Syukur alhamdulillah. Penantian aku tunggu selama beberapa tahun akhirnya termakbul. Aku betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memakbulkan doa aku selama ini. Agak lama dan terlalu banyak cabaran menanti si kecil ni. Arini 15hb Disember genap baby aku ni sebulan. Aku pun teruja gak tadi gi jumpa pakar kat Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur. Doktor buat scanning kat perut aku.. nampak la dia tp kecik lagi.. baru je jadi segumpal daging. Alhamdulillah.. sihat dan takde masalah sekitar rahim aku. Next month..aku kena jumpa doktor balik. Doktor kata nak scan lagi..nak tgk denyutan jantung dia. normal ke tidak. Mudahan x de masalah la. Aku sayang sangat baby aku ni. Tak tahu la nak cakap dengan kata-kata. Syukur dan happy sesangat. Tak dapat nak gambarkan sampai aku nak sampaikan berita ni kat abah aku pun sampai sebak dibuatnya. Lepas ni aku jadi mummy dan hubby jadi daddy.. kami dah pikul tanggungjawab sama seperti mak abah aku gak. Banyak lagi cabaran akan menanti. Apa pun aku panjatkan doa semoga ALLAH S.W.T memudahkan segala perjalanan aku, baby dan huby. Aminnnnnnn......
15 December 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment