PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

18 December 2006

DariMu ku datang DariMU juga ku pergi

Segala yang ada dalam hidupku Kusedari semua milikMu Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa Tunjukkan aku jalan lurusMu Untuk menggapai SyurgaMu Terangiku dalam setiap langkah hidupku Kerana… Kutahu… Hanya Engkau… Tuhanku… Allahu Akbar Allah Maha Besar Ku memujaMu di setiap waktu Hanyalah padaMu Tempatku berteduh Memohon redha dan ampunanMu Tunjukkan aku jalan lurusMu Untuk menggapai SyurgaMu Terangiku dalam setiap langkah hidupku Kerana… Kutahu… Hanya Engkau… Tuhanku… Hanyalah kepadaMu Tempatku berteduh Memohon redha dan ampunanMu

15 December 2006

AL-FATIHAH

Pagi ni aku ada berita gembira untuk aku kongsikan bersama kawan2 aku tapi kegembiraan tu terpaksa aku simpan dulu. Tengah hari ni aku dapat panggilan dari kawan baik aku, mas. Dia bagitau berita sedih yang memang buat aku menangis tanpa henti. Sahabat baik aku yang aku anggap sebagai kakak dan kawan baik telah pulang ke rahmatullah. Siti zaliha bte Abdul Rahman. sahabat yang aku kenal pada tahun 1999 ketika menuntut di Itake July. Kawan yang cukup ceria dan aku cukup senang dengan dia. Susah senang aku pernah bersama dia. Dia memang kawan sejati sehinggakan kami tamat pengajian. Kemudian dia mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak perempuan yang cukup comel, amalina. Pertemuan aku dengan dia berakhir kira2 hujung tahun lepas ketika aku dan dia berusaha menjayakan majlis re-union untuk batch july 1999. Aku cukup terkilan disebabkan berita pemergian dia hanya dikhabarkan pada arini sedangkan dia sudah kembali ke rahmatullah pd 2hb september lepas. Cukup terkilan sebab x dapat jumpa dia malah lagi terkilan kerana aku baru je menyebut tentang dia kepada kawan aku pistol. Kami mmg sangat rindukan dia dan tertanya kemanakah dia menghilang tanpa berita?.. Rupanya dia telah pergi selama-lamanya. "Ya ALLAH Ya Tuhanku, kau cucurilah rahmat sahabat sejatiku ini dan kau katakanlah padanya aku redha dengan pemergiannya dan aku berharap dia tahu aku amat menyanyangi dan merinduinya dan tenanglah dia di sana bersama mereka2 yang beriman dan tempatkanlah dia di tempat2 mereka yang kau redhai." AL-FATIHAH......... P/S: Kenangan bersamamu adalah kenangan terindah hingga ke akhir hayatku. Selamat tinggal sahabatku, iyha.

Kepastian yang ku tunggu

Syukur alhamdulillah. Penantian aku tunggu selama beberapa tahun akhirnya termakbul. Aku betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T kerana memakbulkan doa aku selama ini. Agak lama dan terlalu banyak cabaran menanti si kecil ni. Arini 15hb Disember genap baby aku ni sebulan. Aku pun teruja gak tadi gi jumpa pakar kat Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur. Doktor buat scanning kat perut aku.. nampak la dia tp kecik lagi.. baru je jadi segumpal daging. Alhamdulillah.. sihat dan takde masalah sekitar rahim aku. Next month..aku kena jumpa doktor balik. Doktor kata nak scan lagi..nak tgk denyutan jantung dia. normal ke tidak. Mudahan x de masalah la. Aku sayang sangat baby aku ni. Tak tahu la nak cakap dengan kata-kata. Syukur dan happy sesangat. Tak dapat nak gambarkan sampai aku nak sampaikan berita ni kat abah aku pun sampai sebak dibuatnya. Lepas ni aku jadi mummy dan hubby jadi daddy.. kami dah pikul tanggungjawab sama seperti mak abah aku gak. Banyak lagi cabaran akan menanti. Apa pun aku panjatkan doa semoga ALLAH S.W.T memudahkan segala perjalanan aku, baby dan huby. Aminnnnnnn......

