PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

29 June 2011

LAKSA


Laksa PV10 (Home-made)

Dah lama x masak laksa sejak kawin, selalu makan hasil air tangan orang je. Kadang-kadang kena ngan tekak, kekadang tak. Teringin lak nak makan laksa ikut tekak sendiri. Cukup rasa, cukup lemak, cukup ikan, cukup pekat, cukup sampahnya yang ku suka.

Disebabkan aku tak keje semalam, izz plak demam. Aku malas nak masak lauk pauk. Kebetulan ada beli ikan kembung banyak. Laksa plak ada. Apa lagi cargassss! alhamdulillah kenyang perut laki bini. Izz x pandai makan laksa lagi..dia pun dah kenyang makan bubur nasi & burger.

meh aku share resipi aku ni tp aku ni masak jenis mencampak je. Ni ikut hasil campakan aku semalam jela. Almaklumla kami ni kuat makan, sorang mewakili 2 org makan.

Resipi (makan 3-4 orang)

Setengah paket laksa EKA
8 ekor  ikan kembung
4 sudu besar cili blender
seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
3cm belacan bakar
asam keping

bahan untuk sampahan:
bawang besar
timun
cili api
petis udang
limau kasturi
telur rebus

caranya :

Rendam laksa dengan air panas selama sejam.
Rebuskan laksa sampai kembang & toskan.

Bersihkan ikan dan rebus ikan dengan sesudu teh garam.
Asingkan isi ikan & tulang. Blend isi ikan dan belacan bakar dengan sedikit air rebusan. Blend tulang ikan dgn baki air rebusan dan tapiskan . Amik air tulang ikan yang dah diblend tadi.
Masukkan isi ikan & air temulang ikan di dalam periuk. Masukkan 4 sudu besar cili blend. Masak di atas api hingga menggelegak. Tambah air ikut kepekatan stok ikan tadi. Masukkan daun kesum, bunga kantan & asam keping. Asam keping ikut masam yang anda suka. Tambah garam secukup rasa (jangan makan masin sgt, x baik utk kesihatan) :) Masak hingga kuah pekat.

Hidangkan laksa dan kuah berserta hirisan timun, bawang, cili padi, limau kasturi,telur rebus & sedikit petis udang kalau suka. :)

selamat mencuba :)



28 June 2011

KAWAN-KAWAN INTERNASIONALE



Nak katakan aku ni jenis peramah sangat ..tak jugak tp aku ni jenis MUDAH MESRA. Kalau dah ngam tu dah serupa dah kenal berpuluh tahun. kahh.. Bab berangin tu ada gak tapi leh control lagi la. Aku ni x suka cakap tak tentu pasal, ada benda nak cakap baru aku cakap. 

Tapi aku ni jenis suka BERKAWAN. sedar tak sedar dari sekolah menengah aku ada kawan INTERNASIONALE.. maknanya kawan yang bukan dari MALAYSIA. Dulu zaman sekolah ada kawan dari GERMAN tp sejak habis SPM tetiba je lost contact. mana ntah dia agaknya pindah rumah kot.
Bila masuk U.. dapat lak kawan dari indonesia, saudi arabia ..best gak kawan-kawan dgn dowang ni sbb budaya tu berlainan.

Disebabkan aku ni jenis FANATIK artis luar negara terutama artis KOREA. Ramai lak kawan-kawan segila aku. Dari filipina ada, korea ada, indonesia ada, australia ada, thailand ada, mexico ada, singapore ada,jepun ada, taiwan ada. Aku selalu contact dgn dorang tru personal web, twitter & fb je. Setakat ni kawan dari korea, indonesia pernah la jumpa. Yang lain tu insyaALLAH one day aku akan jumpa gak dowang. Seronok kawan dengan dorang ni sebab kepala pun sengal & bengong cam aku. wakakakakaka... 

selain dari fans artis korea, ada ramai gak kawan-kawan dr fans artis malaysia. Macam-macam ragam ada tapi aku seronok. Kalau dorang dtg malaysia, aku jd tour guide dorang..kalau aku dtg negara dowang, dorang lak jd tour guide aku. 

Geng mommies.com pun ada dari luar malaysia. :) best kongsi ilmu, cerita & budaya.

Tentang bahasa tu belakang kira... kalau dah jenis MUKA X MALU. ko speaking huru hara pun leh jalan. Aku ni speaking idokla pandai mana tapi bolehla dari langsung tak bole. hahahahaa. :P



27 June 2011

KOREAN`S TOP IN MY HEART -_-

Yeay!! mari mengembangkan bijik mata, mengembangkan tekak dan mengembangkan segala-galanya. Mood aku nak berblogging kali ni asik nak cite pasal KOREAN saje. Bukan x support artis tempatan, mana yang kenal aku sure tau aku ni pun follow gak artis tempatan tapi dowang tu sebenarnya POYO!..wat sakit ati aku je,.Layan artis KOREAN lagi baguih.. bukan nak banggakan dorang tapi dorang pandai layan peminat. Nak banggakan pun xde cuma aku minat cara KERJA dorang yang PRO. (mampus aku kena saman dgn artis malaysia) hahaha

sajo la nak menunjuk kat korang muka-muka yang berada di hati aku.. ( suami & anak tu korang xyah la tanya. sure la dowang ada dlm hati aku sampai bila-bila) ni kira kategori peminat tegar kepada artis pojaan hati. Kalau dapat nengok dowang ni menyanyi ke menari ke bercakap ke berlakon ke kembang kempis hidung aku. kahhh..

taraaa! 

