Sayu...
Hati ini makin sayu
Rindu...
Terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda
Bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia
Hari raya
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahagia
Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tak berubah
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
26 October 2006
Air mata Syawal
coretan Mizz_Ila at 4:09 PM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua
20 October 2006
Apabila aku terasa tercabar..
Aku paling pantang kalau orang berjanji tapi x tepati. Aku gak x suka orang yang buat aku menunggu2 cam nak tunggu kucing bertanduk..bulan kat atas tu nak sujud ke bumi. Memang menyirap la aku dibuatnya. Aku x kisah kalau ada hal ke apa ke..just keep in touch la... send sms ke call ke atau bgtau awal2 kalau x dapat nak jumpa aku. Aku ni kadang2 ada masa boleh gak bersabar tp kalau bab tunggu2 ni sampai berjam2 sampai bayang pun x nampak mmg angin sikit la. Pantang la aku orang buat aku cam orang dungu. Aku ni bukanla teruk sangat sampai suka nak marah2 tp kesiankanlah kat aku ni. Kalau korang kat tempat aku pun ko akan rasa tercabar. Aku terpaksa wasting time aku untuk menunggu orang yg aku sayang dalam masa yang agak lama. Bayangkan lah aku leh g makan lepas tu balik ke tempat tunggu..aku call..aku sms tp janji nak datang. Lastly aku pun dah fed up.. dah berjam2 aku tunggu x nampak gak. Aku pun bla.... Yang paling aku sakit ati.. x reti gak nak sms balik nak bgtau ada hal yg x dapat nak elakkan. Memang payah la dowang ni.. x amik serius perasaan orang terutamanya orang cam aku ni yang sentiasa nampak cool tapi aku gak manusia ada hati dan perasaan. Hormatilah perasaan aku ni.. aku punya bengang sampai tidur pun x lena..nak makan pun x larat sebab diri aku teruji dan tercabar......
coretan Mizz_Ila at 9:36 AM 0 comments
Labels: Berita Terkini, Emosi
13 October 2006
Tak seperti yang kita harapkan...
Aku rasa menyesal hidup aku sekarang. Menyesal dengan keputusan yang aku buat beberapa tahun yang lalu. Semuanya sia-sia, tak seperti yang aku impikan. Dulu, aku selalu pk insan yang aku pilih akan berfikir seperti idola ku..abah. Tapi semuanya meleset. Apa yang aku dapat sekarang hanya membebankan diri sendiri dengan tanggungjawab & tanggungan hidup. Hidup aku semakin x keruan, yang aku tahu aku hanya meneruskan hidup aku dan berserah pada takdir dan masa. Aku x cukup kuat untuk mengharungi kehidupan ini. Aku pun takut nak pandang dan bermimpi ttg masa depan aku. Aku x nampak apa2 cuma kehancuran. Adakah aku akan membuat keputusan yang akan menghancurkan impian seseorang? Atau aku teruskan hidup dengan insan yang aku sendiri x pasti sama ada aku masih menyanyangi atau tidak?.. Aku kecewa dengan kehidupan aku sekarang. Takde apa yang beza semuanya membuatkan aku penat dan lelah dengan setiap perjalanan hidup aku. Kenapa hanya aku yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan seseorang dan bukannya dia yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan aku?.. Salahkah aku menjadi aku setelah aku berjanji ingin setia dengan dia?.. Aku takut nak menyatakan apa yang aku rasa pada dia. Aku takut aku akan menghancurkan perasaan orang lain. Aku takde pilihan dalam hidup aku. Aku terlalu memberi sehinggakan mereka tidak menyedari aku juga ingin menerima. Apa tujuan dan matlamat hidup aku semakin kabur. Aku seolah hilang arah untuk menentukan masa depan aku sendiri. Ingin saja aku pergi dari kehidupan ini tapi aku terpaksa memikirkan perasaan orang lain. Aku tersepit dalam keadaan yang aku sendiri cipta selama ini. Mungkinkah aku sangat kejam sehinggakan dia tidak lagi berada dalam hati aku lagi. Maafkan aku.. aku sudah hilang kepercayaan dan kasih sayang untuk mu..andai satu masa itu memisahkan kita, biarlah aku memilih jalan yang lain dan aku berharap engkau akan memilih jalan yang memang benar untuk dirimu. Apa yang aku impikan hanya sebuah kehidupan yang saling memahami dan saling memberi dan menerima dan bukanlah kehidupan yang penuah kepuraan dan hanya kerana aku adalah aku dan engkau adalah engkau.