07 December 2006

Malam yang sunyi

Aku rasa malam ni kesunyian aku makin mendalam. Tak tahu la camne aku nak control. Bosan tol.. tp cam biasa aku adapkan keje2 aku ni. Makin bosan...bosannn..bosannn...tapi aku rindu...rindu...rindu dan rindu pada seseorang. Bila la aku dapat jumpa dia????..... Rindu sangat2 rasa cam nak pergi je jumpa dia malam ni.....tapi.............................. (biarlah hati aku je berbicara) hahahahahha

Hari ini 7hb Disember 2006

Pagi ni aku masuk opis lambat. Semua gara-gara aku terlupa nak kunci jam sendiri. Leh lak jam bunyi kol 8. melompat aku dari katil.. hehehe.. melopeh subuh pagi ni. Patutla bila aku bukak mata je, bilik aku dah cerah siap tak dengar org tai chi kat luar umah aku. Rupanya dowang semua pun dah balik. Aku terus call opis..bagitau aku masuk lambat sikit. Aku arini pun bersiap mana sempat jek. Malas nak touch-up lebih2 dah mmg aku pun mantain cute. hahahahahha (aku mmg suka puji diri sendiri)....... kowang jangan meluat plak. Apa pun lebih baik kita memuji diri sendiri daripada kita meminta orang memuji kita. tol tak? Arini gak aku jd pemandu berhemah. Leh tahan gak la aku bawak kete tp selalu pun cam tu gak. cuma arini aku ada "luck" sikit sebab semua trafic light color " HIJAU" maaaaa...... yang paling nyampah aku bila masuk je pintu gerbang opis aku keje ni. Aku kena buat tawaf satu pusingan, kira-kira cam nak suruh aku lawat semua bangunan kat dalam kawasan ni btol2 la. Nasib la arini x ramai orang yang sibuk melintas jalan.. kalau tak bengal gak aku sebab aku ni baik hati sikit... aku kasi la dowang jalan tp yang kasi hati aku panas bila cik adik2 yang melintas tu jalan lenggang kangkong cam nak g pasar. eeeeeeeeee.....menguji tol tahap kebaikan dan kesabaran aku jek. Dah tu main2 plak time lintas jalan.. nasib la aku ni BAIK... (konon la tu)...

06 December 2006

Korang pernah ada perasaan camni tak?

Kutuliskan kesedihan Semua tak bisa kau ungkapkan Dan kita kan bicara dengan hatiku

Buang semua puisi Antara kita berdua Kau bunuh dia sesuatu Yang kusebut itu cinta Yakinkan aku Tuhan Dia bukan milikku Biarkan waktu waktu Hapus aku…

Sadarkan aku Tuhan Dia bukan milikku Biarkan waktu waktu Hapus aku…

Cuba korang lihat gambar kat sebelah ni. Apa yang korang nampak?.. aku nampak insan kerdil yang masih bergelar bayi baring di telapak tangan seorang wanita yang bergelar ibu. Betapa indahnya baby ni tido dan ni pun cukup menggambarkan kita sebagai anak memerlukan sokongan dari seorang ibu. Kita saling memerlukan. Simboliknya di mata aku tentang gambar ni. Kat sini aku leh ulaskan apa yang aku rasa, kita sebagai sentiasa memerlukan belaian dan sokongan dari mereka yang melahirkan kita. Sejak kita diwujudkan, diberi nyawa, dicukupkan sifat sehinggalah kita lahir sebagai anak manusia yang penuh dengan tanggungjawab. Sejak kita berada dalam perut ibu pun, kita saling memerlukan. Betapa jauhnya kasih sayang yg kita rasa antara kita dan ibu namun pada hakikatnya perhubungan jiwa tu x pernah putus sehingga kita kembali ke asalanya. Bagi aku seorang wanita, pasti ada naluri seorang ibu. Kita juga inginkan seorang anak yang merasakan diri mereka disokong oleh kita. Walau apa pun yang kita fikirkan .. hargailah setiap apa yang wujud di hadapan kita terutamanya ibu. Merekalah segalanya dalam hidup kita walaupun kadangkala dia jauh dr hati kita.

