Lamanya x berapdet blog ni. 3 hari dah..skrang ni aku ada di rumah melawan kesakitan aku.
Alhamdulillah arini ada kurang skit dari hari sebelum ni. Mayb aku dah dapat bantuan penafasan semalam. so, malam ni tido lena skit. Kalau x aku tido asik dengar degupan jantung sendiri. Tak tahu la perasaan aku masa tu, cuak jugak kalau tetiba dengar jantung berhenti. huhu.. bak kata kak ai.. better aku sign dulu surat derma buah pinggang aku kat dia. hehe
Mesti kowang tertanya aku sakit apa? Aku ni pengidap Athma tapi kalau ikutkan dah lama jugak aku x kena setetuk cam minggu ni. Tak penah lagi aku MC sampai 3 hari berturut-turut. Selalu kena attack pun sehari dah baik dah. Yang menjadi punca ni start jumaat lepas, di kala kete aku rosak di tepi highway..aku terdedah dengan habuk, cuaca yg tak berapa baik ..jerebu di sana sini dan badan yang penat. Lepas tu aku ni plak jenis malas nak layan sgt sakit-sakit ni..aku suka lawan dan membawak la ke hari ahad semasa kenduri di rumah makabah aku. Almaklumla nak kenduri, abihla mak aku bentangkan semua kapet kesayangan dia. Aku plak pengidap allergik sinus yang mmg alah pada habuk2 kapet ni. Kalau dah terkena allergik tu, sure aku diserang asthma jugak. Sebagai tindakan awal, awal-awal aku dah makan ubat anti-allergik & ubat batuk. Tapi badan aku x mampu nak melawan semua tu. Isnin tu aku pegi keje cam biasa tapi badan aku semakin lemah menjelang petang. Aku dah mula batuk kering (org asthma mmg batuk camtu) lepas tu badan rasa nak demam. Selasa tu aku MC.. aku pegi klinik opis je sebab aku rasa aku masih boleh bertahan. Aku x tahu apa doc tu kasi aku ubat, x mujarab pun.. makin teruk ada. Malam tu bermula mimpi ngeri aku bila aku tido aku terdengar jantung aku berdegup laju seolah aku berlari 100meter. Bergegar gak badan ni rasanya.. jari jemari terketar-ketar. Esok paginya, aku redha je..aku ckp kat apis anta je izz ke taska. aku nak rehat di rumah. Awalnya
nak amik EL je tp petang tu lepas aku amik ubat asthma, aku tido la..makin kuat jantung aku. lepas tu badan aku lemah dan nak makan pun x lalu. Aku rasa kalau aku sakit sebulan cam dulu mesti aku slim shady. hehe
Aku terus sms apis, suruh dia balik awal anta aku ke pusrawi. Petang tu aku ke pusrawi, mmg tahap lemah. kepala lutut rasa nak tercabut. Otak rasa gegar..ckp pun x lalu..mengahnya bukan main. Doktor cek aku mmg dah kena asthma & perlu amik nebulizer 2 hari berturut2..sehari 2x. Doc advice admit tp bila aku kenangkan izz, aku rasa baik aku dok umah sbb kalau dia stay dgn aku kat ward pun xde bezanya. Lagi aku serabut. Kalau kat umah ..aku leh pasang internet..aku leh baring2 suka2 hati aku..aku leh jalan2.. tgk tv. kat spital nak wat pe?..aku masih mampu lg bergerak.
So, arini pagi2 apis g keje ..dia paksa izz p taska. izz mmg xnak g sbb dia tahu aku x keje. Melalak dia x hingat ..sian lak aku tgk dia tp aku pun kena kesiankan diri aku yg lemah ni. Dahla pagi2 tadi dia mintak nenen tapi aku terpaksa x kasi sbb aku subuh2 ari dah telan ubat. Aku xleh nak tido sbb aku dengar jantung aku lg, aku makan ubat baru ok tapi xleh tido lak. badan berketar je rasanya. Aku terpaksa pujuk izz minum susu tepung. Nasib dia paham, aku sakit. Dia minum botol tp gentel puting aku. hehehe.. ^_^ balik nanti mummy kasi ye dik. mummy makan ubat awal2 sebelum adik balik school. hehe
Arini aku kena pegi pusrawi 2 kali ..siang dan malam. Aku kena amik nebulizer. Disebabkan aku x mo dok ward..kenala berulang. Takpela..pusrawi ngan umah aku dekat je. 5-6min je naik moto. rempit lg cepat..bawak kete kang susah nak park la jammed la.
Aku kena semangat!!! semangat!! ahad ni nak jumpa kawan-kawan.. aku kena sihat!!!...
Doakan aku cepat sembuh ye kawan-kawan!!!