coretan Mizz_Ila at 2:34 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini, Emosi
Anak
Nikmat sebuah perkahwinan apabila kita dikurniakan zuriat penyambung keturunan kita. Bagi aku, prinsip perkahwinan hanya untuk menyambung zuriat keturunanku dan penyambung kasih sayang aku. Mungkin sifat keibuan aku sangat mendalam sehinggakan aku sendiri sering menginginkan anak. Tapi itu semua ketentuan Ilahi. Aku hanya dapat bersabar. Kadangkala aku x faham kenapa ada juga manusia yang sanggup membuang anak? apa salah mereka? bukankah dia adalah keturunan kita? kalau kita membuat dosa, janganlah anak dijadikan mangsa atas kesilapan dan kerakusan kita sebagai manusia. Dimana perginya sifat keperimanusiaan & sifat keibuan mereka sehinggakan sanggup membiarkan anak menangis keseorangan. Setiap kali aku baca surat khabar mesti ada berita bayi dijumpai mati dalam beg la, bayi ditinggalkan dalam surau la, macam-macam..semua kes buang anak. Dowang ni takde hati ke buat camtu?.. Aku pelik dengan dowang ni..berani buat berani tanggungla.. nak sedap sorang-sorang..biler hasil dah ada x reti nak jaga. iskh....apela mereka ni... p/s: kan best aku ada anak ...mesti comey cam aku.. hehe
coretan Mizz_Ila at 2:20 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini, Emosi
Rahsia Wanita mengikut Zodiak
WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa
coretan Mizz_Ila at 1:11 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
Rahsia Wanita mengikut susunan kelahiran
Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. Air - kedua, Keenam, kesepuluh Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. * Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
coretan Mizz_Ila at 1:04 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
Rahsia Tarikh lahirku
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 <<<>
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
*** Artikel ini hanyalah sebagai bacaan dan hiburan semata-mata untuk menambah pengetahuan.
coretan Mizz_Ila at 12:13 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
Rahsia Kelahiranku
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik
p/s: kebetulan ada persamaan.. hehe
coretan Mizz_Ila at 12:10 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
12 October 2006
Hari ini dalam kepalaku
Arini aku x pose..biasala dah 12hb.. mesti la lampu merah menyala. Semakin hari semakin dekat hari raya tapi aku sikit pun x teruja dengan sambutan ini. Aku hanya rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan bulan ramadhan. Tahun ni adalah tahun membosankan bagi aku. Aku terpaksa beraya di sini. Di rumah yang membosankan..dengan orang yang membosankan..Aku langsung x mohon cuti raya.. reason kena keje padahal aku saja xnak amik cuti sbb malas nak layan keboringan aku kat umah tu. Sejak aku pindah ke sana, aku memang xleh nak terima sebab bagi aku, aku ni sekadar menumpang je tanpa kerelaan hati aku sendiri. Nasib la tahun ni ada Deepavali..so, ada cuti. lehla aku balik umah mak aku kat shah alam. sian kat mak, sian kat abah sebab terpaksa beraya tiga beranak je tahun ni. Abg aku beraya di Pahang bersama mertuanya. Aku pun bosan gak sebab anak kesayangan aku danial & ahmad takde. Terpaksa la tunggu seminggu raya baru dapat jumpa balik si kecik tu.