Paling comel

wajah-wajah comel aku. (perasan..huhu) ni semua antara gambar aku 3 tahun yg lalu. Masa ni aku tembam sikit tp skrang ni pun tembam gak. hahahaha Apapun leh jd model x aku ni?.. kuwang...kuwanggg....best apa pakai baju2 ni. 5 jam punya shoot..ada lagi gambar lain tp x perlu la aku letak banyak2 nanti kowang bosan tgk muka aku ni. Lagipun byk gambar dgn laki aku..kang kena bayar royalti plak. Disebabkan ni blog aku..suka ati aku la nak letak pic aku je. kowang jangan byk songeh...tgk je la apa aku letak dlm ni. hehe...

Wanna be where you are

Well I wonder could it be When I was dreaming 'bout you baby You were dreaming of me Call me crazy, call me blind To still be suffering is stupid after all of this time Did I lose my love to someone better And does she love you like I do I do, you know I really really do Well hey So much I need to say Been lonely since the day The day you went away So sad but true For me there's only you Been crying since the day The day you went away I remember date and time September twenty second Sunday twenty five after nine In the doorway with your case No longer shouting at each other There were tears on our faces And we were letting go of something special Something we'll never have again I know, I guess I really really know The day you went away The day you went away Why do we never know what we've got 'til it's gone How could I carry on The day you went away Cause I've been missing you so much I have to say Been crying since the day The day you went away

05 December 2006

22 hari sebelum 27

arini 5hb disember 2006, tinggal lagi 22 hari menjelang hari kelahiran aku yang ke 25. Aisey dah 25 tahun la. tua ke muda ye?.. apa pun aku mantain cute dr dulu. hahahahha.... mula la aku nak perasan sorang2.. dahla dok sorang je ni kat opis. Kalau korang nak tahu, setiap tahun aku akan sambut birthday aku walaupun orang cam x nak sambut tp aku akan buat2 sambut. Apa pun tu yg best buat aku sebab aku sentiasa sedar umur aku akan bertambah dr tahun ke tahun yang lain. Member aku plak silap tarikh.. arini dia wish kat aku. tp ok gak tu ...at least orang ingat aku punya birthday bulan 12. cuba korang tgk gambar aku tu?.. dah nampak tua ke?... huhu...

Keje oh keje

ni la bilik tempat aku mengerah otak aku. semuanya ada. Ni la bilik aku yang agak bersepah waktu ni. Memandangkan banyak request dr user. Aku kena buat monitoring semua video sebelum aku encode dan streaming ke internet. Keje aku ni takde sapa yg backup. Kalau aku cuti lama..maknanya semakin bertimbun la keje aku. huhuhu... Tapi bangga gak sbb hanya aku je tahu keje ni kat sini tp bebal gak otak aku ni kekadang sebab aku je yg leh buat. Keje lain pun aku buat gak .. tu yang kekadang aku terpaksa menapakan diri kat sini sampai ke malam.Tapi aku suka keje... kahkahkah.. kalau aku dah penat aku buat bodoh jek.

Jom cari pasal kat Langkawi

Percutian aku untuk tahun 2006.. jalan-jalan cari pasal kat Langkawi. Aku menginap kat Langkawi Berjaya Spa & Resort. Perjalanan lebih kurang sejam gak dari Langkawi Airport. Flight aku dari Kuala Lumpur lebih kurang jam 11.30 pagi dan aku selamat mendaratkan diri ke tanah langkawi lebih kurang jam 1.15 camtu. Walaupun aku agak pening semasa naik LRT & bas transit ke LCCT.. tp aku ok jek bila naik flight. Aku ni arek sikit bila naik kenderaan berkotak cam bas dan train ni. Paling hampeh sebab muka aku berubah menjadi blur, toye dan dah cam muka cipan. aku sure pening semacam..nak muntah pun ada. Tapi cam biasala..aku pun cam budak2 kecik gak. B4 naik kenderaan berkotak, aku memaksa diri makan ubat tahan muntah. hehehe.. tula kenyataanya aku ni. Tapi ari aku nak g langkawi tu..aku terlambat telan ubat tu..so, effect ubat tu lambat.Bayangkan lah bila aku naik bas transit dr KL Sentral ke LCCT.. perjalanan sampai sepang baru ubat tu nak effect. perghhh...mata aku ni cam dah kena gam.. asik nak tutup jek. Tapi alhamdulillah..sekurang-kurangnya bila aku nak naik flight..mood aku ceria sikit. hehehe aku suka naik filght tgk pemandangan langit dan darat. Ada orang gayat tp aku teruja. hahahha.. ikutkan hati nak je aku terjun.. tp pk2 aku takde payung terjun. kang mati katak lak aku.

