hahaha.. ni pre-raya. baru puasa seminggu ..mood raya dah mari.
ni aktiviti aku sekeluarga berbuka pose kat umah mertua a.k.a family apis kat depan simpang umah aku. kahhh..dokek jo.
Masing-masing bawak makanan sendiri..almaklumla aku dah pakat2 dgn ipabiras..wat versi potluck. Aku masak sup tulang special.. ni mmg menu wajib atas permintaan ramai.
Lepas isya`, anak- anak sebok nak main bunga api. Ni semua hasil seludup pak ngah yg mmg tiap tahun jd tokan bunga api utk anak2 & anak2 buah dia. Tapi budak2 ni main atas kawalan org dewasa ye. Siap ada 4 org guard & guide budak2 ni. Tau jela benda2 ni bahaya tp bg aku kalau ada pengawasan org dewasa, insyaALLAH selamat.
Izz buat pertama kali main bunga api. suka sgt tp dia main bunga api kertas je. besi cannottttt...bio mummy yg pegang. Pandai la dia ikut sepupu main. hehe..
01 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
ayam tu menggoda jiwa aku ler
ayam itu aku nakk k ilaa...huhuhh...sup tulang menggoda jiwa ade yg dah tapau dulu..ekekekee...besh gak perli mil skali skale kan..ngeh ngeh...xpe..raye esok mtk maaf yer..kahhhhh
meriah tul bunga api..jgn main mercun udah laa...
ilaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ko ke yg bako ayam tu
ayam tu amat2 lah seksi n mengoda jiwa raga ku
kalo ko yg bako..aku nak resepi
laki aku suh msk ayam cam tu tp aku x reti..huhuhu
selamat hari raya izz..kahhhhh
Bahan-Bahan Untuk Ayam:
1 ekor ayam(dibersihkan)
3 ulas bawang putih(dimesinkan)
½ bawang besar(dipotong bulat-bulat)
½ bawang besar(dipotong 2 besar-besar)
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh Rosemary herb
½ sudu teh serbuk Oregano
1 ½ sudu besar Lea Perrin's Worcester Sauce
Garam secukup rasa
Minyak Zaitun Bahan-Bahan Untuk Gravy:
25 gm mentega(salted butter)
Tepung gandum
½ cawan air panas
Cara:
Cara Memasak Ayam Panggang Rosemary:
1. Perapkan ayam bersama garam, bawang putih,rosemary,oregano, lada hitam dan Worcester Sauce selama 45 minit.
2. Sumbatkan bawang besar yang dipotong besar ke dalam ayam.
3. Letakkan bawang besar yang dipotong bulat diatas ayam.
4. Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atas ayam.
5. Masukkan ayam tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
6. Masak lebih kurang 35-40 minit atau sehingga cecair jernih keluar dari ayam apabila dicucuk dengan garfu. Hidangkan Ayam.
Cara Membuat Gravy:
1. Setelah ayam diangkat, tuangkan air panas ke dalam bekas memanggang dan kacau untuk mendapatkan baki minyak dan jus yang ditinggalkan ayam panggang tadi. Ketepikan.
2. Di dalam periuk, panaskan mentega dengan api kecil sehingga cair.Angkatkan dari dapur. Masukkan tepung sehingga campuran menjadi pekat kacau hingga sebati.
3. Masukkan air tadi dan kacau sebati diatas dapur dengan api yang kecil. Masak sehingga pekat sedikit dan jangan masak terlalu lama. Hidangkan.
selamat hari raya..hari utk kita bersuka ria....xsabo plak aku nk balik kampung..huhu..siap ade resepi lagi tu..panjang lebar..jenuh aku salin..hehe
Post a Comment