Masalah-masalah                    Yang Berkaitan Dengan Penyusuan Ibu:
Masalah 1: “Payudara saya terlalu kecil untuk                     menghasilkan susu!”
Jangan risau, saiz tidak penting sekali. Walaupun  anda mempunyai                    payudara yang kecil, anda masih boleh menghasilkan  susu. Saiz                    bukan satu faktor yang menentukan proses penghasilan  susu.
Masalah 2: “Susu saya mengalir dengan lambat                    sekali!”
Sekiranya anda rasa pengaliran susu anda terlalu  lambat, ini                    mungkin disebabkan oleh refleks yang dikenali sebagai  “let-down”                    refleks. Ini adalah refleks yang memastikan susu anda  mengalir                    semasa bayi menghisap. Apa yang berlaku ialah apabila  anda berasa                    letih atau bimbang, refleks ini akan terjejas. Ini  mungkin menjelaskan                    mengapa pengaliran susu anda lambat. Oleh itu, sebelum  anda                    menyusukan bayi, cuba bertenang dan berehat supaya  anda tidak                    akan mempengaruhi refleks itu.
Masalah 3: “Puting saya rasa sakit!”
Semasa bayi anda menghisap dalam kedudukan yang  salah, puting                    anda mungkin akan berasa sakit. Yang penting sekali  ialah anda                    tahu kedudukan dan cara penyusuan yang betul.  Keseluruhan puting                    dan bahagian sekelilingnya (areola) patut dimasukkan  ke dalam                    mulut bayi. Selain daripada itu, anda juga boleh  memperolehi                    ubat dari doktor untuk melegakan sakit anda. Jangan  memakai                    coli sekiranya anda masih rasa sakit. Jika keadaan  serius, minta                    nasihat dari doktor atau pakar.
Masalah 4: “Payudara saya bengkak!” 
Payudara anda boleh menjadi bengkak disebabkan oleh  terlalu                    banyak susu yang terkandung di dalamnya. Dalam hal  ini, anda                    boleh memerah keluar sedikit susu terlebih dahulu.Cuba  urut                    payudara anda dengan perlahan-lahan. Anda juga boleh  menggunakan                    tuala untuk memanaskan payudara anda atau tambahkan  kekerapan                    menyusukan bayi anda.
Masalah 5: Saluran susu anda tersekat.
Payudara anda mengandungi 15 hingga 20 saluran yang  menghantar                    susu kepada puting. Jadi, jika salah satu saluran itu  tersekat,                    ia boleh menyebabkan satu ketulan dan menjejaskan  pengeluaran                    susu. Dalam situasi ini, apa yang anda perlu buat  ialah:
-  Biarkan bayi anda menghisap pada payudara yang  tersekat.
 -  Sebelum penyusuan, urutkan bahagian yang tersekat  dan panaskannya                      supaya saluran dapat mengalirkan susu.
 - Anda juga boleh memerah susu dengan menggunakan tangan atau pam.
 