26 October 2006

Air mata Syawal

Sayu...
Hati ini makin sayu
Rindu...
Terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda
Bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia
Hari raya

Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan

Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahagia

Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama

Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tak berubah

Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan

20 October 2006

Apabila aku terasa tercabar..

Aku paling pantang kalau orang berjanji tapi x tepati. Aku gak x suka orang yang buat aku menunggu2 cam nak tunggu kucing bertanduk..bulan kat atas tu nak sujud ke bumi. Memang menyirap la aku dibuatnya. Aku x kisah kalau ada hal ke apa ke..just keep in touch la... send sms ke call ke atau bgtau awal2 kalau x dapat nak jumpa aku. Aku ni kadang2 ada masa boleh gak bersabar tp kalau bab tunggu2 ni sampai berjam2 sampai bayang pun x nampak mmg angin sikit la. Pantang la aku orang buat aku cam orang dungu. Aku ni bukanla teruk sangat sampai suka nak marah2 tp kesiankanlah kat aku ni. Kalau korang kat tempat aku pun ko akan rasa tercabar. Aku terpaksa wasting time aku untuk menunggu orang yg aku sayang dalam masa yang agak lama. Bayangkan lah aku leh g makan lepas tu balik ke tempat tunggu..aku call..aku sms tp janji nak datang. Lastly aku pun dah fed up.. dah berjam2 aku tunggu x nampak gak. Aku pun bla.... Yang paling aku sakit ati.. x reti gak nak sms balik nak bgtau ada hal yg x dapat nak elakkan. Memang payah la dowang ni.. x amik serius perasaan orang terutamanya orang cam aku ni yang sentiasa nampak cool tapi aku gak manusia ada hati dan perasaan. Hormatilah perasaan aku ni.. aku punya bengang sampai tidur pun x lena..nak makan pun x larat sebab diri aku teruji dan tercabar......

13 October 2006

Tak seperti yang kita harapkan...

Aku rasa menyesal hidup aku sekarang. Menyesal dengan keputusan yang aku buat beberapa tahun yang lalu. Semuanya sia-sia, tak seperti yang aku impikan. Dulu, aku selalu pk insan yang aku pilih akan berfikir seperti idola ku..abah. Tapi semuanya meleset. Apa yang aku dapat sekarang hanya membebankan diri sendiri dengan tanggungjawab & tanggungan hidup. Hidup aku semakin x keruan, yang aku tahu aku hanya meneruskan hidup aku dan berserah pada takdir dan masa. Aku x cukup kuat untuk mengharungi kehidupan ini. Aku pun takut nak pandang dan bermimpi ttg masa depan aku. Aku x nampak apa2 cuma kehancuran. Adakah aku akan membuat keputusan yang akan menghancurkan impian seseorang? Atau aku teruskan hidup dengan insan yang aku sendiri x pasti sama ada aku masih menyanyangi atau tidak?.. Aku kecewa dengan kehidupan aku sekarang. Takde apa yang beza semuanya membuatkan aku penat dan lelah dengan setiap perjalanan hidup aku. Kenapa hanya aku yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan seseorang dan bukannya dia yang memikirkan kebahgiaan dan kepuasan aku?.. Salahkah aku menjadi aku setelah aku berjanji ingin setia dengan dia?.. Aku takut nak menyatakan apa yang aku rasa pada dia. Aku takut aku akan menghancurkan perasaan orang lain. Aku takde pilihan dalam hidup aku. Aku terlalu memberi sehinggakan mereka tidak menyedari aku juga ingin menerima. Apa tujuan dan matlamat hidup aku semakin kabur. Aku seolah hilang arah untuk menentukan masa depan aku sendiri. Ingin saja aku pergi dari kehidupan ini tapi aku terpaksa memikirkan perasaan orang lain. Aku tersepit dalam keadaan yang aku sendiri cipta selama ini. Mungkinkah aku sangat kejam sehinggakan dia tidak lagi berada dalam hati aku lagi. Maafkan aku.. aku sudah hilang kepercayaan dan kasih sayang untuk mu..andai satu masa itu memisahkan kita, biarlah aku memilih jalan yang lain dan aku berharap engkau akan memilih jalan yang memang benar untuk dirimu. Apa yang aku impikan hanya sebuah kehidupan yang saling memahami dan saling memberi dan menerima dan bukanlah kehidupan yang penuah kepuraan dan hanya kerana aku adalah aku dan engkau adalah engkau.

