arini 5hb disember 2006, tinggal lagi 22 hari menjelang hari kelahiran aku yang ke 25. Aisey dah 25 tahun la. tua ke muda ye?.. apa pun aku mantain cute dr dulu. hahahahha.... mula la aku nak perasan sorang2.. dahla dok sorang je ni kat opis.
Kalau korang nak tahu, setiap tahun aku akan sambut birthday aku walaupun orang cam x nak sambut tp aku akan buat2 sambut. Apa pun tu yg best buat aku sebab aku sentiasa sedar umur aku akan bertambah dr tahun ke tahun yang lain.
Member aku plak silap tarikh.. arini dia wish kat aku. tp ok gak tu ...at least orang ingat aku punya birthday bulan 12. cuba korang tgk gambar aku tu?.. dah nampak tua ke?... huhu...
05 December 2006
22 hari sebelum 27
coretan Mizz_Ila at 9:48 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
Keje oh keje
ni la bilik tempat aku mengerah otak aku. semuanya ada. Ni la bilik aku yang agak bersepah waktu ni. Memandangkan banyak request dr user. Aku kena buat monitoring semua video sebelum aku encode dan streaming ke internet. Keje aku ni takde sapa yg backup. Kalau aku cuti lama..maknanya semakin bertimbun la keje aku. huhuhu...
Tapi bangga gak sbb hanya aku je tahu keje ni kat sini tp bebal gak otak aku ni kekadang sebab aku je yg leh buat. Keje lain pun aku buat gak .. tu yang kekadang aku terpaksa menapakan diri kat sini sampai ke malam.Tapi aku suka keje... kahkahkah.. kalau aku dah penat aku buat bodoh jek.
coretan Mizz_Ila at 9:47 PM 0 comments
Labels: Kerjaya
Jom cari pasal kat Langkawi
Percutian aku untuk tahun 2006.. jalan-jalan cari pasal kat Langkawi. Aku menginap kat Langkawi Berjaya Spa & Resort. Perjalanan lebih kurang sejam gak dari Langkawi Airport. Flight aku dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.30 pagi dan aku selamat mendaratkan diri ke tanah langkawi lebih kurang jam 1.15 camtu. Walaupun aku agak pening semasa naik LRT & bas transit ke LCCT.. tp aku ok jek bila naik flight. Aku ni arek sikit bila naik kenderaan berkotak cam bas dan train ni. Paling hampeh sebab muka aku berubah menjadi blur, toye dan dah cam muka cipan. aku sure pening semacam..nak muntah pun ada.
Tapi cam biasala..aku pun cam budak2 kecik gak. B4 naik kenderaan berkotak, aku memaksa diri makan ubat tahan muntah. hehehe.. tula kenyataanya aku ni. Tapi ari aku nak g langkawi tu..aku terlambat telan ubat tu..so, effect ubat tu lambat.Bayangkan lah bila aku naik bas transit dr KL Sentral ke LCCT.. perjalanan sampai sepang baru ubat tu nak effect. perghhh...mata aku ni cam dah kena gam.. asik nak tutup jek. Tapi alhamdulillah..sekurang-kurangnya bila aku nak naik flight..mood aku ceria sikit. hehehe aku suka naik filght tgk pemandangan langit dan darat. Ada orang gayat tp aku teruja. hahahha.. ikutkan hati nak je aku terjun.. tp pk2 aku takde payung terjun. kang mati katak lak aku.
coretan Mizz_Ila at 9:24 PM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua
