PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

03 December 2010

UDANG SAWADIKAP KAK AMPUN AMPUN

UDANG SAWADIKAP KAK AMPUN AMPUN

Resipi terbaru yang aku cipta untuk hidangan makan malam. Aku ni memang suka memasak, dulu masa kecik-kecik nak jd chef tp matlamat x kesampaian menyambung pelajaran ke dunia masakan. Abah x kasi pilih bidang ni sebab dia kata takkan la 24 jam nak dok dapo. So, aku lari ke bidang lain. Dah nama perempuan pasti aku kan ke dapur juga. Nak kata HEBAT xla sangat tapi aku berjaya la memBESARkan badan suami aku yg dulu tough skrang sudah BOROI.. hahaha.. 

So, aku bermurah hati nak kongsi resipi aku ni kat semua orang di dunia ni. Kalau ada persamaan ke apa harap maaf tp inilah yang terlintas dalam kepala otak aku. 
Jom kita cobaaa...cobaaaaa... pasti nikmat!... :P
 Resipi ini diberi nama SAWADIKAP KAK AMPUN AMPUN sebab bahannya dari masakan siam & selalunya kawan-kawan aku akan bengang kat aku sebab suka tepek gambo masakan yang kononnya nampak lazat.. hehe MINTAK AMPUN ye.. :)

Resipi UDANG SAWADIKAP KAK AMPUN AMPUN

Bahan :
8 ekor udang galah/udang besar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar tepung serbaguna / tepung jagung

3 sudu besar pes TOMYAM (aku guna ADABI)
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung (bancuh dalam air)
1 sudu besar gula (Jangan banyak x elok utk kesihatan)
1/2 cawan air
1 helai daun limau purut (koyak-koyak)
1 labu bawang besar kuning (hiris)

Caranya :
1- Gaul udang bersama tepung serbaguna + serbuk kunyit 
2- Goreng seketika di dalam minyak panas (minyak x payah banyak sgt. x elok utk kesihatan) hehe
3- Angkat udang setelah kekuningan
4- Gunakan sedikit minyak gorengan udang tadi, tumis bawang bersama pes tomyam hingga garing, masukkan sos tiram, sos ikan dan 1/2 cawan air. Masukkan air tepung jagung dan tunggu kuah menjadi pekat. Masukkan sedikit gula dan biarkan hingga kuah pekat & masak.
5-Perlahankan api, masukkan udang goreng dan masukkan daun limau purut, gaul hingga mesra. Sedia untuk di makan. 



5 comments:

eLYies said...

huwaaaaaaaaaaa..takmo kawan 1 hari..hahahahhah

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

wow wow wow
ko ni asyik mkn yg sedap2 jer
takmo kawan jugak!!
hihihi

ILA HAFIZ said...

yies : hahahaha cukup ke? aku xmo kawan ahad ni baru taw.. hehehe

tinie : hahaha meh la kawan dgn aku. hahaha

Lyana said...

huwaaaaaaa...memang sodap nieh..rase ala2 tomyam gitew

kak ina kl (1) said...

walaupun ikut suka suki janji sedapkan..


sama zodiak ek kita berdua..ingat nak ambik gak hari ni..tapi tak sempat lah

 
template by suckmylolly.com