Anak

Nikmat sebuah perkahwinan apabila kita dikurniakan zuriat penyambung keturunan kita. Bagi aku, prinsip perkahwinan hanya untuk menyambung zuriat keturunanku dan penyambung kasih sayang aku. Mungkin sifat keibuan aku sangat mendalam sehinggakan aku sendiri sering menginginkan anak. Tapi itu semua ketentuan Ilahi. Aku hanya dapat bersabar. Kadangkala aku x faham kenapa ada juga manusia yang sanggup membuang anak? apa salah mereka? bukankah dia adalah keturunan kita? kalau kita membuat dosa, janganlah anak dijadikan mangsa atas kesilapan dan kerakusan kita sebagai manusia. Dimana perginya sifat keperimanusiaan & sifat keibuan mereka sehinggakan sanggup membiarkan anak menangis keseorangan. Setiap kali aku baca surat khabar mesti ada berita bayi dijumpai mati dalam beg la, bayi ditinggalkan dalam surau la, macam-macam..semua kes buang anak. Dowang ni takde hati ke buat camtu?.. Aku pelik dengan dowang ni..berani buat berani tanggungla.. nak sedap sorang-sorang..biler hasil dah ada x reti nak jaga. iskh....apela mereka ni... p/s: kan best aku ada anak ...mesti comey cam aku.. hehe

Rahsia Wanita mengikut Zodiak

WANITA TANAH Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa

Rahsia Wanita mengikut susunan kelahiran

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. Air - kedua, Keenam, kesepuluh Wanita berunsurkan Air Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: * Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. * Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. * Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak. * Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Rahsia Tarikh lahirku

Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27 <<<>

Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

*** Artikel ini hanyalah sebagai bacaan dan hiburan semata-mata untuk menambah pengetahuan.

Rahsia Kelahiranku

DISEMBER

* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s: kebetulan ada persamaan.. hehe

12 October 2006

Hari ini dalam kepalaku

Arini aku x pose..biasala dah 12hb.. mesti la lampu merah menyala. Semakin hari semakin dekat hari raya tapi aku sikit pun x teruja dengan sambutan ini. Aku hanya rasa sedih sebab terpaksa meninggalkan bulan ramadhan. Tahun ni adalah tahun membosankan bagi aku. Aku terpaksa beraya di sini. Di rumah yang membosankan..dengan orang yang membosankan..Aku langsung x mohon cuti raya.. reason kena keje padahal aku saja xnak amik cuti sbb malas nak layan keboringan aku kat umah tu. Sejak aku pindah ke sana, aku memang xleh nak terima sebab bagi aku, aku ni sekadar menumpang je tanpa kerelaan hati aku sendiri. Nasib la tahun ni ada Deepavali..so, ada cuti. lehla aku balik umah mak aku kat shah alam. sian kat mak, sian kat abah sebab terpaksa beraya tiga beranak je tahun ni. Abg aku beraya di Pahang bersama mertuanya. Aku pun bosan gak sebab anak kesayangan aku danial & ahmad takde. Terpaksa la tunggu seminggu raya baru dapat jumpa balik si kecik tu.

