Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. Air - kedua, Keenam, kesepuluh Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. * Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
13 October 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment