Aku rasa menyesal hidup aku sekarang. Menyesal dengan keputusan yang aku buat beberapa tahun yang lalu. Semuanya sia-sia, tak seperti yang aku impikan. Dulu, aku selalu pk insan yang aku pilih akan berfikir seperti idola ku..abah. Tapi semuanya meleset. Apa yang aku dapat sekarang hanya membebankan diri sendiri dengan tanggungjawab & tanggungan hidup. Hidup aku semakin x keruan, yang aku tahu aku hanya meneruskan hidup aku dan berserah pada takdir dan masa. Aku x cukup kuat untuk mengharungi kehidupan ini. Aku pun takut nak pandang dan bermimpi ttg masa depan aku. Aku x nampak apa2 cuma kehancuran. Adakah aku akan membuat keputusan yang akan menghancurkan impian seseorang? Atau aku teruskan hidup dengan insan yang aku sendiri x pasti sama ada aku masih menyanyangi atau tidak?.. Aku kecewa dengan kehidupan aku sekarang. Takde apa yang beza semuanya membuatkan aku penat dan lelah dengan setiap perjalanan hidup aku. Kenapa hanya aku yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan seseorang dan bukannya dia yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan aku?.. Salahkah aku menjadi aku setelah aku berjanji ingin setia dengan dia?.. Aku takut nak menyatakan apa yang aku rasa pada dia. Aku takut aku akan menghancurkan perasaan orang lain. Aku takde pilihan dalam hidup aku. Aku terlalu memberi sehinggakan mereka tidak menyedari aku juga ingin menerima. Apa tujuan dan matlamat hidup aku semakin kabur. Aku seolah hilang arah untuk menentukan masa depan aku sendiri. Ingin saja aku pergi dari kehidupan ini tapi aku terpaksa memikirkan perasaan orang lain. Aku tersepit dalam keadaan yang aku sendiri cipta selama ini. Mungkinkah aku sangat kejam sehinggakan dia tidak lagi berada dalam hati aku lagi. Maafkan aku.. aku sudah hilang kepercayaan dan kasih sayang untuk mu..andai satu masa itu memisahkan kita, biarlah aku memilih jalan yang lain dan aku berharap engkau akan memilih jalan yang memang benar untuk dirimu. Apa yang aku impikan hanya sebuah kehidupan yang saling memahami dan saling memberi dan menerima dan bukanlah kehidupan yang penuah kepuraan dan hanya kerana aku adalah aku dan engkau adalah engkau.
13 October 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment