Mungkin  ramai ibu yang tidak tahu tentang situasi CERAI SUSU mahupun PUTUS  SUSU. Susu yang dimaksudkan ni tentang SUSU IBU.
Alhamdulillah,  skrang ni sudah ramai ibu yang mahu menyusukan anak mereka dengan susu  badan sendiri malah ada yang berusaha untuk melengkapkan penyusuan  hingga usia anak mereka 2 tahun. Kesedaran ni banyak memberi faedah buat  anak malah juga kepada ibu. Susu ibu dapat mengelakkan kaum ibu  dijangkiti penyakit-penyakit merbahaya  yang sering menyerang kaum ibu  seperti kanser pelvik,rahim dan payudara. Susu ibu juga diyakini dapat  meningkatkan imun badan anak untuk menangkis virus-virus yang merbahaya  serta dapat menghasilkan IQ anak yang baik.
Ramai ibu  yang gusar apabila anak meningkat usia 6 bulan ke atas untuk  menghentikan penyusuan. Kebiasaannya ibu akan mula memikirkan saat  ini  ketika anak berusia 2 tahun. Tidak salah penyusuan susu ibu selepas 2  tahun tetapi ada yang mahu menghentikannya ada sebab dan alasan  tertentu. 
Saksikan sedutan video dari program TV3 yang  membincangkan tentang topik ini. Diharap nasihat dan tips ini dapat  membantu kaum ibu memberikan atau menghentikan penyusuan dengan cara  yang betul tanpa melukai perasaan anak.  :)

2 comments:
huhuh...sedih biler dikenangkan aqil dan CERAI susu aku gara2 mama tok dia kasi tetek kecut dia..huwaaaaaa
hahahaha...tetek kecut.. kahhh
Post a Comment