PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

18 December 2006

DariMu ku datang DariMU juga ku pergi

Segala yang ada dalam hidupku Kusedari semua milikMu Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa Tunjukkan aku jalan lurusMu Untuk menggapai SyurgaMu Terangiku dalam setiap langkah hidupku Kerana… Kutahu… Hanya Engkau… Tuhanku… Allahu Akbar Allah Maha Besar Ku memujaMu di setiap waktu Hanyalah padaMu Tempatku berteduh Memohon redha dan ampunanMu Tunjukkan aku jalan lurusMu Untuk menggapai SyurgaMu Terangiku dalam setiap langkah hidupku Kerana… Kutahu… Hanya Engkau… Tuhanku… Hanyalah kepadaMu Tempatku berteduh Memohon redha dan ampunanMu

15 December 2006

AL-FATIHAH

Pagi ni aku ada berita gembira untuk aku kongsikan bersama kawan2 aku tapi kegembiraan tu terpaksa aku simpan dulu. Tengah hari ni aku dapat panggilan dari kawan baik aku, mas. Dia bagitau berita sedih yang memang buat aku menangis tanpa henti. Sahabat baik aku yang aku anggap sebagai kakak dan kawan baik telah pulang ke rahmatullah. Siti zaliha bte Abdul Rahman. sahabat yang aku kenal pada tahun 1999 ketika menuntut di Itake July. Kawan yang cukup ceria dan aku cukup senang dengan dia. Susah senang aku pernah bersama dia. Dia memang kawan sejati sehinggakan kami tamat pengajian. Kemudian dia mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel, amalina. Pertemuan aku dengan dia berakhir kira2 hujung tahun lepas ketika aku dan dia berusaha menjayakan majlis re-union untuk batch july 1999. Aku cukup terkilan disebabkan berita pemergian dia hanya dikhabarkan pada arini sedangkan dia sudah kembali ke rahmatullah pd 2hb september lepas. Cukup terkilan sebab x dapat jumpa dia malah lagi terkilan kerana aku baru je menyebut tentang dia kepada kawan aku pistol. Kami mmg sangat rindukan dia dan tertanya kemanakah dia menghilang tanpa berita?.. Rupanya dia telah pergi selama-lamanya. "Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau cucurilah rahmat sahabat sejatiku ini dan kau katakanlah padanya aku redha dengan pemergiannya dan aku berharap dia tahu aku amat menyanyangi dan merinduinya dan tenanglah dia di sana bersama mereka2 yang beriman dan tempatkanlah dia di tempat2 mereka yang kau redhai." AL-FATIHAH......... P/S: Kenangan bersamamu adalah kenangan terindah hingga ke akhir hayatku. Selamat tinggal sahabatku, iyha.

Kepastian yang ku tunggu

Syukur alhamdulillah. Penantian aku tunggu selama beberapa tahun akhirnya termakbul. Aku betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memakbulkan doa aku selama ini. Agak lama dan terlalu banyak cabaran menanti si kecil ni. Arini 15hb Disember genap baby aku ni sebulan. Aku pun teruja gak tadi gi jumpa pakar kat Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur. Doktor buat scanning kat perut aku.. nampak la dia tp kecik lagi.. baru je jadi segumpal daging. Alhamdulillah.. sihat dan takde masalah sekitar rahim aku. Next month..aku kena jumpa doktor balik. Doktor kata nak scan lagi..nak tgk denyutan jantung dia. normal ke tidak. Mudahan x de masalah la. Aku sayang sangat baby aku ni. Tak tahu la nak cakap dengan kata-kata. Syukur dan happy sesangat. Tak dapat nak gambarkan sampai aku nak sampaikan berita ni kat abah aku pun sampai sebak dibuatnya. Lepas ni aku jadi mummy dan hubby jadi daddy.. kami dah pikul tanggungjawab sama seperti mak abah aku gak. Banyak lagi cabaran akan menanti. Apa pun aku panjatkan doa semoga ALLAH S.W.T memudahkan segala perjalanan aku, baby dan huby. Aminnnnnnn......

