PEMBACA / READERS

 mualai 26 SEPT 2010
since 26 september 2010

31 October 2010

CHEESE SAUSAGE ROLL / SOSEJ BERKEJU ROLL

CHEESE SAUSAGE ROLL / SOSEJ BERKEJU ROLL
 
Bahan-bahan
5 keping pastry puff
5 keping kecil keju cheesedale
5 batang sosej daging/ayam
1 biji kuning telur

Cara 
Letakkan kepingan keju di atas kepingan pastry. Letakkan pula sosej & gulung kemas.
Sapukan telur kuning di atas pastry. Bakar di dalam ketuhar hingga kekuningan dalam suhu 180c. 
 
------------------------------

Ingredients:
5 slices puff pastry
5 chicken/beef sausage
5 cheesdale cheddar cheese (cut in small pieces)
1 egg yolk

How to make :
Arrange filling in a sausage & cheese of pastry.
Roll up. Brush with yolk egg. Preheat oven to 180c,
Bake for 15-20 minutes.


29 October 2010

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API


Menu dinner yang mengiurkan ..meh aku panjangkan resipi ni kepada peminat siput chot.. hehe

Resipi 
Bahan-bahan :

1/2 kilo siput sedut
1 biji kelapa (amik santan pekat & cair dalam semangkuk)
6 biji cili padi
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ich halia
2 ich kunyit hidup
1 batang serai (dititik)
sedikit nenas di potong kecik

Caranya :
Bersihkan siput dahulu & buang hujung siput.
** Petua nak bersihkan siput dari lumpur & bau... Basuhkan siput dgn air dahulu. kemudian ramas siput dalam hampas kelapa. Rendam lebih kurang sejam siput dalam hampas kelapa tadi. Kemudian bilas siput dengan air biasa. InsyaALLAH siput akan bersih berseri, rasa siput pun berlemak & bau lumpur pun hilang. :)

Blend /Tumbuk bawang merah, putih, kunyit,halia hingga lumat.
Tumiskan bahan ni ke dalam periuk bersama serai yg dititik & santan cair. Masak dengan api sederhana. 
Setelah bahan naik wangi, masukkan siput dan potongan nenas. Masak dengan api perlahan . Kacau  jangan sampai santan pecah minyak. Masukkan santan pekat dan tunggu hingga masak.

28 October 2010

BUAYA AIR MASIN? WUJUD KE?




Buaya Katak atau buaya air masin (saltwater atau estuarine crocodile') (Crocodylus porosus) adalah reptilia terbesar, dan sering kali dikatakan paling merbahaya kepada manusia. Ia terdapat dalam habitat yang sesuai di Asia Tenggara dan utara Australasia. Buaya katak dikenali di Jajahan Utara Australia sebagai 'salties'.
Buaya Katak merupakan pemangsa peluang berupaya menangkap haiwan sebesar kerbau, samaada di air atau di darat. Anak buaya makan haiwan lebih kecil seperti serangga, afimbia, haiwan bercengkerang crustaceans, reptilia kecil dan ikan. Semakin besar buaya itu, semakin pelbagai mangsa yang dibahamnya, walaupun mangsa kecil masih merupakan sebahagian besar diet buaya dewasa. Buaya Katak mampu menangkap monyet, babi liar, dingo, haiwan ternakan, kerbau, ikan yu [1] dan kadang-kala termasuk manusia. Kebiasaanya amat lesu – kecenderungan yang membantunya hidup berbulan-bulan semasa ketiadaan makanan – ia biasanya berkeliaran berhampiran dengan air atau bermandikan sinar suria sepanjang hari, biasanya cenderung untuk memburu pada waktu malam. Ia bagaimanapun mampu bergerak dengan kepantasan yang mengkagumkan apabila perlu, mampu menjangkau sejauh 10 m daripada keadaan pengun lebih pantas berbanding kuda lumba, terutamanya dari tebing sungai, di mana kedua kaki dan ekor digunakan bagi menghasilkan tujahan. Sebagai pemangsa hendap, ia biasanya menunggu mangsanya menghampiri tebing sebelum menyerang tanpa amaran dan menggunakan kekuatannya untuk menarik haiwan ke dalam air di mana mangsa biasanya lemas (sungguhpun sekiranya terdapat lebih daripada seekor buaya, mangsa mungkin berkecai). Ia adalah haiwan yang amat perkasa, mempunyai kekuatan untuk mematahkan kaki haiwan besar libasan ekornya, menarik kerbau dewasa ke dalam sungai, atau memecahkan tengkorak lembu dewasa dengan menggunakan rahangnya. Serangan paling merbahayanya, dikenali sebagai "Gelungan Maut," di mana ia mengenggam mangsa dan berputar dengan kuat, yang biasanya mampu mematahkan leher atau menceraikannya. Dalam satu kes di Australia Utara pada tahun 1939, lembu jantan Suffolk juara yang seberat lebih 1 tan (2,205 paun) dibunuh, kelihatannya kurang dari 1 minit, oleh buaya besar.