11 October 2006

CINTA

Cinta.... Tak pernah lari dalam kehidupan manusia. Tanpa cinta kita akan merasakan ada sesuatu yang kurang dalam diri. Adanya cinta, kita akan rasa satu kuasa yang kuat yang mampu membahgiakan kita. Cinta ini terlalu indah untuk diamati tapi tidak semua cinta itu luhur dan telus dalam hati seseorang. Cinta ini akan wujud berkali-kali sehinggalah kita sendiri pasti itulah cinta sejati kita. Dalam pencarian cinta yang sejati, kita x mungkin lari kesedihan dan kedukaan. Tak semuanya yang kita harap dari cinta itu berjaya menjadikan cinta kita itu indah namun cinta itu adalah satu tanda bahawa kita amat memerlukan dia. Cinta tidak dapat dimengerti sepenuhnya dengan kata-kata. Biarpun jutaan kali kita menyebut cinta tapi tidak semua cinta itu datang dari jiwa dan nalurinya. Cinta itu bukan dilihat dimata tetapi cinta itu datangnya dari jiwa dan hati... sayangilah cinta yang ada dan jadikanlah cinta kita yang gagal itu sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita. Mungkin itulah pengorbanan cinta kita untuk si dia.

Teringat zaman budak-budak [Part 4]

Kenangan aku main bersama kawan2 perempuan x byk yg best. Aku suka main lompat getah je dengan dowang ni. Aku kalau lompat2 ni memang suka. hehe.. memang syokla. 3-4 jam main x henti pun sanggup. Aku selalu gak main masak-masak dengan dowang tp dowang suka suruh aku main jadi kakak la mak la.. aku x suka. Aku mmg selalu nak jadi ayah. hahaha.. memang aku ni xde naluri perempuan masa tu. iskh...iskhh... Kalau dowang ajak main masak2 ke aku ikut mood la. kekadang aku xnak main. Aku suka dok umah main dam ular..x pun main chease. Aku ada kenangan sedih gak dengan kengkawan perempuan aku ni, mak aku penah mengamuk sbb aku keluar main. Aku pun x paham kenapala mak aku marah sangat masa tu. Mayb kesan dia krisis dgn abah kot. Masa dia marah tu.. bertempiaran la kengkawan aku ni. Sebulan diowang x berani main dengan aku. sedih tol aku. Mak aku selalu bising pasal aku selalu main dengan budak lelaki. Satu petang tu aku main panjat2 pokok dengan kengkawan lain. X semena la adik along nama dia ina. Ina ni tua setahun dari aku..kira pangkat kakak la jugak. Dia ni memang lembik sikit. Tengah2 aku bergayut kat pokok datanglak minah ni dekat aku. Aku terlepas tangan dan terus terjun bawah pokok yang xde la tinggi sangat tu.. nasib aku kurang baik masa tu..tangan aku tertepis muka dia. Terkejut aku bila tgk pp dia bercalar & berdarah. Alamakkkkk... dia menangis la plak. Terus merajuk balik umah dia. Mayb la dia mengadu kat mak dia sebab aku yang buat tapiiiiii......aku x sengaja. Esoknya tu berita sampai kepada mak aku. Balik je dr mengaji mak aku dah stand by rotan halus yang digeruni aku & abg aku. Masuk je umah terus kena libas...sakit woooooo.... aku menangis x henti sbb pedih woo kena libas kat betis. Mak aku marah pasal kes semalam tu. Aku cakapla aku x sengaja tapi biasala mak aku malu kot sbb anak dia cederakan anak orang. Mak aku kurung aku seminggu. Sian aku..seminggu x dapat main kat luar. Balik sekolah je kena dok baca buku depan mak. Yang paling x tahan.. mak aku suruh aku hafal sifir. Lepas tu aku kena baca sifir depan dia ...kalau salah kena pukul. waaaaaaaaaaaaaaaa.... apsal aku je kena. Abang aku x plak kena pukul kalau x hafal sifir.