07 December 2006

Malam yang sunyi

Aku rasa malam ni kesunyian aku makin mendalam. Tak tahu la camne aku nak control. Bosan tol.. tp cam biasa aku adapkan keje2 aku ni. Makin bosan...bosannn..bosannn...tapi aku rindu...rindu...rindu dan rindu pada seseorang. Bila la aku dapat jumpa dia????..... Rindu sangat2 rasa cam nak pergi je jumpa dia malam ni.....tapi.............................. (biarlah hati aku je berbicara) hahahahahha

Hari ini 7hb Disember 2006

Pagi ni aku masuk opis lambat. Semua gara-gara aku terlupa nak kunci jam sendiri. Leh lak jam bunyi kol 8. melompat aku dari katil.. hehehe.. melopeh subuh pagi ni. Patutla bila aku bukak mata je, bilik aku dah cerah siap tak dengar org tai chi kat luar umah aku. Rupanya dowang semua pun dah balik. Aku terus call opis..bagitau aku masuk lambat sikit. Aku arini pun bersiap mana sempat jek. Malas nak touch-up lebih2 dah mmg aku pun mantain cute. hahahahahha (aku mmg suka puji diri sendiri)....... kowang jangan meluat plak. Apa pun lebih baik kita memuji diri sendiri daripada kita meminta orang memuji kita. tol tak? Arini gak aku jd pemandu berhemah. Leh tahan gak la aku bawak kete tp selalu pun cam tu gak. cuma arini aku ada "luck" sikit sebab semua trafic light color " HIJAU" maaaaa...... yang paling nyampah aku bila masuk je pintu gerbang opis aku keje ni. Aku kena buat tawaf satu pusingan, kira-kira cam nak suruh aku lawat semua bangunan kat dalam kawasan ni btol2 la. Nasib la arini x ramai orang yang sibuk melintas jalan.. kalau tak bengal gak aku sebab aku ni baik hati sikit... aku kasi la dowang jalan tp yang kasi hati aku panas bila cik adik2 yang melintas tu jalan lenggang kangkong cam nak g pasar. eeeeeeeeee.....menguji tol tahap kebaikan dan kesabaran aku jek. Dah tu main2 plak time lintas jalan.. nasib la aku ni BAIK... (konon la tu)...

06 December 2006

Korang pernah ada perasaan camni tak?

Kutuliskan kesedihan Semua tak bisa kau ungkapkan Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi Antara kita berdua Kau bunuh dia sesuatu Yang kusebut itu cinta Yakinkan aku Tuhan Dia bukan milikku Biarkan waktu waktu Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan Dia bukan milikku Biarkan waktu waktu Hapus aku…

Cuba korang lihat gambar kat sebelah ni. Apa yang korang nampak?.. aku nampak insan kerdil yang masih bergelar bayi baring di telapak tangan seorang wanita yang bergelar ibu. Betapa indahnya baby ni tido dan ni pun cukup menggambarkan kita sebagai anak memerlukan sokongan dari seorang ibu. Kita saling memerlukan. Simboliknya di mata aku tentang gambar ni. Kat sini aku leh ulaskan apa yang aku rasa, kita sebagai sentiasa memerlukan belaian dan sokongan dari mereka yang melahirkan kita. Sejak kita diwujudkan, diberi nyawa, dicukupkan sifat sehinggalah kita lahir sebagai anak manusia yang penuh dengan tanggungjawab. Sejak kita berada dalam perut ibu pun, kita saling memerlukan. Betapa jauhnya kasih sayang yg kita rasa antara kita dan ibu namun pada hakikatnya perhubungan jiwa tu x pernah putus sehingga kita kembali ke asalanya. Bagi aku seorang wanita, pasti ada naluri seorang ibu. Kita juga inginkan seorang anak yang merasakan diri mereka disokong oleh kita. Walau apa pun yang kita fikirkan .. hargailah setiap apa yang wujud di hadapan kita terutamanya ibu. Merekalah segalanya dalam hidup kita walaupun kadangkala dia jauh dr hati kita.

Paling comel

wajah-wajah comel aku. (perasan..huhu) ni semua antara gambar aku 3 tahun yg lalu. Masa ni aku tembam sikit tp skrang ni pun tembam gak. hahahaha Apapun leh jd model x aku ni?.. kuwang...kuwanggg....best apa pakai baju2 ni. 5 jam punya shoot..ada lagi gambar lain tp x perlu la aku letak banyak2 nanti kowang bosan tgk muka aku ni. Lagipun byk gambar dgn laki aku..kang kena bayar royalti plak. Disebabkan ni blog aku..suka ati aku la nak letak pic aku je. kowang jangan byk songeh...tgk je la apa aku letak dlm ni. hehe...