26 October 2010

JOM MINUM JUS BUAH

Jus buah-buahan ternyata mengandungi zat-zat yang bermanfaat dan fungsi yang berlainan.
Jadual di bawah menunjukkan beberapa jenis kombinasi jus buah-buahan untuk kesihatan badan.




WAHAI WANITA SEDUNIA : dah buat "Ujian Pap Smear" ke?



Papanicolaou Smear atau ringkasnya pap smear merupakan ujian yang penting untuk dijalani oleh para wanita. Ujian ini adalah untuk mengesan penyakit kanser atau barah disalur bawah kemaluan wanita seperti kanser serviks, kanser vagina dan kanser corpus.

Wanita yang berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini adalah dari golongan yang menghidap sakit puan, ibu-ibu yang mengandung lebih dari umur 30 tahun dan ibu-ibu yang baru lepas melahirkan anak. Anda disarankan agar tidak mengabaikan ujian ini.
Ujian ini hanya melibatkan pengambilan sedikit spesimen dibahagian bawah salur peranakan wanita. Spesimen yang diambil akan diletakkan ke dalam 90% larutan alkohol untuk melihat keputusannya.

Mudah sahaja. Jadi, jauhkan minda anda dari berfikiran negatif mengenai ujian ini. Apa yang perlu anda titik beratkan adalah mengenai kesihatan anda.

soalan yang selalu diutarakan kepada doktor berkenaan Pap Smear :

S: Berapa kerapkah saya perlu menjalani ujian 'PAP SMEAR'?

J: Seelok-eloknya setahun sekali, sekurang-kurangnya 3 tahun sekali sehingga umur 
mencapai 65 tahun. 
S: Mengapakah setiap wanita perlu menjalani ujian 'PAP SMEAR'?

J: Untuk mengesan atau menyaring kanser pangkal rahim (cervical cancer).

  • Langkah-langkah pemeriksaan Ujian Pap Smear :

 
A sample of cells from the 
outside and the canal 
of the cervix will then 
be taken.


A small brush that looks
like a pipe cleaner is inserted 
into the canal to take 
a sample of cells.




The outside of the cervix 
is gently scraped with 
a wooden or plastic spatula.





The cells are then placed 
on a glass slide and
sprayed with a fixative 
and then sent to a laboratory 
for testing.



In the lab a pathologist 
exams the sample 
under a microscope. 
By doing this he/she is able 
to see if there are abnormal cells, 
cancer and infection in the sample.

The results are then 
sent back to your doctor
or the clinic and you will 
be called in to discuss 
your results.
If your result is abnormal 
you will have to make a follow
up appointment with your doctor.
More tests will be taken 
to determine what the 
abnormalities are and what 
treatment will be needed.


25 October 2010

Eczema


Atopic Eczema 
Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi.
Terutamanya, di kalangan bayi yang berumur antara 2 - 6 bulan. Salah satu jenis ezcema ialah "Atopic Dermatitis."

"Atopic" adalah satu masalah genetik yang akan menyebabkan daya tahan mekanisme pesakit menjadi abnormal dan kemudian mencetuskan simptom "oversensitivity."
Gambar di atas diperoleh dari Dermnet.com.
Sungguhpun keadaan akan bertambah baik apabila bayi mencapai umur 6 tahun, kemungkinan masalah kulit eczema berkekalan sehingga dewasa akan berlaku.

Walaupun eczema bukan penyakit berjangkit, ia masih merupakan penyakit yang komplikasi yang sering menyebabkan keresahan dan ketidakselesaan pada pesakit.

Gejala-gejala Eczema

Acute Eczema
Acute EczemaAcute Eczema
Gambar-gambar di atas diperoleh dari Dermnet.com.
  • "Erythema", kulit berasa panas, bergejolak dan gatal, keradangan.
  • "Papules", pembentukan tompok-tompok merah.
Eczema Kronik
Eczema Kronik
Gambar di atas diperoleh dari Dermnet.com
  • Kulit mejadi kering, berair dan bersisik.
  • Kulit menebal, menjadi kasar dan berkedut.