Teringat zaman budak-budak [Part 3]

Habis dah cite pasal dunia bola aku. Aku nak cite pasal kenangan aku main roundes (btol ke aku eja ni??..) plak. Ni semua gara2 cite kartun jepun masa tu..aku dah x ingat title cite tu. Tapi pasal main kriket la. Cam biasa aku akan sponsor bola tenis ..abah aku amik kat opis dia. Kebetulan zaman tu abah tgh gila nak main tenis..so, kebanyakan bola dia yang dah x elok tu ..dia bagi kitowang main. Abang ngan kawan dia buat kayu roundes..aku sendiri x tahu kat mana dowang rembat kayu tu.. agaknya kaki kerusi sekolah kot...hehe Tiap petang kol 6..kitowang berkumpul kat car park depan umah. Aku dok kat area umah pangsapuri masa tu. Zaman tu plak memang x ramai yang pakai kereta. Masih ramai yang menaiki bas dan motttoorrrrr... (saya menanggg motttorrrr...). Biasala hidup kat bandar ni banyak duit nak guna..so, masing2 bersederhana la. Ada satu hari tu, memang la malang bagi kitowang..mana taknya..pukul2 sekali kena cermin bas orang. perghhh..masa tu kecut dah muka. Aku dah nak cabut dah tp rupanya abang aku lagi pantasss...dia dah ilangkan diri. x guna punya abangggg..selamatkan diri dulu. Kawan aku yang pukul tu dah cuak..mata dah berair dah.. aku yg sepatutnya lari keliling bulatan kaku kat point 2. hehe.. Tetiba otak aku stuck sekejap. apa nak buat eh???.... Sekali dengar la suara pakcik owner bas. hahahah... dia punya marah beb... tp nasib la dia x mintak ganti rugi. Lagipun dia cakap silap dia gak sbb dah tahu kitowang selalu main situ..dia nak letak bas kat situ... hehehe... mayb dia kesian kat kitowang kot sbb anak dia pun ada main sama. hahahahahhahaha...... Lepas tu aku champion main ting ting ..tiap kali main sure sampai berbelas games ..x sampai setengah jam. Almaklumla nak main ting2 ni..otak kena center sikit.. nak campak buah pun kena aim btol2..hehehe.. bukan main campak je. (eceh berlagak la plak) Abang aku paling sawan main ngan aku sbb dia selalu nak geng ngan aku.. aku plak xnak sbb aku suka bersaing dengan dia. hehe Kalau dia kalah aku leh ejek dia sampai pagi esok. hahahahaha Main kayu tiga atau konta konti.. permainan yang semakin dilupakan. Aku dulu x reti gak main benda ni tapi kawan2 abang aku ajar. syok gak main tp agak bosan. Aku suka main galah panjang.. ada aksi lari2..tu yg best..agresif sikit. Baru la kena ngan jiwa aku. Permainan yang paling buat aku stim...lumba basikal. Aku suka racing basikal keliling pangsapuri..yang paling best masa lalu titi longkang. selalunya kengkawan aku suka slow kat situ sebab takut jatuh longkang. Aku plak main redah je.. sebab aku dah selalu sangat lalu situ. Masa tu aku pakai basikal BMX.. sayang tu basikal tu. Zaman tu orang selalu curi kepala handle BMX..dowang kata mahal kalau jual. Aku dgn abg aku selalu la pikul basikal naik rumah sebab aku tinggal tingkat 2. Basikal pun simpan dalam rumah sebab mak aku kata ramai org jahat kat luar. Aku pernah dapat RM30 dari 'uncle saiful', dia ni jiran depan umah aku. Mak aku jaga anak2 dia. Dia selalu nampak aku racing basikal dengan kengkawan aku. Dia beating dgn kengkawan aku..dia cakap kalau menang dia bagi duit. hehehe...kitowang masa tu syokla dengar camtu. Apa lagi.. kayuh la basikal laju2.... hehehe.... lastly aku yang menanggggg.......takleh nak cakap apala juara berturut2. Duit tu aku simpan dalam tabung ...rm2 aku beli pisang goreng belanja kengkawan makan. Baik x aku masa tu ..hehe

