Pagi ni aku ada berita gembira untuk aku kongsikan bersama kawan2 aku tapi kegembiraan tu terpaksa aku simpan dulu. Tengah hari ni aku dapat panggilan dari kawan baik aku, mas. Dia bagitau berita sedih yang memang buat aku menangis tanpa henti. Sahabat baik aku yang aku anggap sebagai kakak dan kawan baik telah pulang ke rahmatullah. Siti zaliha bte Abdul Rahman. sahabat yang aku kenal pada tahun 1999 ketika menuntut di Itake July. Kawan yang cukup ceria dan aku cukup senang dengan dia. Susah senang aku pernah bersama dia. Dia memang kawan sejati sehinggakan kami tamat pengajian. Kemudian dia mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel, amalina. Pertemuan aku dengan dia berakhir kira2 hujung tahun lepas ketika aku dan dia berusaha menjayakan majlis re-union untuk batch july 1999. Aku cukup terkilan disebabkan berita pemergian dia hanya dikhabarkan pada arini sedangkan dia sudah kembali ke rahmatullah pd 2hb september lepas. Cukup terkilan sebab x dapat jumpa dia malah lagi terkilan kerana aku baru je menyebut tentang dia kepada kawan aku pistol. Kami mmg sangat rindukan dia dan tertanya kemanakah dia menghilang tanpa berita?.. Rupanya dia telah pergi selama-lamanya. "Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau cucurilah rahmat sahabat sejatiku ini dan kau katakanlah padanya aku redha dengan pemergiannya dan aku berharap dia tahu aku amat menyanyangi dan merinduinya dan tenanglah dia di sana bersama mereka2 yang beriman dan tempatkanlah dia di tempat2 mereka yang kau redhai." AL-FATIHAH......... P/S: Kenangan bersamamu adalah kenangan terindah hingga ke akhir hayatku. Selamat tinggal sahabatku, iyha.
15 December 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment