PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

22 February 2011

PESANAN BUAT PEMENANG CONTEST ANNIVERSARY ILA

AS SALAM

ADA PENGUMUMAM UNTUK 3 PEMENANG YANG TELAH MEMENANGI CONTEST ANNIVERSARY ILA YANG LEPAS.

EMAIL ILA DAH BERTUKAR  :  saranghea81@ymail.com


HARAP MAKLUM



TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA PENGANJUR CONTEST & GIVE AWAY YANG TELAH MEMILIH ILA SEBAGAI PEMENANG & HADIAH UOLL ILA DAH TERIMA.

TERIMA KASIH BANYAK -BANYAK..


BEREHAT SEKETIKA

AS SALAM SEMUA BLOGGERS...

PENGUMUMAN BUAT SEMUA YANG SUDI KE BLOG NI.

MULAI HARI NI BLOG NI AKAN BEREHAT SEKETIKA MUNGKIN DALAM 2-3MINGGU

DARI SEBARANG PENULISAN KERANA AKU TENGAH SIBUK DENGAN

URUSAN KERJA & XDE IDEA NAK UPDATE APA.

WALAUPUN ADA INTERNET DI HUJUNG JARI TAPI MASIH TAK BERKESEMPATAN

NAK UPDATE. ALMAKLUMLA AKU NI X SUKA UPDATE BLOG DENGAN CERITA DAN

KISAH YANG AKU BOSAN NAK BACA. HAHAHA.. BUKAN KOWANG BACA TAPI AKU YG

BACA YE. HEHEHE


SEMOGA BERJUMPA LAGI NANTI.. MAYB CEPAT ATAU LAMBAT DARI JANGKAAN....

SELAMAT BERBLOGGING SEMUA... :)

06 February 2011

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Trip penghujung 2010 yang lepas, lama dah nak story mory pasal trip honeymoon kami yang ke- 6 tahun tapi kesibukan & tahap kesihatan sejak kebelakangan ni membuatkan aku takde mood nak update blog banyak-banyak.
Arini tetiba datang mood nak update perjalanan kami yang lepas untuk dikongsi bersama semua. Pengalaman pertama kali aku ke Singapore terutama Universal Studio Singapore. Disebabkan tiket USS untuk full board dah habis, alhamdulillah memang rezeki kami dapat gak masuk untuk sesi malam. Mengikut info yang aku dapatkan dari USS, tiket fullboard perlu dibeli secara online beberapa bulan sebelum tarikh visit. Kalau nak walk in memang ikut nasib terutama pada hari-hari peak-season atau school holiday.
Dah memang rezki kami, kami ni cuba nasib je malam tu sebab masa pergi tu time malam krismas. Tau jela orangnye ramai gileeeer.. bukan rakyat singapore je tp foreigner serata dunia pun datang termasuk kitowang ni. hahaha Sabar menunggu, beratur cuma 1 je yang aku puji dowang ni beratur ikut peraturan. Semuanya berjalan dengan lancar. Alamak..hujan la plak kan? hujan selebat-lebatnya, dengar kata pengunjung USS pada sebelah siang tak dapat meneruskan permainan atas isu keselamatan. Aduh memang rugi la kalau camtu kan?..tapi itu la dikatakan nasib& takdir. hehe..
Macam kami redah punya redah hujan, akhirnya dapat gak beli tiket masuk SGD5 je seorang dewasa. Kebetulan hujan pun dah berhenti, dapatlah kami berjalan-jalan sekitar USS. Memang besar USS ni , kalau beli tiket fullboard mmg lenguhla kaki nak berjalan & puas hati dapat main permainan kat dalam tu. Kalau malam ni walking away jela selain melihat sekitar dalam USS dan mengunjungi kedai-kedai di dalam tu.  Best gak :) yang penting merasa la jejak kaki ke dalam USS tu ... nex time leh datang lagi & masuk untuk fullboard pulak. Terima kasih buat sahabat aku KAK AISHA & ANAK-ANAK (ANGAH,ALANG & FIQI) sebab sudi bawa kami berjalan ke USS & sentosa. Kawan aku ni memang orang singapore, sepanjang 5 hari kat sana.. aku stay kat rumah dia di Jurong West. Inilah kebaikan kalau kita berkawan ramai, bukan nak amik kesempatan tapi dalam melancong tu ada la teman nak di ziarah & boleh juga stay ke rumah dia. Bila dia datang Kl, kita balas la budi. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita kenalah berjasa.


Izz bersama kawannya, fiqi naik bas ke stesen MRT untuk ke Sentosa ..
naik MRT  beramai-ramai.. pelik sebab aku xpening naik MRT..selalu kat KL aku sgt mabuk naik train
cuaca yang tak mengizinkan nak berjimba-jimba depan globe.. hujan sepanjang hari
hujan dah reda tapi snap gambar dari jauh jela... hehe


pose dulu depan pagar masuk USS.. hujan dah berhenti masa ni. izz cam biasa duduk dalam stroller saja
haa..izz dah jumpa idola..dia mmg peminat madagascar..
harharhar.. anak shrek.. comelllll :)
princess ila eh fiona.. hehehehe....
haha exactly same!! shrekkkkk in tha house
habis di tonggangnya budak-budak ni..
suasana bangunan di USS.. sangat cantik dan unik
merasa gak aku duduk kat STAR ni kan? rasa cam artis hollywood youuu ;)
hujan dah mula renyai balik tapi masih bergambar... :)
ni namanya director sengal ..
hasil grab di USS.. disebabkan sana amat mahal.. ini je mampu kami beli untuk diri kami saja..
abadi kenangan bersama  :) HAPPY HONEYMOON!!!

02 February 2011

PEKAK SEKEJAP??

HAAAAAAA???? ALAMAKKKK CAKAP KUAT SKIT BEB????...

Adeh dugaan tol awal-awal tahun ni, dah la kena jaga anak demam seminggu, aku lak lepas tu demam seminggu , bila dah baik demam..flu plak x hilang-hilang sampai terkena jangkitan telinga pulak.
ni semua gara-gara aku hembus hingus sekuat yg hado.. hameekkkkk obat!!! POKAK EKAU DAH!!!

Doktor dah bilang jangan hembus kuat hingus tu tapi memang x pueh hati selagi hingus-hingus pekat hijau tu x keluar. Sekarang dah kena infection. Berdengung je telinga kanan ni. dah tu pekak la pulak.
Bila la azab sakit gini nak hilang. Telan jela antibiotik yang hado tu..ngadap la ubat selsema tu sepapan. Hopefully lepas ni takde dah penyakit-penyakit yang lama-lama.  Kikis dosa kecil la kot ni..eheheheh leh kira camtu tak??...

 
template by suckmylolly.com