Teringat zaman budak-budak [Part 2]

Dulu masa aku kecik-kecik dulu, aku suka ikut abg aku main. Kira kitowang main ikut musim la. Ada musim kitowang main roundes jek..lepas tu main layang2..main bola tamparla..main badminton la. Ikut mood la masa tu.. Aku selalu main bola sepak tiap petang ahad. Lawak x lawakla aku masa tu..dah la pendek..kecik.. perempuan ..main bola dgn budak lelaki. Mak aku dah x larat nak berleter. Aku suka main bola dengan dowang.. masa tu aku jadi keeper. abg akula dia takut aku kena tolak dgn kengkawan dia..dia suruh aku jadi goalkeeper. iskh..iskh.. kadang2 aku tukar gak dgn kawan aku..aku main luar gak. hehehe Yang syoknya sepanjang aku jadi keeper tu..x banyak bola yang boloss. Tu yg abg aku suka ajak main bola dengan dia. Masa aku kecik dulu, aku ni bantut.. katek je.. kecik..kurus mayb masa tu aku hyperaktif kot. Skrang ni yang banyak ikut perangai aku..anak buah aku yang no 2..Ahmad Danish.. memang sebijik cam aku. lasak, cerdik, peletah, xleh dok diam..hehe Aku ingat lagi masa aku 8 tahun, masa tu tgh gila cite jepun.. kalau korang ingat cite 'mero attack' ala cite pasal team bola tampar. Pergh..masa tu memang kengkawan aku suka ajak main bola tampar. Abah aku sponsor bola.. almaklumla anak bongsu..( masa tu la bongsu). Tiap petang bantai main bola tampar sampai mak aku menjerit suruh balik. Selagi langit x gelap..selagi tu la aku ngan kengkawan aku main x ingat dunia. Masing2 tunjuk kebolehan main bola siap buat aksi cam dalam cite tu. hehehe.. Tapi paling melawakkan kawan aku ni sengal sikit, bila team aku bagi bahasa isyarat..dia mula blur.. adoiii..... kalah team aku. memang dia sengal. Cam biasa la kawan2 aku masa tu semua lebih tua dari aku..abang-abang la katakan dowang tu. Aku ni je budak kecik..hehe..

Teringat zaman budak-budak [Part 1]

Sejak akhir-akhir ni, aku selalu sgt teringat zaman kanak-kanak. x tahu la kenapa?...mayb aku rasa zaman kanak-kanak tu paling best kot sepanjang hidup aku yang dah nak hampir 25 tahun. Dulu, perjalanan hidup kanak-kanak aku penuh dgn suka duka. Aku ni boleh dikatakan budak yang nakal gak. Perangai aku pun x mencerminkan aku ni seorang anak gadis tp aku ni lasak cam budak lelaki. Minat aku pun byk kepada minat lelaki. Majoriti kawan aku lelaki..perempuan boleh kira dgn jari la..hehe ..Dulu aku x bape suka kawan dgn budak perempuan sbb bagi aku dowang tu leceh. Kuat menangis, kuat merajuk, lembik, lembut sangat ...cuma kadang2 aku main gak dgn dowang. Aku ingat lagi nama kawan perempuan aku tu, faezah..along..suzana..ina.. noraini..amy. Dowang ni selalu ajak aku main masak2, ting ting, lompat getah. Nanti aku cite pasal permainan yg aku penah main masa kecik. Byk kenangan aku main dgn dowang ni. Memandangkan kawan lelaki lebih ramai, aku x bape nak ingat nama2 dowang cuma aku ingat badek, along, pendi, hanis, pudey, hairi, adik je. Kebanyakan dowang ni kawan abang aku. Tiap petang lepas sekolah aku mesti main bola sepak, bola tampar, roundes, kayu tiga, lumba basikal, panjat pokok petai, main perang2 ..lebih kurang cam main paintball la. Tapi peluru ceri muda..sakit wooooo kalau kena. hehehe

 
template by suckmylolly.com