Disember..
Bulan yang aku sentiasa nantikan setiap tahun.
Kerana apa?
Bulan ini aku meningkat umur, bulan ini bertambah usia ikatan suciku, bulan ni jugak insuran & rodtax ku mampos. hahahahha
Tapi semua perkara di atas takda kena mengena dengan tajuk n3 aku ni.
Ini berkisar luka yang sudah lama ada dalam hati kami sekeluarga terutama abah.
Nak ditelan mati bapak, nak diluah mati mak. (btol ke ni? suka suki je kan?)
4 hari yang lepas opah aku, emak kepada abah dimasukkan ke Emergency PPUM.
Memang akui disini ada kesilapan kami sebagai anak & cucu. Abah gagal memastikan mak dia dalam keadaan yang baik, kami lak gagal menjadi cucu yang menyanyangi & mengambil berat terhadap opahnya.
Bukan ini yang kami mahukan tapi keadaan, masa & mereka-mereka itu yang buat kami begini.
Mereka yang mematikan perasaan kasih sayang kami terhadap opah.
Mereka juga yang memisahkan kami dengan opah.
Mereka juga membuat abahku terluka.
Dan mereka juga membuat kami tersisih, terluka & tercalar.
Bagaimana kami ingin mengembalikan hati kami terhadap opah?
Saat aku melihat opah terlantar tidak bermaya di atas katil, melihat wayar-wayar berselirat di badannya.
melihat mesin di kiri kanannya. Hati aku terusik, jiwa ku tersentuh sehinggakan aku memikirkan tentang abah.Saat ini adalah saat penting buat abah selaku anak. Aku taknak abah hilang keampunan dari seorang ibu walaupun ibu itu tidak adil dalam hidupnya.
YA ALLAH, KAU bukakanla hati opah untuk memaafkan abah dan KAU bukakanla hati abah untuk menerima segalanya dengan hati yang redha.
Teringat aku di kala aku berdiri di sisi opah, abah disisiku, abang disisi abah dengan berbisik di telinga opah bahawa kami datang setelah sekian lama kami tidak berjumpa dengannya. Aku. Aku hanya bertemankan air mata yang jatuh ke pipi kerana bukan ini yang kamu mahukan.Walaupun aku bersyukur opah sedar kehadiran kami dalam bayangannya, aku berharap opah tahu kami telah MEMAAFKAN segala apa yang telah dia lakukan kepada kami sekeluarga. Semoga opah tabah meniti hari-hari terakhirnya dan kami redha sekiranya ALLAH menjemputnya kala ini dan kami doakan opah tenang. Maafkan neey opah, neey tak dapat temani opah setiap masa, setiap hari di kala opah di hospital, hati neey tidak sekuat itu dan dari kejauhan ini, neey doakan kesejahteraan opah. Semoga opah diberi kekuatan. Amin.
0 comments:
Post a Comment