PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

28 November 2010

REPUNZEL : TANGLED 2010



REPUNZEL merupakan salah satu kisah dongeng rakyat Jerman dalam koleksi Brothers Grimm. KIsah dongeng ini telah di terbitkan kali pertama pada tahun 1812. Kali ini kisah REPUNZEL telah diberi sentuhan baru mengikut zaman teknologi moden oleh Walt Disney Animation Studios

Filem Repunzel : Tangled ni di hasilkan dalam bentuk 2D & 3D. Filem ini direalisasikan dengan barisan pelakon suara Mandy Moore, Zachary Levi, Donna Murphy
Plot filem ini mengisahkan Repunzel dapat keluar dari dunia perempuan tua yang menggunakan kuasa rambutnya untuk sentiasa menjadi muda. Repunzel juga dapat menemui dirinya sebenar yang juga seorang puteri yang telah hilang. Semuanya terbongkar setelah Repunzel bertemu dengan pencuri mahkota istana milik puteri raja yang hilang, Flynn Rider. Flynn telah bersembunyi di menara Repunzel setelah dikejar pasukan askar istana. Repunzel telah membuat perjanjian bersama flynn supaya membawanya keluar dari menara itu dan melihat tanglung cahaya yang selalu ada setiap kali hari ulangtahunnya. Flynn telah mengikuti perjanjian tersebut dengan harapan dia akan mendapatkan semula mahkota yang dicurinya itu.

Ketika itulah, semuanya berubah sehingga Repunzel sedar dia sebenarnya anak kepada Raja & Pemaisuri kerajaan yang telah diculik. Flynn juga berubah menjadi baik setelah menemui Repunzel dan mereka juga telah jatuh cinta. Akhirnya perempuan tua yang menculik Repunzel itu tewas dan Repunzel bahagia bersama keluarga, rakyat & Flynn.

Wahh..aku dah cite kat kowang.. hehe.. sukee sukee gilerrrr cite ni. Setakat baca cite aku je x best beb..baik kowang g tengok sendiri. Pasti memukau dengan kehalusan seni animasi dan jalan citenya. :) x rugi kowang pegi,..memang berbaloi. :) 

2 comments:

azian_ab said...

huhhu..x leh pg la... kena tunggu cd huhu waaaaaaaaa

Mizz_Ila said...

hahaha.. xpe cd akan klua x lama lg :)

 
template by suckmylolly.com