Masalah 6: Anda mengalami mastitis.
Saluran susu yang tersekat boleh menyebabkan infeksi  mastitis.                    Anda perlu berjumpa dengan doktor. Mastitis boleh  dirawat dengan                    antibiotik. Biasanya, anda masih boleh menyusukan  bayi. Ia tidak                    akan membawa kesan buruk kepada bayi. Walau  bagaimanapun, payudara                    anda akan berasa sakit ketika menyusukan bayi.
Masalah 7: “Saya perlu bekerja!”
Mungkin anda rasa anda tidak akan dapat menyusukan  bayi apabila                    bekerja semula. Sebenarnya, anda boleh memerah susu  dan menyimpannya                    selama 3 hari dalam peti sejuk. Pengasuh bayi boleh  memberikan                    susu yang telah diperah kepada bayi walaupun anda  tidak berada                    di rumah.
Masalah 8: “Bayi saya tidak mahu menghisap  susu!”
Anda harus bersabar jika bayi anda tidak mahu  menghisap susu                    atau menangis dengan tidak hentihenti. Jangan berasa  cemas dan                    menghentikan pemberian susu ibu kerana adalah normal  bagi bayi                    anda mengalami fasa ini. Sekiranya ia berlaku kepada  bayi anda,                    cuba cari punca kepada masalah itu dan cara  mengatasinya.
Cuba tanya diri anda:
Adakah bayi sakit kebelakangan ini?
Sekiranya bayi sakit, dia akan hilang selera.
Sekiranya bayi sakit, dia akan hilang selera.
Adakah anda berasa terlalu letih atau bimbang?
Peringatan: keletihan dan kebimbangan boleh mempengaruhi refleks “letdown” anda. Dengan itu, cuba lebihkan rehat. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh berbaring dan minum minuman panas.
Peringatan: keletihan dan kebimbangan boleh mempengaruhi refleks “letdown” anda. Dengan itu, cuba lebihkan rehat. Sebelum menyusukan bayi, anda boleh berbaring dan minum minuman panas.
Adakah bayi anda enggan menghisap susu pada waktu  siang?
Kebanyakan bayi adalah lebih aktif pada waktu siang. Oleh itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap penyusuan. Jika demikian, cuba susukan bayi anda dalam keadaan yang lebih tenang dan sunyi. Satu lagi penjelasan ialah bayi anda mungkin berasa terlalu panas dan kurang selesa.
Kebanyakan bayi adalah lebih aktif pada waktu siang. Oleh itu, mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap penyusuan. Jika demikian, cuba susukan bayi anda dalam keadaan yang lebih tenang dan sunyi. Satu lagi penjelasan ialah bayi anda mungkin berasa terlalu panas dan kurang selesa.
Adakah bayi anda menghisap sekejap sahaja dan  seterusnya                    menangis?
Bayi anda perlu sendawa. Oleh itu, cuba menyusukan bayi anda dalam kedudukan yang betul dan selesa.
Bayi anda perlu sendawa. Oleh itu, cuba menyusukan bayi anda dalam kedudukan yang betul dan selesa.
Adakah bayi menghisap untuk seketika dan  seterusnya menangis?
Jangan berasa terlalu risau. Dia mungkin berasa kurang sabar dengan pengaliran susu anda. Apabila ini berlaku, bayi hanya boleh menangis. Mungkin anda boleh cuba menyusukan bayi anda semasa dia masih mengantuk dan tidak akan berasa kurang sabar.
Jangan berasa terlalu risau. Dia mungkin berasa kurang sabar dengan pengaliran susu anda. Apabila ini berlaku, bayi hanya boleh menangis. Mungkin anda boleh cuba menyusukan bayi anda semasa dia masih mengantuk dan tidak akan berasa kurang sabar.
Masalah 9: “Bagaimana saya tahu bayi mendapat                     susu yang mencukupi?”
Sekiranya anda tidak pasti, anda boleh membawa bayi  kepada                    doktor untuk memeriksa berat badannya. Doktor akan  menimbang                    berat badan bayi sebelum dan selepas penyusuan ibu  untuk memastikan                    berapa auns yang dihisap. Jika anda masih berasa  ragu-ragu,                    rujuklah kepada garis panduan ini:
- Dalam satu hari, bayi anda akan kencing sebanyak 6  hingga                      8 kali. Warna air kencing seharusnya kuning muda.
 -  Bayi anda juga akan membuang air besar  sekurang-kurangnya                      dua kali sehari. Najis bayi yang diberi susu ibu  biasanya                      kelihatan kekuningan.
 - Setelah 2 minggu dilahirkan, berat badan bayi anda akan meningkat. Dalam 3 bulan yang pertama, bayi anda akan bertambah berat badan sebanyak 4 hingga 7 auns (120-200 gram) setiap minggu.
 
Jika anda masih bimbang, anda boleh:
-  Makan dengan baik.
 -  Minum banyak cecair seperti air kosong, susu atau  jus buah-buahan.
 -  Cuba rehat sebelum dan selepas penyusuan ibu.
 -  Sebelum menyusu bayi, urutkan payudara anda.
 -  Akhir sekali, lebih yakin pada diri anda!
 - Ingat! Apabila bayi anda menyusu dengan lebih kerap, anda akan menghasilkan lebih banyak susu!
 


2 comments:
semua tu keluhan aku dulu2 masa menyusu aqil..huhuh..skang keluhan susu ader lagi tapi tak byk..kena picit2 letak dlm cawan..kasi budak tu minum...kalo kasi direct..tgk tetek pun muntah..adui..
yer lor dik nak seribu dayaaa..
Post a Comment