dgn kami malam sebelum tu untuk bawa kami ke Rumah Mode & shopping mall yang lain. Janjinya jam 10pagi.. kol 930 pagi kami dah terpacak depan jalan. Waktu di  Bandung ni lewat sejam dari waktu Malaysia. Lama betol kami tunggu, nampaknya janji tinggal janji mungkin Pak Agus dapat belanja lebih lumayan.
Kami pun decide naik saja ANGKUTAN KOTA. Nak tau apa tu Angkutan Kota..?? 
nak citer pasal angkutan di Bandung ni mudah je kalau dah faham. Setiap warna angkutan mewakili kawasan destinasi. Lokasi nya pun ada tertera di body angkutan ni. Bayaran hanya  Rp2,000 saja. Kalau nak naik, kita tahan je cam tahan teksi. Kalau nak turun cuma jerit "KIRI!!!!" ... berhenti la dia. hehe menarik bukan?.. :)

 Kami menaiki angkutan menuju ke Rumah Mode.

Kami dah sampai ke Rumah Mode sebagai destinasi pertama kami nak bershopping. Sampai-sampai je depan Rumah Mode, si izz dok sebuk suruh babah amik gambar dia.Mood tengah ok la tu.. hehe
 
Rumah Mode ni gedung pakaian branded yang boleh dikatakan murah compare harga di Malaysia. Mengikut kata teman aku yang memang orang Bandung, stok baru pakaian dowang ni masuk setiap hari Khamis. Takpela kan dah aku datang hari rabu, aku beli je la 2-3 pasang baju izz. Kenapa aku x beli? aku nak spend duit kat Pasar Baru je. Aku ni baju-baju kat Rumah Mode untuk saiz aku masih lagi dalam budget mahal. Biasala g mana-mana pun baju anak aku dahulukan. Aku x kisah sangat sebab bukan jenis shopaholic pun. Beli bila perlu je.
 berada di Chimpelas Street "Syurga membeli Jeans & Pakaian Kulit"
 Babah & izz
izz sempat bergambar dengan patung animasi yang berada di sekitar Jalan Chimpelas

 haa...izz jumpa ULTRAMAN??.. haha dia memang sangat teruja jumpa kawan baik.

 beli JCO DONUT di CiWalk dulu, wat lunch aku & izz

ni rutin biasa kalau g mana-mana.mesti ada aksi menangis sebabnya aku penat nak layan dia asik nak dukung je 24jam. Turun ke tanah pun sebab nak bergambar je kejenye. Kami bawak stroller tapi terpaksa tinggalkan saja di Hotel sebab keadaan jalan di sekitar bandung ni amat lah tidak sesuai ber stroller ke sana sini.

Selepas habis kedai-kedai di Chimpelas kami tawaf, kami pun naik Angkutan menuju ke Jalan Rio. Di sana terletak factory outlet dan shopping mall yang lain. Aku pun dah x ingat nama kedai sebab banyak sangat aku terjah. 
 izz makan es lilin (aiskrim) coklat .. tak sedap sangat la cam masam je coklatnye
salah satu kedai yang menjual roti & cuppies. 
Hari dah mula petang, kami keluar dr Dago menuju kembali ke Rumah Mode. Kenapa patah balik? sebab kawan aku Rudy nak beli balik rompers bakal baby dia. Dah byk kedai kami pergi tapi rompers di Rumah Mode lagi berbaloi-baloi. Naik Angkutan jela kan cam biasa, keadaan jalan pun dah semakin "macet" (jammed) sebab waktu dah lewat petang. Kali ni angkutan melalui jalan yang berbeza. Apa yang aku suka bila menaiki angkutan ni bila ada penyanyi jalanan yang kebanyakkannya budak-budak & remaja menyanyikan lagu untuk meminta sedikit sumbangan dari penumpang angkutan. Memang superb suara-suara dowang tau. Aku sangat kagum. Kalau jadi artis leh femes cam KD, Airel Peterpen. hehe

Perjalanan akhirnya sampai ke Rumah Mode kembali. Aku takde apa nak dibeli sebab dah beli. Sementara nak tunggu suami & Rudy mencari barang, aku lepak je kat luar. Salinkan baju izz & bagi izz minum susu.
 hari dah malam, kami pulang ke hotel
Masa nak melalui lorong ke Hotel kami, ada penjual kacang rebus RP3,000 100gm di depan jalan. Apa lagi nak la rasa kacang bandung kan?.. hehe.. best makan panas2.. bergambar tu wajib utk kenangan. :)

selesai untuk hari kedua.. perjalanan yg cukup panjang & lama. memang kami travel camni. kalau orang x suka merayap sana sini mmg bosan la jalan dgn kami. hahahahaha...


2 comments:

Kak Mahh said...

Mesti banyak shopping di Bandung..

Anonymous said...

Waa.. good info pasal angkutan.. susah kalau byk brg.. :)

http://bestofbandung.blogspot.com

 
template by suckmylolly.com