Punca Eczema

Hingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)
  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.
Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)
  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

Kitar Eczema

Eczema disifatkan sebagai kecacatan fungsi penghadang kulit yang menyebabkan  "allergens" atau alahan mudah meresap ke lapisan kulit dan seterusnya mengakibatkan kehilangan kelembapan kulit yang banyak.

Eczema menyebabkan kegatalan yang amat dan keinginan untuk menggaru. Tahap kegatalan akan meningkat apabila kulit semaking kering. Jika digaru berulangan, lapisan kulit akan terkoyak dan mula meruam. Kitar ini akan berulang dan boleh diringkaskan seperti gambar rajah di bawah:
Kitar Eczema

Langkah-langkah untuk mengelakkan pencetusan ezcema dan pemulihan fungsi penghadang kulit patut diambil.
  • Mengawal kitar ezcema dengan melembapkan kulit.
  • Mengubati keradangan.
Langkah-langkah Pengawalan Harian
  • Elakkan daripada menggunakan sabun yang mengandungi bahan kimia yang menyebabkan iritasi kulit.
  • Gunakan krim/losyen dengan kerap untuk melembapkan kulit walaupun dalam keadaan eczema. Ini dapat mengurangkan pergantungan kepada rawatan topikal.

AYU RAUDHAH LANGKAH KANAN

 haaa awat hang terkejut??? "alamak ramainya reporter??!"
 apa lagi bertalu-talu la soalan cepu cemas di utarakan.. wartawan-wartawan ni sure ckp 
"langkah kanan la aku arini" hehehe
amik!!! HOT btol dowang ni sampai macam-macam reaksi muka dowang..

Nak tahu dari mana aku dapat gambar-gambar ni?

hahaha panas dari oven ni.. sudah tentu dari lensa kami, Fevepicture Photography yang secara kebetulan menghadiri majlis sambutan hari jadi FIZZ FAIRUZ sabtu lepas. Hangat melatop youuu!!!
Ayu ni memang cun btol, zaquan pun hensem. 
tapi aku memang xleh lupa tengok reaksi ayu bila melangkah masuk ke room kami.. 
sebab apa?
sebab RAMAI WARTAWAN!!!

Wartawan pun terkejut pada mulanya tapi disambut dengan senyuman ada maknaaaa youuu!!
harharhar..habissssss kena soal siasat.
Almaklumla dowang ni hangat dengan kisah percintaan, kisah nak kahwin la , kisah kait mengait dengan aktress terkenal , Rita rudaini lagi.. huhu.. 

Aku rasa semua wartawan yang datang tu senyuman sampai ke tidur sebab dapat news yang TIPTOP. sure BOS suka nokkks!.. hahaha.. orang kata rezeki kanan, xyah nak wat appoinment nak temubual.. haa amik ko!! datang depan mata..apa lagi.photographer, tetamu lain snap sana sini laaa... muahahahaha..

apa pun AYU RAUDHAH & ZAQUAN ADHA, semoga BERKEKALAN hingga ke jinjang pelamin ye.
Dah inform nak kawin awal tahun depan kan? siap dah tunang dah dalam diam..hehe
bak kata wartawan , "jangan lupa jemput kami ye ayu" hehe


24 October 2010

HAPPY BIRTHDAY FIZZ FAIRUZ

Sabtu lepas 23 october 2010, aku ngan laki aku g sambutan birthday pelakon popular NUR KASIH, FIZZ FAIRUZ yang ke-31 tahun di REDBOX, GARDEN.

Kalau nak diceritakan betapa minatnya aku pada pelakon yang berlesung pipit dalam ni memang panjang. Aku pendekkan ajela kan.. aku mula mengenali dia sewaktu drama "DUA HATI" lakonan fizz bersama Linda Rafar & Jue Aziz. Masa tu aku tengah pregnant si izz. Wahh minat gila aku dgn karakter & lakonan dia masa tu sampaikan nama FIZZ FAIRUZ tu masuk dalam list nama anak yang bakal aku lahirkan. hahahaha (mereng tol).. Semasa nak pilih nama tu aku cari maksud "fizz" ..x jumpa plak tp aku jumpa "izz". Bincang punya bincang, laki aku ckp amik nama yang aku dah listkan "AHMAD IZZ HAYDER". Adala bunyi-bunyi skit jadila. hehehe

