:: Penerbangan kira-kira 3 jam bersama MAS MH1705 :
Percutian kami kali ni di Bali, Indonesia selama 4 hari 3 malam.(27-30 jun 2010)
Alhamdulillah perjalanan kami masih dibawah lindunganNYA.Sungguh byk kenangan & pengalaman yang kami dpt sepanjang di sana. Menikmati keindahan alam, mendalami kebudayaan asing, mengenali kehidupan mereka & juga sosio-ekonomi mereka juga.
Bali bg aku adalah 1 lokasi yang amat sesuai bg pengemar seni photography & juga sukan air. Kepada mereka yang suka mendalami jiwa & kebudayaan juga amat sesuai di sini.
Sebagai orang muslim, mmg amat susah utk mendapatkan makanan HALAL di sana. Amat merumitkan untuk menilai kehalalan makanan mereka. Memandangkan majoriti penduduk Bali adalah Hindu.Paling banyak kedai makan menyediakan"BABI GULING". huh.. itu yg membuatkan kami terpaksa menyekat kehendak makan di sana. Kami hanya makan di restoran minang & itu juga perlu di selidik betul2 sbb ada juga restoran yg meletakkan tanda "halal" tp di dalam kedai pula ada tokong sembahyang hindu. YA ALLAH permudahkan lah kami di sana.
Walaupun kami mengalami sedikit masalah utk mendapatkan makanan halal, ia tak menyekatkan perjalanan kami utk menikmati keindahan alam & kebudayaan mereka. Setiap saat,minit & jam kami terisi dengan aktiviti menjelajahi sebahagian daerah BALI.Dengan bantuan tour guide kami, KETUT LEO..alhamdulillah kami puas menjejaki Bali.
ok skrang aku nak cerita ttg perjalanan kami pada hari pertama di Bali..... ;)
Lokasi : Denpasar Airport, Bali
- Lapangan yang berada di pinggiran laut Bali. Penerbangan kami bersama MAS berjalan dengan lancar. Kami sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Kami dijemput oleh tour guide kami menaiki Avanza.
Lokasi : Hotel Maha Sayang, Kuta.
- Hotel ni agak mengecewakan dari segi perkhidmatan. Memang kami cari budget hotel tp x seperti yang kami lihat di laman web. Ini pertama & terakhir aku ke hotel ni tp aku bersyukur jugalah sbb aku masih boleh tidur anak beranak.
:: macam2 aksi menunjukkan kami 'happy' tiba di Bali ::
Lokasi : Pantai Nusa Dua
- Disebabkan kami datang agak lewat dalam jam 2petang, air tengah surut. so, x byk aktiviti di situ. Kalau nak pergi ke pulau kura-kura, kami terpaksa berjalan lebih kurang 200m utk sampai ke lokasi kura-kura apabila sampai di pulau berkenaan. Kami hanya menikmati panorama di sana yang tak berapa happening cuma kami je buat pening & huru hara di sana. hehe...
:: GWK cultural Park ::
Lokasi : GWK Cultural Park, Jimbaran Hill.
- Terdapat banyak patung-patung wisata di sini. Keunikan tempatnya terserlah apabila bukit-bukit dipotong dengan rapi & unik di samping beberapa bahagian organ patung Wisnu & Garuda yang diletakkan berlainan tempat. GWK bermaksud Garuda Wisnu Kencana.
Beberapa gambar yang terdapat di sekitar GWK..
:: Patung Wisnu ::
:: Garuda ::
:: Geng kembara; Rudy,Feezah,aku,Joe,apis::
:: Geng pelapis kembara; anakku IZZ & Tehah ::
:: Keindahan kesenian Bali ::
:: Tarian Pendet :
:: en.somiku, apis bersama salah satu watak dalam Barong ::
:: Barong ::
::Uluwatu Temple (Pura Uluwatu)::
Lokasi : Uluwatu Temple (Pura Uluwatu), Uluwatu.
- Salah satu daripada 6 temple yang penting di Bali. Temple (Kuil) yang terletak di atas puncak bukit Uluwatu. Keindahan matahari terbenam (sunset)di tengah lautan menarik perharian pengunjung. Jam 6 petang, saat indah kami di sana menikmati panorama dengan deruan angin laut yang kuat. Indahnya ciptaanNYA. Selain panorama indah di atas kaki bukit menikmati lemparan lautan yang cantik. Ada juga aktiviti kebudayaan di sana iaitu TARIAN KECAK API.
Tarian Kecak Api ini adalah tarian muzikal Bali yang menceritakan kisah Hindu,Ramayana & beberapa watak yang lain. Ia dipersembahkan majoritinya adalah kaum lelaki.
:: persembahan di hadapan laut & kaki bukit ::
:: Tarian kecak yang dipersembahkan oleh kaum lelaki bali ::
:: Bunyian dengan irama yang berlainan menghasilkan 1 muzik yang unik ::
Lokasi : Pusat Oleh-Oleh Bali, Kampung Nusantara.
- Lokasi kami membeli oleh-oleh utk dibawa pulang. Barangannya jauh lebih murah dari tempat lain. Di sana kami amat terkejut dengan kemegahannya, terdapat banyak objek-objek berunsur alat-alat kelamin manusia. heehee..bg siapa yg kurang open-minded, mungkin agak jengkil melihatnya. Bagi aku, ok jekkk sbb aku pegi dengan suamiku. haha
Tiada gambar di ambil disebabkan kami sibuk membeli oleh-oleh. Hanya video.. hehe.. nak tgk ke??... kahhh...tengok je ye, kalau x suka x payah tgk habis & sesapa yg suka sila tgk berkali-kali.. wakakkakakaka
Lokasi : Mc Donald Jimbaran
-kami menikmati dinner utk malam pertama di Mc Donald Jimbaran. Menu set yang banyak berbeza di malaysia. Tiba-tiba rasa bersyukur di malaysia, kita hidup dengan mewah makanan & amat berpatutan. McD telah disahkan halal oleh Persatuan Ulama Islam Seindonesia. InsyaALLAH kami menikmati hidangan HALAL.
Selesai pengembaraan kami utk hari pertama. Alhamdulillah kami dalam perjalanan yang selamat.