Wanna be where you are

Well I wonder could it be When I was dreaming 'bout you baby You were dreaming of me Call me crazy, call me blind To still be suffering is stupid after all of this time Did I lose my love to someone better And does she love you like I do I do, you know I really really do Well hey So much I need to say Been lonely since the day The day you went away So sad but true For me there's only you Been crying since the day The day you went away I remember date and time September twenty second Sunday twenty five after nine In the doorway with your case No longer shouting at each other There were tears on our faces And we were letting go of something special Something we'll never have again I know, I guess I really really know The day you went away The day you went away Why do we never know what we've got 'til it's gone How could I carry on The day you went away Cause I've been missing you so much I have to say Been crying since the day The day you went away

05 December 2006

22 hari sebelum 27

arini 5hb disember 2006, tinggal lagi 22 hari menjelang hari kelahiran aku yang ke 25. Aisey dah 25 tahun la. tua ke muda ye?.. apa pun aku mantain cute dr dulu. hahahahha.... mula la aku nak perasan sorang2.. dahla dok sorang je ni kat opis. Kalau korang nak tahu, setiap tahun aku akan sambut birthday aku walaupun orang cam x nak sambut tp aku akan buat2 sambut. Apa pun tu yg best buat aku sebab aku sentiasa sedar umur aku akan bertambah dr tahun ke tahun yang lain. Member aku plak silap tarikh.. arini dia wish kat aku. tp ok gak tu ...at least orang ingat aku punya birthday bulan 12. cuba korang tgk gambar aku tu?.. dah nampak tua ke?... huhu...

Keje oh keje

ni la bilik tempat aku mengerah otak aku. semuanya ada. Ni la bilik aku yang agak bersepah waktu ni. Memandangkan banyak request dr user. Aku kena buat monitoring semua video sebelum aku encode dan streaming ke internet. Keje aku ni takde sapa yg backup. Kalau aku cuti lama..maknanya semakin bertimbun la keje aku. huhuhu... Tapi bangga gak sbb hanya aku je tahu keje ni kat sini tp bebal gak otak aku ni kekadang sebab aku je yg leh buat. Keje lain pun aku buat gak .. tu yang kekadang aku terpaksa menapakan diri kat sini sampai ke malam.Tapi aku suka keje... kahkahkah.. kalau aku dah penat aku buat bodoh jek.

Jom cari pasal kat Langkawi

Percutian aku untuk tahun 2006.. jalan-jalan cari pasal kat Langkawi. Aku menginap kat Langkawi Berjaya Spa & Resort. Perjalanan lebih kurang sejam gak dari Langkawi Airport. Flight aku dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.30 pagi dan aku selamat mendaratkan diri ke tanah langkawi lebih kurang jam 1.15 camtu. Walaupun aku agak pening semasa naik LRT & bas transit ke LCCT.. tp aku ok jek bila naik flight. Aku ni arek sikit bila naik kenderaan berkotak cam bas dan train ni. Paling hampeh sebab muka aku berubah menjadi blur, toye dan dah cam muka cipan. aku sure pening semacam..nak muntah pun ada. Tapi cam biasala..aku pun cam budak2 kecik gak. B4 naik kenderaan berkotak, aku memaksa diri makan ubat tahan muntah. hehehe.. tula kenyataanya aku ni. Tapi ari aku nak g langkawi tu..aku terlambat telan ubat tu..so, effect ubat tu lambat.Bayangkan lah bila aku naik bas transit dr KL Sentral ke LCCT.. perjalanan sampai sepang baru ubat tu nak effect. perghhh...mata aku ni cam dah kena gam.. asik nak tutup jek. Tapi alhamdulillah..sekurang-kurangnya bila aku nak naik flight..mood aku ceria sikit. hehehe aku suka naik filght tgk pemandangan langit dan darat. Ada orang gayat tp aku teruja. hahahha.. ikutkan hati nak je aku terjun.. tp pk2 aku takde payung terjun. kang mati katak lak aku.

 
template by suckmylolly.com