1- AHN JAE WOOK :)
2- Bi RAIN *_*



3- LEE SEUNG GI  <_>




4- 2PM



5- KIM HYUN JOONG




UMUR DAH TUA TAPI MINAT K-POP

hahahaha aku nak gelak dulu ye.  :))
kalau mak & adik aku baca blog ni sure dia tergelak sebab aku ni umur dah tua tapi perangai cam budak-budak. Kalau usia cam aku skrang, agaknya ramai yang dah malu nak ngaku segilerr cam aku ni. hahaha Bukan apa dari zaman sekolah menengah sampai la ni dah beranak 1 masih lagi habit lama, suka layan hiburan Jepun & korea tapi yang paling sengal layan korean entertaiment. Zaman dulu takde astro kat umah, jadi aku suka layan kat internet. Pegi Cyber Cafe je dok cari info news pasal korean & japan artis. x kira la drama ke lagu ke.. sangat-sangat la meroyan.skrang ni kalau balik umah mak aku, idokla keje lain aku tatap, x kartun ..aku layan korean. mak aku dah paham sgt kekadang aku lak jd translator. tu kalau kami x berantakan la. kahhh biasa la anak & mak ada monsun dia. Adik lak skrang pun dah serupa aku lak. Fashion korea aje.. tp aku suka. kahhh..

Aku x sangka sekarang kuasa hiburan korea ni dah meledak kat Malaysia sampai masuk dalam list lagu radio tempatan. Ramai gak artis-artis korea masuk malaysia buat persembahan.
Aku tau ramai gak kawan-kawan naik meluat dengan aku ni. Sikit-sikit artis korea.. haha..takpe aku x kecik hati sebab tu minat & kegemaran aku. Ada orang minat hindustan, indonesia.. kan?..

Aku sampai skrang follow Ahn Jae Wook. Dia ni dulu aku kenal muda belia lagi, idokla hensem sgt masa tu cuma lakonan dia mmg best. menusup ke jantung. hehehe..feeling habisla.Dulu selalu tengok drama dia kat internet. Skrang ni dah leh contact dia , amik tau pasal dia pasal dia pun dah celik it. kehkehkeh.. dah ada personal web. senang la kan?.. :)
6 tahun lepas lak aku terpikat dengan sorang budak korea ni. Dia xla femes sangat kat malaysia ni cuma lately ni rasanya ada yang dah mengenali dia sebab banyak dah rancangan dia drama dia masuk kat astro. Dulu aku x la nak amik tau sgt pasal dia cuma aku suka tengok dia. Almaklumla masa tu budak lagi 18 tahun.. aku idokla mengenyam sgt kat dia. Sekrang makoiii dah hensem kooo!! hensem di mata aku la.. mungkin bukan korang.. hahahahaha... dia ni memang aku suka sebab budak nye codek(cerdik), blaja sampai degree ko! jarang ada artis korea pandai cakap english. haaa ..mamat ni mmg advanced..terror speaking tanpa bunyi korea. kalau ikut sejaran akademi dia pun mmg media korea bongkarkan betapa hebatnya dia. Peksa asik top 5 kat sekolah. lehla aku ckp dia ni kategori bijak. suara memang mantop.. dia ni bukan bboy tp genre dia more pada pop & balada. Tapi kekadang ada gak dia buat persembahan genre pop rock & disuruh menari. Walaupun dia xla sehebat mana tarian tp bila terpaksa menari dia akan buat bersungguh sampai nampak perfect. tu la buah hati aku LEE SEUNG GI. :)

haaa.. ada sorang lagi ni. Dulu aku selalu x suka nengok dia sbb nampak cam pondan la plak ko kan??... hahahahha.. leader bboy SS501. dia femes gila as F4 dalam boys over flowers. Watak dia aku x puas hati dalam cite tu tapi ntah kenapa pelik aku ni asikla repeat tengok ntah berapa kali. apakah??..
Sejak dia terima tawaran cast dalam Dream High.. haishh aku terpengaruh nak amik tahu apa yang dia buat sekarang. Aku ni pandang dowang ni bkn kerana paras rupa saja tp bakat dowang ada. setakat berlakon, nyanyi2 suam-suam kuku buang masa aku je!.. hahaha
Ha ko!! aku dah terminat kat kim hyun joong plak. Bukan nak kata curang tapi menambah koleksi boifren korea aku je. hahahaahha..

selain dari dowang kat atas tu, aku suka betol nengok 2PM, wondergirl, kara, coco lee, sebab nyanyian & tarian mmg best :)

mehla aku ajak kowang layan.. percayakah kowang, aku kalau stress, kalau aku sedih, aku suka tengok persembahan k-pop yang aku suka :) lega & rasa muda sentiasa. :)





26 June 2011

SEPI TANPA BERBLOGGING

assalamualaikum warga blog..

lama sudah aku ni menyepi diri. Keje memang bertambah, bz tu sampai tahap takde mood nak berblogging. yela aku ni bukan suka merepek-merepek nak berblog ni. Tak kuasa lak aku nak nak mengumpat ke apa ke. Semakin hari semakin bersawang blog ni. heeheheh

Rasanya cam mood berblogging tu dah ada bunga-bunga. Harap kawan-kawan yang rajin ke blog aku ni dah x give up la nak melawat ke sini..

ehehehe.. aku nak layan drama korea dulu..later aku berblogging ye... :)

 
template by suckmylolly.com