coretan Mizz_Ila at 5:07 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
11 October 2006
CINTA
coretan Mizz_Ila at 1:51 PM 0 comments
Labels: Berita Terkini
Teringat zaman budak-budak [Part 4]
coretan Mizz_Ila at 1:04 PM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua, Emosi
Teringat zaman budak-budak [Part 3]
Habis dah cite pasal dunia bola aku. Aku nak cite pasal kenangan aku main roundes (btol ke aku eja ni??..) plak. Ni semua gara2 cite kartun jepun masa tu..aku dah x ingat title cite tu. Tapi pasal main kriket la. Cam biasa aku akan sponsor bola tenis ..abah aku amik kat opis dia. Kebetulan zaman tu abah tgh gila nak main tenis..so, kebanyakan bola dia yang dah x elok tu ..dia bagi kitowang main. Abang ngan kawan dia buat kayu roundes..aku sendiri x tahu kat mana dowang rembat kayu tu.. agaknya kaki kerusi sekolah kot...hehe Tiap petang kol 6..kitowang berkumpul kat car park depan umah. Aku dok kat area umah pangsapuri masa tu. Zaman tu plak memang x ramai yang pakai kereta. Masih ramai yang menaiki bas dan motttoorrrrr... (saya menanggg motttorrrr...). Biasala hidup kat bandar ni banyak duit nak guna..so, masing2 bersederhana la. Ada satu hari tu, memang la malang bagi kitowang..mana taknya..pukul2 sekali kena cermin bas orang. perghhh..masa tu kecut dah muka. Aku dah nak cabut dah tp rupanya abang aku lagi pantasss...dia dah ilangkan diri. x guna punya abangggg..selamatkan diri dulu. Kawan aku yang pukul tu dah cuak..mata dah berair dah.. aku yg sepatutnya lari keliling bulatan kaku kat point 2. hehe.. Tetiba otak aku stuck sekejap. apa nak buat eh???.... Sekali dengar la suara pakcik owner bas. hahahah... dia punya marah beb... tp nasib la dia x mintak ganti rugi. Lagipun dia cakap silap dia gak sbb dah tahu kitowang selalu main situ..dia nak letak bas kat situ... hehehe... mayb dia kesian kat kitowang kot sbb anak dia pun ada main sama. hahahahahhahaha...... Lepas tu aku champion main ting ting ..tiap kali main sure sampai berbelas games ..x sampai setengah jam. Almaklumla nak main ting2 ni..otak kena center sikit.. nak campak buah pun kena aim btol2..hehehe.. bukan main campak je. (eceh berlagak la plak) Abang aku paling sawan main ngan aku sbb dia selalu nak geng ngan aku.. aku plak xnak sbb aku suka bersaing dengan dia. hehe Kalau dia kalah aku leh ejek dia sampai pagi esok. hahahahaha Main kayu tiga atau konta konti.. permainan yang semakin dilupakan. Aku dulu x reti gak main benda ni tapi kawan2 abang aku ajar. syok gak main tp agak bosan. Aku suka main galah panjang.. ada aksi lari2..tu yg best..agresif sikit. Baru la kena ngan jiwa aku. Permainan yang paling buat aku stim...lumba basikal. Aku suka racing basikal keliling pangsapuri..yang paling best masa lalu titi longkang. selalunya kengkawan aku suka slow kat situ sebab takut jatuh longkang. Aku plak main redah je.. sebab aku dah selalu sangat lalu situ. Masa tu aku pakai basikal BMX.. sayang tu basikal tu. Zaman tu orang selalu curi kepala handle BMX..dowang kata mahal kalau jual. Aku dgn abg aku selalu la pikul basikal naik rumah sebab aku tinggal tingkat 2. Basikal pun simpan dalam rumah sebab mak aku kata ramai org jahat kat luar. Aku pernah dapat RM30 dari 'uncle saiful', dia ni jiran depan umah aku. Mak aku jaga anak2 dia. Dia selalu nampak aku racing basikal dengan kengkawan aku. Dia beating dgn kengkawan aku..dia cakap kalau menang dia bagi duit. hehehe...kitowang masa tu syokla dengar camtu. Apa lagi.. kayuh la basikal laju2.... hehehe.... lastly aku yang menanggggg.......takleh nak cakap apala juara berturut2. Duit tu aku simpan dalam tabung ...rm2 aku beli pisang goreng belanja kengkawan makan. Baik x aku masa tu ..hehe
coretan Mizz_Ila at 12:27 PM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua, Emosi
Teringat zaman budak-budak [Part 2]
coretan Mizz_Ila at 11:48 AM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua, Emosi
Teringat zaman budak-budak [Part 1]
coretan Mizz_Ila at 11:04 AM 0 comments
Labels: Aktiviti Berdua, Emosi