Berbalik tajuk asal aku tadi, majlis sambutan ni dianjurkan oleh FIZZfc crew & FIZZ sendiri. Jemputan yang paling penting ialah ahli keluarga fizz sendiri. Dia ni mmg FAMILY FIRST dalam apa2 hal pun. suka aku tengok kemesraan dia & adikberadik serta ibu dorang. Sejuk hati melihatnya.... :) selain family fizz, rakan-rakan wartawan, rakan-rakan fizz, rakan-rakan artis spt Bageo, Ayu Raudhah & kekasih hatinya pun ada hadir. Yang paling havoc sure la fans dia termasuk aku. hehe

Kesian fizz, aritu gak dia diserang demam tapi semua tu x menghalang dia dtg meraikan bersama. Sporting, friendly, open & jujur tu aku leh labelkan pada fizz ni. Memang rasa dekat dengan dia. Kita rasa baru sehari jumpa dah lama lak rasanya kenal. FizzFC CREW mmg aku ucapkan tahniah sebab berjaya mengadakan majlis ni dgn penuh happening. Puas hati sebab aku tengok semua yg hadir happy & takde aksi masam muka ke kelam kabut ke.Semua dah cam 1 keluarga besar.
Apa pun aku malas nak bebel panjang kat sini... aku tepekkan beberapa gambar kenangan sepanjan FIZZ FAIRUZ party..  :)

sampai-sampai, mamat baju putih (laki aku la tu) tu melalak dulu. 
tetiba dpt kawan baru lak dia. duet beberapa lagu dr faboulous cat.

  
 birthday boy sempat nyanyi dalam keadaan yang tengah demam.
semoga cepat sembuh ye abg fizz

 antara rakan artis & rakan wartawan yang hadir

 acara potong kek..amik 3 sekali atas troli. Fizz sambut sekali dengan kakaknya.
 HAPPY BIRTHDAY TO FIZZ & KAKAK FIZZ

Semoga kalian diberkati selalu

ha ada lagi keknya..ni besarrrr punyeeee
Keluarga FIZZ FAIRUZ

 Tetamu melatoppp!! ni bukan siri NUR KASIH ye... hehe AYU RAUDHAH
apis bersama bintang bola sepak,  Zaquan Adha
kekasih hati si cantik manis Ayu Raudhah

 haa. ni bukan pasangan NUR KASIH tapi pasangan CINTA KOLESTROL.. gurau jek :P

 Haa..mahal aksi ni. aksi fizz berkarok.. :P

 Aksi Fizz khas untuk lensa FeverPicture
 
Kenangan bergambar bersama semua yang hadir


HAPPY BIRTHDAY TO FIZZ FAIRUZ
SEMOGA TERUS SUKSES DALAM APA JUA BIDANG YANG AWAK CEBURI
JANGAN LUPA DIRI, JADILAH DIRI SENDIRI, JANGAN LUPA KELUARGA & PEMINAT
AWAK YANG SELALU MENYOKONG BAKAT AWAK.
DAN YANG PENTING, SEMOGA ALLAH S.W.T SENTIASA MEMBERI KEBAHGIAAN KEPADA SEMUA.


SISTEM PENCERNAAN SIHAT , TUBUH JUGA SIHAT

Pencernaan bermula dari saat makanan memasuki mulut sehingga ia berakhir di usus kecil.
Apakah yang akan berlaku apabila anda makan? Ke manakah haluan makanan kita?



Haluan Makanan

Sistem PencernaanSistem Pencernaan
Sistem PencernaanSistem Pencernaan
Sistem PencernaanSistem Pencernaan
Sistem PencernaanSistem Pencernaan
Sistem PencernaanSistem Pencernaan
Sistem PencernaanSistem Pencernaan

Fungsi utama pencernaan adalah untuk memecahkan makanan dan minuman kepada molekul kecil supaya ia boleh digunakan oleh tubuh untuk menyuburkan sel dan membekalkan tenaga.


Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencernaan

  • Jenis makanan
    Karbohidrat (buah-buahan, bijiran) paling cepat dicernakan, diikuti protein (kekacang) dan lemak (mentega, kacang). Campuran makanan akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan.
  • Gabungan makanan yang tidak sesuai
    Sestengah orang mungkin menghadapi masalah pencernaan apabila mengambil sesetengah gabungan makanan, seperti pengambilan buah dengan sayur-sayuran.
  • Cara masakan
    Makanan yang digoreng atau berkandungan lemak tinggi memerlukan lebih masa untuk dicernakan.
  • Minum air sewaktu makan
    Air dan jus yang diambil bersama makanan akan mencairkan jus pencernaan dalam perut, lalu melambatkan pencernaan.
  • Jenis makanan
    Sesetengah makanan dan minuman seperti teh, kopi, rempah, perasa makanan, makanan manis, cuka, jeruk dan makanan berlemak melambatkan proses pencernaan.
  • Suhu makanan
    Makanan dan minuman yang terlalu panas (atau sejuk) akan melambatkan atau melemahkan sistem pencernaan.
  • Aktiviti cergas
    Senaman, mandi atau belajar secara intensif sebelum atau selepas makan akan mengalihkan perhatian otak dan melambatkan proses pencernaan.
  • Makanan berlebihan
    Pengambilan makanan yang berlebihan dan terlampau cepat membebankan sistem pencernaan dan menjejaskan fungsinya.
  • Masa makan yang tidak tetap
    Pengambilan makanan ringan antara waktu makan dan tidak mengamalkan masa makan yang tetap akan menggunakan tenaga berlebihan dan menjejaskan selera makan.
  • Keresahan atau stres
    Proses pencernaan akan terganggu apabila makanan diambil semasa teruja, gelisah, mengejarmas atau sedih.
  • Ketidak-seimbangan flora usus
    Keseimbangan bakteria baik yang terdapat secara semulajadi dalam usus untuk membantu pencernaan akan diganggu oleh stres, diet yang kurang sihat atau pengambilan antibiotik.


Makanan Berfungsi (Functional Food)

Baru-baru ini, pakar pemakanan mengesyorkan 'makanan berfungsi' (functional food) istilah yang diberikan kepada makanan yang meningkatkan kesihatan dan mencegahkan penyakit. Ianya terdiri daripada makanan segar atau diproses, yang pentingnya ia mengandungi khasiat melebihi nutrisi asas. Contoh makanan berfungsi termasuk:

Untuk kesihatan pencernaan
yoghurt, sayuran dan buah berserat tinggi,
bijiran, beras perang, madu, bawang merah
dan bawang putih


Untuk penglihatan yang baik
kale, bayam, telur, jagung






Untuk jantung sihat
teh, koko, coklat, epal, anggur


 
Sebagai pengantioksidan untuk
memerangi radikal bebas

lobak merah, ubi keledek, labu kuning










Untuk tulang yang kuat
ikan sardin, bayam, yoghurt, roti diperkaya
dengan zat, produk soya



Untuk sistem imun yang sihat
ikan, daging merah, bawang putih, hati, telur


Kesan Pencernaan yang Kurang Sihat

Pemakanan yang paling berkhasiat dalam dunia pun tidak berguna jika sistem pencernaan tidak berfungsi dengan baik. Sistem pencernaan bertugas mengeluarkan khasiat daripada makanan, memecahkannya kepada bahagian kecil yang boleh dihadamkan dan mengkumuhkan sisa yang tidak boleh dicernakan.

Tanda paling jelas apabila sistem pencernaan anda sihat ialah apabila anda kerap membuang air besar.

Apabila sistem pencernaan anda bermasalah, anda mungkin menghadapi simptom seperti berikut:
  • Sakit perut
  • Sering sendawa
  • Perut kembung
  • Pedih hati
  • Iritasi perut kronik
  • Kesakitan sendi dan otot
  • Loya dan muntah
  • Perut berbunyi
  • Masalah kulit
  •  
  • Keletihan melampau
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Perut berangin
  • Masalah tidur
  • Ketagihan gula


Simptom-simptom ini hanya sebahagian kecil daripada masalah sebenar. Jika dibenarkan untuk berkumpul dan membebankan tubuh.

Masalah di 
Kalangan Warga Emas 

Masalah di Kalangan Warga Emas

Warga emas sering menghadapi masalah kekurangan selera disebabkan kemurungan, kehilangan gigi utama dan penurunan fungsi deria bau dan rasa. Mereka juga lebih berisiko menghadapi masalah pencernaan yang serius seperti gastrik dan kadar hidroklorik asid yang rendah.


Artikel ini dipetik dari "World Digestive Health Day, 2008."

 
template by suckmylolly.com